MATA nya berlabuh pada sejambak bunga mawar yang ada di atas mejanya. Bunga ni cantik! Sebaik sahaja dia mengangkat jambangan bunga tersebut, sekeping kad melorot jatuh ke bawah. Dengan perasaan ingin tahu, Amina ambil kad yang jatuh. Tulisan yang berangkai dibaca olehnya.
'Goodluck, My Min.
It's been fucking years. Damn. I miss what is mine.'
Tersungging segaris senyuman pada ulas bibir Amina. Satu nama sahaja yang ada di dalam benak fikirannya sekarang ini. Baru sekarang dia mahukan haknya kembali? That wasn't easy. Not even easy.
Zach mengetuk pintu bilik Amina perlahan-lahan. Tombol pintu dibukanya perlahan-lahan. Matanya berlabuh pada sejambak bunga yang ada di tangan Amina. Dia membatu.
"Who gave you that?" Dia menyoal.
Amina senyum. "Someone I know."
"Your ex-husband?" Zach menyoal, sebelah keningnya terangkat.
Amina membalas pandangan Zach. Sejak bila aku menjanda ni? Zach tahu berita ni dari mana? Tetapi, Amina membalas pertanyaan Zach dengan anggukan sahaja. Lebih baik Zach tahu dia bekas isteri orang, dan bukanlah isteri yang ditinggalkan suami sejurus sahaja majlis perkahwinan selesai. Sekurang-kurangnya, Zach tidak akan memandangnya serong sepertimana yang lain.
"Ahh I see. So, both you and your ex-husband are in a good term?" Zach menyoal lagi. Kali ini, dengan nada kecewa.
Amina hamburkan tawanya perlahan. "He doesn't know that I don't like flowers, especially roses." Dia membuka pintu lalu menuju ke arah meja Tiara.
Tiara yang ada di mejanya mula pamerkan senyum lebar tatkala dia melihat Amina dan Zach keluar dari bilik yang sama. Ditambah pula, di tangan Amina ada sejambak bunga mawar. Malah, Amina juga tersenyum lebar. Nampaknya, Zach telah memulakan langkahnya!
Sebaik sahaja Amina tiba di meja Tiara, jambangan bunga tersebut diletakkan di atas meja Tiara.
"Apa ni Min?" Tiara pura-pura menyoal. Matanya bersinar-sinar tatkala melihat bunga mawar yang diikat kemas, cantik! Laju sahaja dia membawa bunga tersebut pada hidungnya, untuk menghidu bauan bunga mawar. Wangi!
"Min tak suka bunga. Jadi, Tiara boleh ambil."
"Wait, siapa yang bagi ni?" Belum sempat Tiara menyoal, Amina telah pergi ke meja Adib pula. Tiara kerling ke arah Zach pula, ingin mendapatkan jawapan. "You gave her these?"
Zach gelengkan kepalanya. Tiada senyuman yang menghiasi wajahnya. "Her ex-husband."
"Damn." Tidak semena-mena perkataan itu keluar daripada ulas bibir Tiara. "Seems like you do have a chance."
Zach angkat bahu tidak tahu. Dia berputar arah, kembali ke biliknya. Tiara menilik jambangan bunga tersebut buat kali kedua. Alah, sayangnya... Bunga secantik ini sahaja ditolak oleh Min, lebih baik aku ambil!
.
.
.
"KAK MIN!"
Haura berlari anak, menuju ke arah Amina dan Qayyum. Terlebih dahulu, dia menerpa ke arah Qayyum. Seperti biasa, pipi Qayyum digomol nya. Selepas itu, barulah dia berpaling ke pada Amina yang tercegat di samping Qayyum.
"Hehe." Haura hulurkan tangannya untuk bersalaman. Wajahnya mencorakkan segaris senyuman.
Hulurannya disambut oleh Amina. "Mentang-mentang bawa Qayyum dekat sini, mommy Qayyum dia abaikan ek?"
"Mana boleh abaikan mommy Qayyum. Mommy Qayyum is thaa number one!" Haura mengangkat jari telunjuknya. Convincing that Amina's existence far away important than Qayyum's existence.
"Banyaklah Haura ni." Amina membuat muka menyampah. Banyak bodek kalau dilayan budak ni!
"Cis, dikasi muka poker dekat kita ek?" Haura menyoal lalu mengendong lengan Amina. "Haa, kak Min nak tahu tak, abang Fateh dah nak tunang!"
"Dengan siapa?" Laju Amina menyoal. Air mukanya berubah. Tidak sangka pula, yang pernah kecewa dengan cinta dan sekarang telah membuka hati untuk yang lain?
"Dengan... Adalah. Mana boleh kasitau!"
Amina jelirkan lidahnya pada Haura. Fikirnya Haura ingin memberitahu perkara tersebut. Cis, sikit-sikit nak berahsia. Cepuk kang!
"Nak tahu rahsia lain tak?"
"Apa?" Haura menyoal. Kalau 'rahsia' yang dikatakan Amina, dia tidak boleh lepaskan peluang untuk tidak mendengarnya. Rahsia Amina, selalunya hot! Seperti jejaka neraka.
"Suami akak dah balik." Di akhir ayatnya, dia lepaskan tawa yang besar.
Haura tercengang. Amina pernah ceritakan kepadanya, tentang konflik keluarga Amina. Dan suami paksaan tu. "Dan, what'd happened?"
"Kami nak bercerai."
Giliran Haura pula tertawa. "Solid choice."
"Betul ke ni solid?"
"Why. Kak Min sayangkan suami kak Min ke?"
Amina angkat bahu, tidak tahu. "Bodoh sangat nak sayangkan tunang kakak sendiri."
"Kak Min jangan marah eh kalau Haura nak mengata ni. Bodoh lagi kak Win sebab larikan diri daripada tunang dia. Haura masih ingat lagi, gambar yang ada dalam rumah kak Min. Abang Taqi tu hensem lah. Apa masalah kak Win tinggalkan lelaki tu?"
Amina hamburkan tawanya buat kali kedua. Dia dan Haura mempunyai pemikiran yang sama! Fakta bahawa Awina bodoh meninggalkan lelaki seperti Taqi memang tidak boleh disangkalkan lagi!
"Tapi kan, kacak atau tidak. Belum tentu menjamin kebahagiaan." Haura bersuara. Matanya dialihkan pada dada langit membiru.
"Nampaknya Win tak pandang rupa."
"SOLID."
"Amboi Min, rancak tawanya." Teguran seseorang mematikan tawanya. Zarith yang mendekati ke arah mereka sambil membawa sebuah fail di tangannya. Sekejap dia mengerling ke arah Haura yang memautkan lengannya pada lengan Amina.
"Entahlah, Haura ni melawak pula petang-petang macam ni. Awak ni buat apa pegang fail bagai?" Amina menjeling ke arah Zarith. Nampak macam sibuk sahaja.
"Haura tak bagitahu ke? Ris dengan Haura datang nak ambilkan fail, nak pass kepada angah. Lepastu nak hantar Haura balik rumah sewa dia pula."
"Aaa Ris, tunggu la kejap. Kasi can nak berbual dengan kak Min dulu ni." Haura meminta. Bila lagi nak berjumpa dengan kak Min!
"Hari dah nak gelap Haura..."
"Aaa hari ni je. Boleh la Ris..."
Zarith gelengkan kepalanya. Lemah apabila Haura menggunakan nada suara sebegitu. "Suka hati kau lah. Aku tunggu dekat Teratak Harmoni. Nanti call."
Sementelah, Zarith meminta diri. Amina mula mencuit lengan Haura. "Amboi, gediknya dia dengan Ris dia."
"Apa kak Min ni. Haura gedik dengan semua lah." Seraya melentokkan kepalanya pada bahu Amina. "Ha ceritalah, macam mana dengan suami kak Min."
"Nak suruh cerita apakebenda?"
"Alahh, kak Min janganlah marah-marah. Nanti cepat tua, nanti takde yang nak."
Amina mencebik. "Muda pun dah takde orang nak, Ra..."
"Ehh ada je yang nak kak Min. Kak Min je yang tak perasan."
"Ada je yang nak dekat Haura, Haura je jual mahal. Tak nampak effort orang tu."
Haura menjeling seraya melabuhkan punggung di atas bangku. "Apa ni kak Min tukar topik pula. Kitanya tengah bercakap pasal dia, dia cakap pasal kita pula."
Amina ketawa halus. "Tak payahlah nak bercakap pasal kak Min. Tak menarik!"
"Macam lah cerita kita menarik!"
Lagi dan lagi, ada yang mengganggu perbualan mereka berdua. Seorang perempuan, yang mengenakan jubah labuh mencecah lantai. Dan hanya menutup kepalanya dengan selendang berwarna ungu.
"Assalamualaikum. Izinkan saya untuk bercakap dengan Amina Husna boleh?" Suara tersebut menyoal. Bibirnya tersenyum.
"Waalaikumussalam..."
Haura menatap perempuan tersebut. Macam tak pernah nampak, orang baharu ke?
"Privacy, just between of us."
Amina anggukkan kepalanya faham. Dia memberi isyarat tangan kepada Haura untuk membawa Qayyum bersama. Haura yang faham akan isyarat tersebut, membawa Qayyum bersama. Teratak Harmoni, di mana Zarith berada dituju olehnya.
Perempuan aneh tersebut melabuhkan punggung di sebelah Amina. Dia meletakkan sekeping kad di atas bangku tersebut, lalu digeserkan mendekati Amina. "Aku Khai."
Amina mengambil kad pengenalan tersebut. Sebaris nama dibaca olehnya.
Aiman Khairina Binti Abdullah.
Sepertinya, dia tidak pernah mengenali mana-mana orang yang mempunyai nama tersebut.
"Just what I expected. No one ever know me, except Khalisya. Your mom, our mom." Bibirnya menyungging segaris senyuman.
Jantung Amina mengepam darah dengan laju. Dia kenal siapa perempuan ni! Kaki kanannya diangkat laju, ingin memberi serangan kepada perempuan tersebut, namun perkara tersebut hanyalah sia-sia apabila perempuan yang digelar Khai itu menahan kakinya dengan menggunakan sebelah tangannya sahaja.
Khai hamburkan tawanya. "Since when you'd learnt martial art, Min?"
"Kau memang jahanam Win!" Amina yakin, perempuan ini adalah Awina. Kakak kembarnya! Dua tahun dia menghilang, dan sekarang dia munculkan diri dengan identiti baharu? Tambahan pula dengan penampilan baharu? Wajah yang baharu?
Ayat tersebut lagilah menghamburkan tawa Khai yang galak. "Pandai mak kau simpan rahsia ni, sampaikan adik-adik aku sendiri pun tak kenal aku siapa."
Share this novel