Series
1209
Di rumah Akib serta Qiela
Kehadiran ibu kepada Syaqiela amat diharapkan oleh Qiela sendiri kerana dirinya mahu sang ibu menjaga dia di dalam pantang..
Bukan tidak mahu Pn Maryam. Namun Qiela tidak mahu menyusakan ibu mertuanya. Lagi2 mendapatkan anak lelaki sulongnya sudah pulang ke pangkuan. Dan melihat juga akan Kak Zaira yang amat teruja dengan kepulangan suaminya itu membuatkan Qiela decide untuk berpantang di rumah sendiri ditemani oleh ibunya.
Mak.... besar pengorbanan mak .... Terima kasih sebab sabar didik Qielah ..... Baru Qiela tahu bila dah jadi seorang ibu ni... Untuk putera umi... Semoga kamu membesar dengan baik nak... bisik hatinya sambil mendukung sang anak.
Pn Siti hanya membuat riaksi biasa... Syukurlah pada Ilahi... Kerana kamu dipilih untuk menjadi seorang ibu.... Mak bangga dengan kamu nak... Pn Siti merangkul bahu Qiela sekejap sebelum hampiri Cucunya yang baru terjaga itu...
.....................
Sayang..... panggil Akil yang baru masuk ke bilik tidur mereka... Sudah berasa lama ye dia tinggalkan ruang beradu ini....
Sementara Huzaira sedang duduk bersantai di sofa... Abang... sinilah... Panggilnya pada Akil...Akil pon terus ke arah isterinya duduk rapati Huzaira...
Tengok apa ni.... tanya Akil dan terubat juga dirinya melihat album gambar perkahwinan mereka pada 2 setengah tahun yang lepas...Rindu detik ini.... Hatinya bergumam sendiri sambil menghayati detik2 indah mereka...
Sayang nampak cantik waktu ni... Sampai abang rasa nak pengsan... dan abang bersyukur juga sebab waktu lafaz akad itu.. abang boleh buat sekali lafaz sahaja... walaupon abang rasa berdebar.. Alhamdulillah Allah mudahkan abang waktu ni....
Huzaira menahan sebak.... Abang pon sama kacak... senyuman abang waktu tu buat Zaira pon rasa nak pengsan... Dan paling Zaira ingat abang hampir nak tegolek waktu naik pelamin... Nasib juga Akib dengan Amin ada dekat .. kalau tak risau juga abang divaralkan ... heheheh...
Ouhh... Haahlah.... baru abang teringat.... Lawaknya waktu tu.... Kalau takde diorang bedua tu.. buatnya abang malu 7 keturunan sebab seorang pengantin lelaki jatuh tergolek semasa menaiki pelamin sendiri.
Mereka sama2 ketawa... dan senyap seketika untuk beberapa saat....
Sebelum abang pergi... Kita belum kenal sedalamnya2...Jadi biar saya kenalkan semula .. Assalamualaikum Akil Ahnaf saya Nur Huzaira bidadari tercinta awak...salam perkenalan untuk Akil dipermulaan cerita cinta mereka dahulu..
Terjeda...
Indahnya perkanalanmu wahai isteri...Waalaikumsalam sayangku Nur Huzaira... saya Akil Ahnaf suamimu yang sentiasa jatuh cinta dengan renungan indah mu... balas Akil sambil menatap mata sang isteri yang indah dan bersinar.
Zaira dan Akil hanya mampu menatap sepasang mata itu dengan padangan redup... biarkan hati berbicara sama sendiri... dan mendokan agar perkahwinan ini kekal sehingga ke syurga-Nya...
Haiii... Rindu ke tu...>_< Sorry lama sangat tak update... Okey jangan segan2 nak komen.. ~_<
Share this novel