11

Romance Series 1061

11

Puan Hasmiza turun ke ruang tamu, dia kerling ke arah Taqi yang ralit menonton siaran televisyen. Aneh, sejak bila anak lelakinya ini mempunyai minat terhadap sukan bola sepak. "Taqi." Dia memanggil nama tersebut.

Taqi mencari sumber suara. Matanya menangkap kelibat umi yang menjeling ke arahnya tajam. "Umi..."

"Sejak bila minat tengok bola?" Puan Hasmiza menyoal.

Taqi senyum senyuman, menampakkan lekukan pada pipinya. Menambahkan 'manis' pada wajahnya. "Taqi tak minat bola pun. Taqi tengok Hadid."

"Hadid tu siapa, kawan Taqi ke?" Puan Hasmiza melabuhkan punggung di sebelah Taqi. Kusyen di ambil lalu diletakkan pada ribanya.

Taqi ambil masa untuk berfikir sejenak, "kawan kot."

"Mana satu dia?"

"Yang pakai baju jersey nombor sembilan."

Puan Hasmiza perhatikan pemain bola sepak yang memakai jersi nombor sembilan. "Kacak, macam hero tamil."

Taqi hamburkan tawanya. "Kacak kan umi, padanlah dia curang pun."

"Curang?"

Taqi anggukkan kepalanya. "Dia curang dengan bini dia."

"Anak umi pun kacak juga. Padanlah tinggalkan isteri sendiri pun. Taqi ada orang lain ke?" Puan Hasmiza menyoal, psiko.

Taqi terdiam. Terkena dengan emaknya sendiri!

"Taqi tak nak jawab soalan umi ke?" Sekarang, babahnya pula menyampuk. Encik Azam ambil tempatnya.

"Umi dah call Amina untuk datang sini. Umi harap sangat, Taqi jangan cuba nak lari seperti dua tahun lepas. Bincang elok-elok dengan isteri Taqi. Cerita dekat semua orang kenapa Taqi lari." Tegas Puan Hasmiza berkata-kata. Dia sudah habis kudrat, apa lagi yang tak cukup dalam didikannya untuk mengajar Taqi sehingga dia berubah sedemikian rupa?

Sebuah pacuan empat roda berhenti mengejut di hadapan perkarangan rumah Encik Azam dan Puan Hasmiza. Pemandu tersebut segera mematikan enjin kereta. Dia keluar daripada perut kereta, di tangan kanannya terdapat beg kerja. Lelaki itu melangkah laju, hampir berlari sebaik sahaja keluar daripada perut kereta. Dia melonggarkan kasut yang dipakainya seraya memasuki ke ruang tamu.

Postur tegap Taqi diserbu olehnya. "Batak kau, aku call, aku contact kau tak pernah sekali-kali kau reply. Kau pergi mana wahai Taqi Waqiuddin?" Selamba kepala Taqi dibuat headlock olehnya.

"Aduh aduhh Thariq, sakitlah!"

"Jangan panggil aku Thariq dalam rumah ni." Lagi sekali Naqi memarahi Taqi. "Sial lah dia ni. Kau pergi mana? Kau kena rasuk ke?" Naqi mengetatkan lagi headlocknya. Sambil-sambil itu, dia mulai membaca ayatul kursi dengan kuat. "Allahu la ila.. "

"ASTAGHFIRULLAH!" Puan Hasmiza geleng kepala melihat keadaan dua orang anaknya. "Hei Thariq Naqiuddin, Taqi Waqiuddin. Korang berdua ni dah kenapa?"

Naqi melonggarkan headlocknya sebaik sahaja mendengar nama penuhnya dipanggil oleh umi. "Hehe." Dia ketawa lalu menunduk, menjeling ke arah Taqi.

"Naqiuddin, lepaskan aku sekarang." Taqi menepuk-nepuk bahu Naqi, meminta untuk dilepaskan.

Mengalah, baru lah Naqi melepaskan kepala Taqi.

Semua mata memandang ke arah Taqi. Dengan riak ingin tahu.

"Taqi buat apa selama ni?" Puan Hasmiza menyoal, memulakan soal siasat.

Taqi kulum senyum. Tahu di mana silapnya. Tapi, dia tidak akan menjawab sebarang pertanyaan selagi orang yang ditunggunya tidak kunjung tiba.

"Assalamualaikum." Waktu yang sangat pas, Amina memberi salam lalu memasuki rumah agam tersebut dengan dimulakan dengan langkah kanan. Dia mendekati Puan Hasmiza dan Encik Azam dan menyalami kedua orang tuanya.

"Waalaikumussalam." Taqi menoleh. Pancainderanya mengikut sahaja ke mana Amina pergi. Tidak berhenti memandang ke arah isterinya. Naqi mencuit lengannya, lalu memberikan isyarat mata.

"Duduklah dahulu." Puan Hasmiza mempersilakan menantunya untuk duduk.

Amina ambil tempat, begitu juga dengan Qayyum. Anak kecilnya itu seakan-akan memahami keadaan, dia terus duduk di tengah-tengah ruang tamu lalu membelek nota kecil yang dihadiahkan kepadanya. Tanpa mempedulikan keadaan yang mulai memanas.

"Eloklah Min dah sampai. Umi dan babah, fikir macam ni." Encik Azam memulakan muqaddimahnya.

Amina diam. Begitu juga dengan yang lain. Menanti apa yang akan diperkatakan oleh babah.

Encik Azam beralih pandangan ke arah Amina. "Min penat ke?" Dia menyoal.

Amina angkat kepala. "Kenapa babah?"

"Muka Min pucat." Puan Hasmiza menambah.

Amina ketap bibirnya. Kenapa akhir-akhir ini dia dikatakan pucat? Sebaliknya, dia tidak berfikir sedemikian. Fizikalnya sihat walafiat, mungkin mentalnya lelah- 

"Kami semua nak tahu, ke mana Taqi hilang selama ni."

Taqi berdiam diri. Akhirnya, hari ini akan tiba juga.

"Kami semua nak tahu, kenapa Taqi pergi."

"Taqi tak sukakan perkahwinan ni ke?" Puan Hasmiza menyoal. Masih bertenang. "Maafkan umi sebab paksa Taqi dan Amina kahwin semata-mata untuk gantikan tempat bekas tunang Taqi. Kalau umi dan ibu Min tak paksa, Taqi mungkin tak akan pergi, kan?"

"Dengan keadaan yang macam ni. Babah dan umi dah ambil keputusan. Kami nak Taqi ceraikan Min."

Rahang Naqi terbuka luas. Cepatnya! Dia baru sahaja kenal akan iparnya itu.

"Kalau masih simpan Min pun, untuk apa Taqi? Perempuan sebaik Amina Husna tidak sepatutnya terikat dengan lelaki pengecut macam Taqi." Encik Azam memberikan paku yang keras. "Pengecut yang tinggalkan tanggungjawab sendiri."

"Dan, Min berhak bebas. Cari kebahagiaannya sendiri. Selepas itu, Taqi pergilah ke mana Taqi mahu. Kami sudah tidak akan persoalkan." Puan Hasmiza menambah.

Bertubi-tubi Taqi terkena dengan umi dan babah. Sampai macam ni sekali mereka berdua ingin dia dan Min berpisah?

"Papa!" Jeritan Qayyum bergema.

Semua mata terpaku kepada Qayyum. Terkedek-kedek membawa tubuhnya yang gempal, Qayyum mendekati ke arah Taqi dan Naqi berada. Naqi mulai kecut-perut. Matilah kalau budak kecil ni fikir dia bapa kepada Qayyum. Sudahlah haritu dia telah terkena! 

Sebaliknya, Qayyum berhenti di hadapan Taqi.

"Papa ahat!" Semerta, Qayyum menampar paha Taqi bertubi-tubi.

Puan Hasmiza mengerling ke arah Amina. Amina juga menunjukkan reaksi terkejut dengan kelakuan Qayyum. "Taqi..." Amina membuka suara. Semua mata beralih ke arahnya pula. "Qayyum ni anak kandung kau ke?"

Sontak, Taqi gelengkan kepalanya. Sudah kenapa Amina berfikir bahawa dia bapa kepada Qayyum pula? Dia masih suci dan tidak pernah 'menyentuh' mana-mana wanita. Taqi mencebik. "Bukan anak kau dengan lelaki lain?"

"Taqi!" Encik Azam membidas. "Dah lupa apa yang dah jadi ke?"

Taqi  jeling ke arah Encik Azam. Babah kalau dah mula marah, lebih baik kita redakan! Taqi menangkap jari-jemari Qayyum yang kecil. Memberhentikan pukulan yang tidak terasa itu. "Berhenti pukul aku. Aku bukan bapak kau."

Naqi menampar bahu Taqi. "Dengan budak pun berkira."

Amina mendekat. Mengambil Qayyum untuk menjauhi Taqi. "Qay, tu bukan papa Qayyum." Amina membisik perlahan. Cuba menenangkan anak kecil tersebut. Ada bagusnya anak kecil tersebut memukul Taqi. Lepas dendam!

"Ahat!" Qayyum menjerit lagi.

Taqi jelirkan lidahnya terhadap Qayyum. Naqi tepuk dahi, tidak percaya.

"Min setuju dengan cadangan umi dan babah." Amina bersuara sebaik sahaja dia meletakkan Qayyum di atas sofa.

"Kenapa, kau ada lelaki lain ke?" Taqi menyoal sarkastik.

Amina mencerlung tajam ke arah Taqi. "Kau lari daripada aku, kau ada perempuan lain ke? Aku dah ada madu ke? Atau kau dah berasmara dengan bekas tunang kau balik? Atau apa Ahmad Taqi?" Amina hembus nafasnya perlahan. Ahh, dia sudah tidak kira jika dipanggil tidak beradab sekalipun. Yang penting, dia ingin lepaskan diri!

Taqi terdiam. Tidak dapat membalas kata-kata tersebut.

"Kenapa diam, jawablah." Puan Hasmiza mendesak.

"Taqi pergi atas urusan kerja." Taqi membalas.

"Aihh kalau setakat kerja, takkan tak boleh nak inform kami." Encik Azam mencelah.

"Betul juga tu." Disokong oleh Puan Hasmiza.

"Apa yang sebenarnya Taqi cuba sembunyikan?" Puan Hasmiza menyoal lagi. "Taqi tak suka Min ke?"

Amina terkedu tatkala namanya disebut. Dia pandang ke arah Taqi yang tidak memberi jawapan terhadap soalan tersebut. Pandangan mereka bertemu buat seketika sebelum Taqi melarikan pandangan ke arah lain.

Amina hela nafasnya. Mana mungkin Taqi menyukainya. Amat mustahil. Bercinta dengan si kakak, terpaksa kahwin dengan si adik. Tambahan pula, wajah si kakak dan si adik hampir serupa. Jika dia berada di tempat Taqi sekalipun, dia tidak rela. Mungkin, dia juga akan pergi. Mungkin.

"Kalau betul lah Taqi tak nak terima pernikahan ni Kenapa Taqi setuju sahaja dengan perkahwinan ni. Taqi ada kuasa untuk hentikan benda ni. Umi tak pernah paksa Taqi untuk kahwin dengan Min kan?" Puan Hasmiza mengasak Taqi dengan pelbagai soalan. Dia sudah ingat kenapa dia memilih Amina untuk menggantikan tempat Awina. Yang sebenarnya terjadi adalah, sewaktu Awina melarikan diri, Taqi usulkan pandangan untuk menggantikan pengantin perempuan sahaja, dan tidak ingin membatalkan majlis. Dia beralasan, semua persiapan telah dibuat. Secara tidak sengaja, ibu Amina mencadangkan Amina bagi gantikan tempat Awina.

"Taqi, umi perlukan jawapan."

"Betul umi, babah, Min." Sekali lalu, dia pandang kesemua ahli keluarganya, termasuklah gambar ahli keluarganya yang tergantung pada dinding. Arasyah, Neeta dan abang long... "Taqi pergi atas urusan kerja."

"Taqi kerja apa? Kau belajar dalam bidang kejuruteraan kan? Sudah beralih bidang kepada tentera pula ke sampaikan tidak boleh beritahu kami?" Encik Azam bersuara lagi sekali.

"Sampai satu masa nanti, Taqi akan beritahu umi, babah dan Amina."

"Aku?" Naqi menyelit. Kenapa Taqi tidak mahu menyebut namanya sekali?

Taqi menjeling ke arah Naqi yang sibuk menyampuk. "Kau sekali."

Semua sekali terdiam. Perbincangan ini tidak dapat membuahkan sebarang hasil jika Taqi ingin berahsia.

"Taqi minta diri dahulu."

"Taqi nak pergi lagi sekali ke?"

Naqi tangkas headlock Taqi buat kali ke dua. "Kau nak pergi mana?"

"Ahh Thariq... Aku nak balik rumah aku je lah." Taqi menepuk-nepuk bahu Naqi, minta dilepaskan.

"Kenapa tak nak tinggal sini sahaja?" Puan Hasmiza menyoal.

"Rumah ni tak selesa untuk kau ke Taqi Waqiuddin?" Giliran Encik Azam pula menyoal. Lebih kepada perlian.

"Okey lah kalau macam tu, Taqi tidur sini."

Naqi lepaskan kepala Taqi. "Kau jangan macam-macam eh."

"TAKK..."

Amina membisu di tempatnya. Dia ingin bebaskan diri. Lebih tepatnya, dia ingin berpisah dengan Taqi.

"Taqi, aku nak bincang sesuatu. Dekat luar." Amina berkata demikian. Seraya memandang ke arah mentuanya dengan pandangan meminta keizinan. Umi dan babah angguk kepala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience