Bab 4: “Kalau Bukan Dia, Kenapa Semua Aku Banding Dengan Dia?”
⸻
Lokasi: Kafeteria UiTM, tengah hari
Lia duduk dengan Kiera, tangan main straw, mata tengok luar tingkap.
⸻
“Ko tengok sana tu. Si Badrul tu hensem juga bah kan? Ada kereta. Anak tauke tayar.”
Kiera semangat bagi cadangan. Tapi Lia diam.
“Ko rasa owen tu lagi sembui dari Badrul kah?”
Lia senyum sinis.
“Ko pernah nampak lelaki yang senyum macam bukan dia mau kau suka dia, tapi dia tau ko suka juga?”
Kiera terdiam.
“Muka dia… macam campur-campur.
Mata tu sepet sikit, tapi bila dia pandang, rasa macam dia baca sampai dalam hati ko.”
“Kulit dia cerah, tapi sunburn bah sikit. Macam orang Sabah betul, tapi ada sikit campuran… aku pun taktau — macam ada sikit Brazil tu… tapi tak banyak.”
⸻
Kiera buat muka juling.
“Ko ni jatuh cinta atau ko tgh buat laporan polis?”
Lia ketawa.
“Aku pun tak tahu la… Tapi semua lelaki aku tengok lepas tu, aku banding sama dia.”
⸻
Kafe makin bising. Tapi dalam kepala Lia, cuma satu wajah.
Muka yang dia hanya nampak satu kali — tapi buat semua yang lain nampak tak cukup.
“Kalau bukan cinta…
kenapa nama dia, suara dia, muka dia… semua masih lekat?”
⸻
Lia tengok langit dari tingkap kafe.
“Owen… Kalau ko pun rasa sama, datang balik lah. Sekali ja pun cukup.”
Scene cut: Owen tengah tangkap gambar sunset.
Kamera dia snap — tapi bukan sunset yang dia perhati.
Dia simpan gambar Lia dalam hati.
Tapi dia tak tahu nama dia pun.
Share this novel