Bab 20: “Bukan Semua Yang Datang, Akan Kekal”
⸻
Beberapa minggu selepas pertemuan di kafe.
Lia fokus pada Kabusa.
Order masuk bukan lagi dari Malaysia saja —
Tapi dari Eropah.
Tapi satu malam, masa dia tengah pack sabun,
Amy datang bawa satu bungkusan kecil.
? Dari Owen.
⸻
Lia buka.
Dalamnya ada buku — tajuk:
“Kenapa Saya Tak Faham Tapi Masih Rasa Tenang”
Dan sekeping nota kecil:
“Saya tak tahu semua.
Tapi saya nak tahu, sebab saya nak faham dunia ko.
Bukan untuk ubah ko, tapi untuk datang ke tempat ko dengan ikhlas.”
⸻
Lia genggam nota tu.
Dia baca buku tu pelan-pelan…
Tentang nilai solat, tentang erti sujud,
tentang tenang yang tak perlu bising.
⸻
Malam tu, dia termenung.
Hati dia berperang.
“Kalau dia berubah sebab saya…
apa jadi kalau saya hilang nanti?”
“Dan kalau dia betul-betul log in…
boleh kah saya percaya perubahan tu?”
⸻
Di Korea — Owen join kelas asas agama.
Dia tak post. Dia tak cerita.
Tapi setiap kali dia buka buku kecil tentang Islam,
dia tulis satu nama di penjuru:
“Lia.”
⸻
Dia bukan nak masuk agama sebab cinta.
Tapi dia tahu, cinta sebenar takkan tinggal ko tanpa kenal tempat tinggal hati ko.
⸻
Lia berdiri depan cermin.
“Saya dah log in pada hidup saya.
Dan kali ni, saya tak log out untuk siapa-siapa lagi.”
⸻
Di luar tingkap —
kabus turun perlahan.
Macam biasa.
Macam dulu.
Share this novel