BAB 19

Romantic Comedy Series 211

Bab 19: “Rasa Boleh Datang Balik, Tapi Hormat Jangan Hilang Lagi”

Esok pagi — Owen tunggu depan kafe tempat Lia selalu sarapan.
Dia tak mesej. Dia tak call.
Dia cuma… tunggu.

Lia datang — awal, seperti biasa.
Dia nampak Owen dari jauh.
Dia tak lari. Dia tak senyum.
Dia hanya tarik kerusi.

“Ko betul-betul mau cakap ka hari ni?”

Owen angguk.
Dia keluarkan satu benda dari beg.

? Not kecil — penuh catatan dia sepanjang di Korea.

“Saya tak tahu macam mana nak sayang ko dengan jarak,
tapi saya tulis semua ni… sebab saya tak pernah berhenti fikir pasal ko.”

Lia buka buku tu.
Ada satu helaian — lukisan kabus,
dengan ayat kecil:

“Kabus ni tak pernah hilang.
Cuma saya yang silau terlalu lama.”

Lia tenung lama.
Dia tarik nafas. Letak buku atas meja.

“Saya bukan budak 22 tahun yang tunggu ayat manis.”
“Kalau ko betul-betul mahu saya semula…
ko buktikan bukan dari cemburu, tapi dari tanggungjawab.”

Owen tunduk.

“Saya sanggup balik sini, saya sanggup mula dari kosong.”

Lia: “Saya bukan kosong. Saya penuh sekarang.
Dan saya tak mahu lelaki yang cuma datang bila takut saya hilang.”

Owen diam. Tapi kali ini, dia tak lari.

Dia cakap satu ayat terakhir:

“Saya tak mahu hilang ko…
tapi saya faham kalau kali ini, saya kena tunggu giliran untuk dipilih.”

Lia senyum sedikit.

“Bagus. Sebab cinta bukan benda kita minta.
Cinta datang bila kita cukup matang untuk jaga.”

Mereka berpisah pagi tu.
Tiada janji. Tiada peluk.

Tapi ada satu benih harapan —
dari seseorang yang mahu belajar untuk log in dengan benar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience