Epilog: 7 Tahun Kemudian
⸻
?London, UK — Kelas Seni & Aromaterapi Sekolah Rendah
Seorang budak lelaki petah sedang bentang projek.
“Nama sabun saya ‘Memori Ibu’. Saya buat dari bunga kegemaran mama saya—lavender dan melur. Sabun ni untuk orang yang rindukan pelukan ibu.”
Guru terharu. Anak siapa ni?
Di belakang kelas, Lia dan Owen duduk senyap, tangan berpaut. Sebelah mereka, si kembar Lily sedang main plastisin bentuk sabun comel.
“Macam kau 7 tahun lepas,” Owen bisik ke Lia.
“Bezanya, sekarang anak kita yang buat orang percaya pada harapan.”
⸻
?Scene: Balik dari sekolah
“Mama, papa… cikgu kata sabun Luqman wangi. Dia tanya kami belajar dari mana.”
Lia senyum.
“Jawapannya satu ja, sayang — dari rumah kita, yang selalu dipenuhi cinta.”
Owen sambung,
“Dan dari mama kamu. Orang yang percaya sabun boleh jadi bahasa cinta.”
⸻
?Scene Terakhir: Satu sudut di rumah
Rak kayu usang tersusun dengan sabun yang tak dijual — hanya disimpan.
Sabun-sabun itu ada label:
• “Pertama Kali Jumpa”
• “Lamaran Dalam Wangi”
• “Kalau Aku Hilang Lagi”
• “Haruman Dua Benua”
• “Pelukan Yang Tidak Pernah Hilang”
Luqman tengok rak tu dan tanya,
“Mama… semua ni untuk apa?”
Lia pandang anaknya.
“Untuk ingat kita pernah jatuh… tapi Tuhan bagi wangi semula. Sabun ni — semua ni — adalah cerita cinta kita.”
⸻
? TAMAT:
Terima kasih kerana membaca kisah Owen & Lia.
Cinta bukan sekadar cerita. Ia adalah perjalanan — dari luka, ke sabun, dan akhirnya ke syurga kecil bernama keluarga. ??????
Share this novel