BAB 32

Romantic Comedy Series 211

Bab 32 – “Kau Pegang, Tapi Jangan Lepaskan”

Selepas malam di Tanjung Lipat tu, Lia fikir semuanya akan jadi lebih tenang.

Tapi tidak.

Sebab selepas Owen balik Korea, hati Lia jadi macam cuaca — tak menentu. Kadang panas, kadang gerimis rindu.

Dia buka chat Owen setiap malam, baca mesej lama. Tapi bukan sebab dia nak balas. Hanya sebab… rindu tu macam tak tahu nak berhenti di mana.

Satu hari, Lia ke kedai buku lama di Gaya Street. Dia dah lama simpan impian nak bukak mini kafe buku — tempat orang boleh datang minum kopi dan baca.

Di celah rak buku usang, tangan dia tersentuh satu tangan lain.

“Oh sorry—”

Lelaki tu senyum.

“Tak apa. Nampak gaya kita suka buku sama.”

Lia senyum nipis. “Atau jodoh sama.”

Mereka tergelak kecil. Lelaki tu — tinggi, berkulit cerah, loghat macam orang lokal tapi jelas ada vibe luar negara.

Nama dia Alan. Dan Alan ni… jenis yang suka cakap terus terang.

“Saya minat awak dari tadi. Tapi saya rasa awak masih fikirkan seseorang.”

Lia terdiam. Pandang jauh ke luar kedai.

“Kau pandai baca muka orang?”

“Tak, tapi saya tahu macam mana rupa orang yang sedang pegang sesuatu… tapi belum mampu lepaskan.”

Dan untuk pertama kali, Lia rasa ada orang yang bukan saja faham — tapi sanggup tunggu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience