Bab 14: “Bila Hati Tak Dijaga, Kita Bina Hidup Yang Tak Perlu Dijaga Siapa-siapa”
⸻
Sabah — dua bulan selepas senyap Owen.
Lia bukan lagi ‘Lia si penunggu mesej’.
Dia sekarang:
? Lia, founder Kabusa.
? Produk sabun homemade
? Order masuk dari KK, Ranau, Tambunan — sampai ke Brunei sikit-sikit.
⸻
Dia post satu story:
Gambar meja penuh sabun dan tempahan.
Dengan caption:
“Terima kasih pada yang support.
Doa saya, semua akan bersih — luar & dalam.”
⸻
DM masuk. Nama: Danish.
Profile dia: agent ejen dropship.
Danish:
“Hi sis Lia, saya minat produk sis. Boleh saya jual sekali?”
Lia balas formal.
Tapi Danish ni lain sikit — dia selalu support story, reply dengan ayat sweet sikit.
“Awal pagi kerja keras, semangat dia bikin saya pun nak jadi rajin ?”
Lia senyum, tapi tak balas lebih-lebih.
Dalam hati: “Bukan lelaki yang reply lambat yang saya mau.”
⸻
Korea — Owen scroll story Lia.
Nampak komen Danish yang reply setiap post Lia.
Dia ketap bibir.
Letak phone.
Tapi lepas 5 minit… dia buka balik.
“Siapa pula ni?”
“Kenapa saya rasa… macam ada orang duduk tempat saya dulu?”
⸻
Dia buka galeri.
Nampak gambar kabus, sabun, gambar Lia.
Tiba-tiba semua tu… jadi pedih.
⸻
Owen taip:
“Saya rindu ko.”
Dia padam.
Taip lagi:
“Ko okay kah?”
Padam lagi.
Akhirnya… dia tak taip apa-apa.
Cuma tengok — dan biar Lia makin jauh.
⸻
Lia pegang phone malam tu.
Buka gambar lama Owen.
Dia bisik sendiri:
“Kalau ko tak datang… saya pun takkan undur.
Saya tak tinggal semua ni, demi orang yang tinggal saya dulu.”
Share this novel