BAB 23

Romantic Comedy Series 211

Bab 23: “Kadang Hati Tak Buat Bunyi, Tapi Dia Bergerak Juga.”

Pagi di Sabah.

Lia duduk dekat tingkap. Tangan dia pegang buku kecil kulit coklat — jurnal bisnes.
Tapi kali ni dia tak tulis tentang sabun.

Dia tulis tentang keraguan.

“Kalau dia memang betul-betul berubah, kenapa dia masih diam?”
“Kalau dia sayang… kenapa perlu jauh dulu baru sedar?”

Amy tiba-tiba buka pintu:

“Wei… jom breakfast. Jangan fikir lelaki yang tak ada dekat rumah ni!”

Lia jeling sambil ketawa kecil:

“Cis, siapa cakap aku fikir lelaki? Aku fikir packaging sabun la.”

Amy: “Sabun nama siapa? Owen ke Aaric?” ?

Korea.

Owen sekarang mula lepak malam dengan geng masjid.
Bukan sebab dia nak impress sesiapa —
tapi sebab dia tenang.

Mereka cerita pasal hidup, pasal pilihan, pasal takut.
Dia dengar semua.

Satu malam, ada pakcik Korea revert Islam cerita:

“Saya dulu masuk sebab manusia. Tapi saya stay sebab Tuhan.”
“Cinta manusia bawa saya datang. Tapi cinta Tuhan buat saya bertahan.”

Owen terdiam.
Dalam hati, dia bisik:

“Kalau saya datang nanti, saya tak nak Lia rasa saya datang untuk dia.”
“Saya nak datang… sebab saya dah datang.”

Aaric ajak Lia dinner.
Lia setuju. Tapi dia letak syarat:

“Kalau kau bawa aku makan western… aku baling garpu.”
“Saya mahu ikan bakar tepi jalan ja.”

Aaric terdiam, kemudian ketawa:

“Deal. Tapi jangan baling kicap pula kalau aku lambat.”

Dalam kereta, Aaric buka lagu slow.

Lia: “Aduh, lagu ni macam bunyi hati orang yang kalah tender.”
Aaric: “It’s lo-fi, Lia.”
Lia: “Lo-fi jiwa tu!”

Lia scroll IG diam-diam.
Dia tengok satu video pendek —
seorang lelaki baca surah pendek dengan suara perlahan dan tenang.

Dia tak nampak muka.
Tapi dia kenal suara tu.
Dia rasa itu Owen.

Dia tak comment.
Dia cuma… senyum sedikit.
Dan tekan save.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience