26

Romance Series 580

Umi pandang wajah pucat Azhara yang hanya tunduk, jemari menggenggam hujung kain baju kurung sampai nampak sendi putih. Dia tahu anak dia bukan jenis tunjuk perasaan, tapi luka yang tersimpan dalam dada itu pasti lebih dalam daripada mana-mana parut pada kulit.

"Zhara... umi kena beritahu ni." suara umi perlahan, tapi cukup untuk buat jantung Azhara berdegup tak keruan.

Perempuan muda itu angkat kepala. "Kenapa umi? Doktor cakap apa pasal baby...?"

Umi telan liur. Air mata dia sendiri dah bergenang. "sebenarnya kamu mengandung bayi kembar, tapi salah sorang meninggal disebabkan komplikasi, anak kamu yang meninggal tu bayi perempuan"

Azhara rasa dunia dia berputar. Bunyi bising mesin hospital, orang lalu-lalang, semuanya hilang. Yang dia dengar cuma suara umi, dan bunyi jantung dia sendiri yang seakan nak meletup keluar dada.

"Tak... tak umi. Jangan cakap macam tu." suara dia pecah, menolak. Mata dia mencari doktor tapi yang ada cuma umi. "Umi bohong kan...? Kan baby saya kuat umi...? Kan saya dah jaga..."

Umi pegang pipi Azhara, sapu air mata yang dah lebat menitis. "Dia kuat, nak. Tapi Allah lebih sayang dia."

Azhara peluk umi sekuat hati. Dia menangis, meraung dalam suara serak. Rasa sakit itu terlalu dalam, tak ada kata mampu pujuk. Umi hanya diam, mengusap belakang anaknya perlahan.

Hari berganti minggu. Azhara akhirnya dibenarkan balik ke rumah banglo itu. Tapi yang pulang bukan lagi Azhara yang dulu. Perempuan yang dulunya lembut suara, yang kalau bercakap dengan Adam menunduk pandang lantai sekarang pandangan dia tajam, kata-katanya penuh bisa.

Malam pertama balik rumah, Adam yang duduk di ruang tamu pandang Azhara turun tangga dengan cooler bag. Perempuan itu nak ke hospital hantar susu badan untuk bayi mereka yang masih di NICU.

"Awak nak ke mana? Baru balik hospital dua hari dah nak pergi lagi?" tanya Adam, nada dia kendur tapi jelas tak puas hati.

Azhara berhenti, menoleh dengan senyum paling sinis pernah Adam lihat. "Pergi tengok anak Aku la . kau tak nak ikut tak apa. Aku tak perlukan kau dah."

Adam kerut kening. "Anak awak? Bukan anak kita?"

Azhara hanya ketawa kecil, pahit. "Anak Aku. Yang kau bunuh adik dia dengan nafsu gila kau tu."

Terdiam Adam dibuatnya. Dada dia terasa sesak tapi ego menolak untuk minta maaf atau pujuk. Dia biarkan saja Azhara melangkah keluar, hati dia sendiri koyak walau tak mahu mengaku.

Sejak hari itu Azhara pergi hospital setiap hari. Dia hantar susu badan, duduk di tepi incubator sambil selawat panjang-panjang atas bayi lelakinya yang masih berwayar penuh.

Kadang dia pandang wajah kecil itu lama. Air mata jatuh, tak boleh ditahan. "Sayang... maafkan mama. Mama janji mama akan bawa sayang balik rumah. Kita hidup berdua pun tak apa. Mama kuat... mama kuat."

Di rumah, Azhara dah berubah jadi orang lain.
Kalau dulu dia takut bersuara, sekarang dia lantang memaki. Kalau dulu Adam tinggi suara, Azhara akan diam sekarang dia akan balas balik lebih pedih.

Petang itu Adam baru balik dari pejabat. Dia tengok Azhara duduk di meja makan, menulis sesuatu atas buku rekod hospital anak mereka. Adam tarik kerusi duduk depan Azhara.

"Awak... baby macam mana hari ni?"

Azhara tak angkat muka. "Baik. Berat dia naik sikit. Tak macam kau. Semakin lama semakin menyesakkan."

Adam telan liur. Dia cuba capai tangan Azhara tapi ditolak kasar.

"Jangan sentuh aku Adam. Jijik."

"Zhara... saya cuba la nak betulkan semua. Saya tahu saya salah dulu. Tapi awak tak boleh terus macam ni..."

Azhara pandang Adam dengan mata merah. "Tak boleh? Siapa kau nak cakap tak boleh? Anak perempuan aku mati sebab kau! Kalau kau tak paksa aku dulu... dia mesti hidup lagi sekarang.kau tahu tak betapa aku benci kau Adam?"

Adam tunduk, rasa macam tertikam dada dia sendiri. Dia angkat semula muka, cuba senyum nipis. "Tapi anak lelaki kita masih ada. Kita kena kuat untuk dia."

Azhara berdiri, hempas buku atas meja.
"Aku ni kuat bukan sebab kau, Adam. aku kuat sebab anak aku. Anak yang kalau dia besar nanti, aku  pastikan dia tak jadi macam bapak dia."

Malam itu Azhara masuk bilik dulu. Dia baring menghadap dinding, tak mahu nampak Adam. Lelaki itu masuk perlahan-lahan, duduk di sisi katil. Dia tengok belakang tubuh Azhara yang statik. Nafas Adam berat. Dia angkat tangan nak sentuh bahu isteri dia tapi terhenti di udara.

Dia turunkan semula. Cuma pandang lama-lama, kemudian sandar kepala di kepala katil.

"Maafkan saya, Zhara..." bisik Adam perlahan. "Kalau masa boleh diputar... saya takkan sakiti awak."

Tapi masa tak akan pernah patah balik. Yang tinggal hanya dua hati luka dalam satu rumah dan satu bayi kecil yang masih bertarung nyawa, menunggu untuk disatukan semula dengan ibunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience