Kereta hitam itu berhenti betul-betul di seberang jalan depan klinik. Adam matikan enjin tapi dia tak turun. Jari dia ketuk stereng, matanya tajam menikam pintu kaca klinik pakar yang tertera nama Azhara pada buku temujanji dalam dashboard.
Tak sampai dua minit, pintu klinik itu terkuak. Azhara melangkah perlahan keluar, perutnya yang sudah sarat enam bulan jelas menongkat kain kurung kapas yang labuh. Dia nampak letih tapi masih manis dengan senyum sopan pada Muiz lelaki yang semalam-semalam Adam tak pernah lupa.
Muiz menunduk sedikit, membukakan pintu kereta driver Adam untuk Azhara. Tangan Muiz sempat menyentuh siku Azhara. Walau sesaat, cukup buat otak Adam meletup.
Nafasnya turun naik. Ada rasa panas yang menampar dada. Dia tahu dia yang suruh driver hantar Azhara checkup hari ini. Dia juga yang kata tak sempat teman sebab ada meeting dengan orang luar negara. Tapi sekarang bila tengok perempuan dia senyum pada lelaki lain, dia rasa macam nak cabut jantung sendiri, letak atas jalan raya.
Adam tumbuk stereng kuat. "Bodoh."
Rumah banglo dua tingkat itu terasa sempit.
Adam balik lebih awal hari itu, menunggu Azhara. Dalam kepala dia ulang-ulang imej Muiz senyum pada Azhara. Tangan lelaki itu yang singgah pada siku isterinya. Panas. Pedih. Marah. Dia nak Azhara balik cepat supaya dia boleh tunjuk siapa lelaki sebenar dalam hidup perempuan kampung tu.
Bila Azhara melangkah masuk rumah petang itu, bawa plastik ubat dari klinik, dia nampak Adam sedang duduk di sofa ruang tamu. Tangan lelaki itu silang dada, wajahnya kosong tapi matanya merah berurat.
"Awak dah balik?" suara Azhara cuba ceria, dia letak plastik ubat atas meja.
Adam tak jawab. Hanya renungan dia yang membalas. Renungan yang buat Azhara rasa sejuk tulang belakang.
Hari-hari selepas itu mula sunyi.
Adam makin diam. Tak peluk dia waktu tidur. Tak sentuh dia waktu makan. Hanya cakap sepatah dua bila perlu. Azhara makin resah, makin tak tentu arah. Dia tahu ada sesuatu tak kena.
Sampai satu malam, selepas dia lipat baju baby kecil dalam bakul, dia masuk bilik Adam dengan dada berdegup laju. Adam duduk di hujung katil, baju kemeja masih tak dibuka walau sudah jam sebelas malam.
"Kenapa diam sangat sekarang? Adam marah saya ke?"
Adam pandang dia. Lama. Mata itu tajam, sampai Azhara rasa nak rebah.
"Dah puas ke menyundal dekat klinik?" suara Adam meninggi. "Apa yang aku bagi dekat kau tak cukup, Az?"
PANG!
Tangan Azhara naik, tampar pipi Adam sebab terlalu sakit dihina. Tapi dia sendiri terkejut lepas tampar. Adam diam dua saat sebelum senyum sinis.
Nafas Adam semakin berat.
Dia tangkap rambut Azhara, tarik sampai perempuan itu terjatuh melutut depan dia.
"Adam, sakit..." Azhara cuba tarik tangan Adam, tapi genggaman lelaki itu terlalu kejap.
Adam tunduk, ludah pada wajah pucat Azhara. "Entah-entah anak dalam perut kau tu anak haram, bukan darah daging aku."
Air mata Azhara terus jatuh. Dia angkat tangan, lap ludah Adam yang meleleh ke dagu.
"Demi Allah... Adam. Jangan hina anak kita macam tu. Saya tak pernah—"
Adam tolak kepala Azhara. "Layanan aku ni tak sesedap Muiz ke, hah Azhara? Kau senyum manja dengan dia, macam aku tak pernah tengok kau senyum untuk aku."
Malam itu sunyi jadi saksi.
Adam tarik tangan Azhara, seret ke katil. Walau Azhara merayu, pegang perutnya yang makin besar, Adam tak peduli. Nafsu marah, cemburu, sakit hati semua menyalur pada tubuh isterinya.
"Adam... tolonglah. Saya takut... perut saya..." suara Azhara terketar.
Tapi Adam hanya cengkam pinggang Azhara, rebahkan dia atas tilam. Tangisan perempuan itu menyesak bilik. Tapi Adam hanya tunduk, ambil hak dia.
"Diam. Kau isteri aku kan?" bisik Adam, suara penuh benci bercampur rakus.
⸻
Setiap malam selepas itu berulang.
Adam makin jauh dari Allah, makin tenggelam dalam dendam. Dia masih ke pejabat tapi malamnya dia kembali pada Azhara — menuntut hak dengan kasar, tak pernah peduli kalau Azhara menangis, atau kalau Azhara genggam perut kuat-kejap menahan sakit.
Sehinggalah suatu hari Azhara demam panas. Tubuhnya menggigil, ada tompok darah pada kain batiknya. Dia tak nak kejut Adam. Jadi dia telefon driver. Dalam kereta, dia pegang perut erat-erat, doa tak putus-putus.
"Ya Allah... selamatkan anak ini..."
Di hospital, doktor buat imbasan. Wajah doktor muram.
"Kita kena tahan puan. Ada komplikasi. Denyut jantung bayi makin lemah."
Azhara cuma pejam mata, dua titis air mata jatuh ke bantal putih. Dalam diam dia ulang zikir cuma itu yang tinggal antara dia dan harapan.
Share this novel