Rumah banglo dua tingkat itu semakin sunyi sejak Adam pulang dari hospital. Sunyi yang menyesakkan dada Azhara. Dia tak tahu, mana lagi penat — badan yang bekerja siang malam jaga suami, atau hati yang makin hari makin retak.
Adam duduk di atas wheelchair, pandangan kosong dia lempar ke luar tingkap. Tangan dia beralih perlahan pada roda, tolak sikit-sikit ke tengah ruang tamu. Tapi bila Azhara melintas dengan tuala basah nak ke dapur, dia sengaja hentak roda kuat-kuat.
"Oi, kau tak nampak aku nak lalu?" bentak Adam, mata dia merah menahan marah.
Azhara cepat-cepat mengundur. "Maaf..." lembut suaranya, walau dada dia berombak takut.
Adam kerling tajam, bibir dia terherot sinis. "Macam mana la aku boleh dapat bini kampung macam kau. Dah la hodoh, lembab pulak tu."
Pedih. Tapi Azhara diam. Dia tunduk, teruskan langkah. Hatinya dah kebas, air mata pun dah kering.
⸻
Petang itu Azhara sibuk sediakan bubur nasi. Adam dah seminggu tak lalu makan nasi biasa. Tiba-tiba terdengar suara Adam menjerit memanggil.
"Azhara! Kau buat apa? Cepat datang sini!"
Azhara letak sudu, berlari anak ke ruang tamu. Adam masih di wheelchair, pegang remote yang jatuh atas lantai.
"Ambilkan!" tempik Adam.
Azhara tunduk ambil remote, hulur pada Adam. Lelaki itu rampas kasar, jeling Azhara tajam.
"Lain kali jangan biar remote jauh sangat. Kalau aku penat nak tunduk, kau nak tanggung dosa aku mati tercekik sebab stress ke?"
Azhara tak jawab. Dia telan air liur, tarik nafas dalam-dalam. "Maaf."
Adam mendengus. Tiba-tiba dia capai segelas air atas meja, tuang atas kepala Azhara. Terkejut Azhara sampai pejam mata, air sejuk meresap ke tudung & baju.
"Biar kau rasa basah. Sama macam aku rasa tersekat dalam badan tak guna ni," sinis suara Adam. Kemudian dia gelak kecil, tolak wheelchair masuk ke bilik.
Azhara berdiri kaku, air mengalir menitis ke dagu. Dia tak tahu sampai bila dia boleh tahan. Tapi dia tak mahu pergi. Dia masih mahu tunggu, walaupun hatinya dah hampir mati.
Malamnya Azhara masuk bilik Adam untuk lap badan suaminya. Adam diam je masa dia buka butang baju. Mata dia pandang siling, tak hirau pun Azhara yang tekun kesat tubuh dia dengan kain lembap.
Bila Azhara tunduk rapat untuk lap dada Adam, lelaki itu tiba-tiba ludah pada pipi Azhara. Terkejut Azhara, dia angkat muka pandang Adam.
"Apa tengok? Dasar kampung. Kau tu kalau tak sebab aku kahwin dengan kau, sampai mati pun kau tak rasa duduk rumah besar ni," cemuh Adam.
Azhara cuma angkat tangan, lap ludah Adam perlahan. Dia telan liur yang terasa pahit, bibir mengukir senyum nipis.
"Kalau awak dah selesai, saya nak lap belakang pula."
Adam ketawa sinis. "Macam bibik. Bagus, teruskan. Itu je kau pandai."
Dalam diam, dada Azhara macam nak pecah. Dia rasa nak lari, tapi dia tak akan. Bukan sekarang. Dia nak tunggu satu hari nanti Tuhan sendiri balas semuanya. Dia masih pegang sabar sabar yang dia sendiri tak pasti bila akan runtuh.
Share this novel