Bunga Terakhir [ COMPLETED ]

AksaraDuka

Romance Series 580
0
(0 ratings)

Synopsis

Adam Zafran. Lelaki kota yang kaya, tampan, berkuasa - tapi ego dan dominasi mengatasi segalanya. Hidupnya sempurna di mata orang luar, tapi hakikatnya dia manusia yang hanya tahu memerintah. Apa dia mahu, mesti diturut. Apa dia kata, mesti patuh. Azhara Imani. Gadis polos anak ustaz, dijodohkan dengan Adam atas hasrat keluarga. Dia percaya cinta boleh dipupuk selepas nikah. Dia yakin sabar boleh melembutkan hati siapa pun. Tapi dia silap. Sebaik bergelar isteri, hidup Azhara berubah menjadi gelap. Adam tidak pernah memukul, tapi dia menghina, merendah, memijak harga diri Azhara saban hari. Dia larang Azhara kerja. Dia suruh Azhara hanya duduk rumah, jadi bibik pada rumah mewahnya. Azhara tidur di bilik kecil beralaskan toto, menahan sejuk kipas siling - sementara suaminya lena di katil empuk tanpa peduli. Dalam diam, Azhara hanya mampu mengadu pada Tuhan. Sujudnya panjang, air matanya tak pernah putus. Dia terus setia, walau hatinya makin pudar. Sampai satu hari, Tuhan tarik nikmat Adam. Satu kemalangan buat lelaki itu lumpuh separuh badan. Dulu dia berkuasa, kini dia hanya mampu duduk di kerusi roda, bergantung penuh pada Azhara - wanita yang selama ini dia hina. Adam mula belajar apa itu rendah diri. Apa itu kasih. Dia mula menyebut nama Tuhan yang dulu tak pernah dia sujud. Tapi luka Azhara terlalu dalam. Masih adakah ruang untuk cinta tumbuh semula? Atau dia akan terus menjaga Adam hanya kerana tanggungjawab, bukan lagi kerana sayang?


Share this novel

Rate this story


Comments

imyourss
2025-07-14  1 Replies

woowww..menarik...teruskan berkarya aksaraduka..All the best

AksaraDuka

1 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience