Hari ini kandungan Azhara genap enam bulan. Awal-awal pagi lagi dia dah bersiap. Tudung bawal warna pastel disarung kemas, dress longgar labuh menutup susuk tubuh yang makin berisi. Tangan dia tak lepas dari perut rasa degupan halus yang Allah pinjamkan dalam rahimnya, rasa terlalu mahal untuk dilepas begitu saja.
Adam yang duduk di kerusi kerja dalam bilik tidur memerhatikan setiap gerak Azhara. Sejak Azhara hamil, Adam makin berubah. Segala-galanya untuk Azhara. Tapi hari ni Adam nampak serba salah, berkali-kali dia tengok jam.
"Awak nak pergi sekarang ke?" tanya Adam. Suaranya tenggelam timbul sebab dia tengah taip mesej di telefon.
Azhara pandang Adam, senyum kecil. "Ya... appointment pukul sepuluh. Nanti kalau lambat, takut kena marah nurse."
Adam letak telefon atas meja, dia pusing kerusi menghadap Azhara. "abang... tak boleh teman sayang hari ni. kena meeting dengan orang HQ luar negara. Susah nak adjust. abang dah cuba tapi fail." Nada dia perlahan, ada nada bersalah.
Azhara hanya angguk. Dia dah faham sangat kerja Adam sejak Adam dah mula pergi pejabat penuh masa semula. "Tak apa... saya boleh pergi dengan driver awak."
Adam berdiri perlahan, tongkat dia capai. Dia dekatkan diri pada Azhara, cium ubun-ubun perempuan itu. "Maaf sayang, Bukan abang tak nak. Ini first timeĀ tak dapat teman awak check up. Lain kali abang janji tak miss."
Azhara senyum lagi, walau ada sedikit kecewa yang dia telan sendiri. "Tak apa. Awak pergilah kerja. Rezeki baby kita jugak."
Adam hantar Azhara sampai ke pintu. Dia pesankan Encik Farhan berhati-hati bawa Azhara. Sampai Azhara sendiri rasa segan Adam nampak cemas lebih dari dia yang nak kena scan baby.
Di klinik, Azhara duduk menunggu giliran. Tangan dia usap perut perlahan, kadang dia main tarik hujung tudung sebab tak tahu nak buat apa. Encik Rahman menunggu dalam kereta, jadi dia sendirian di ruang menunggu.
"Lama tak jumpa awak..."
Satu suara lelaki menegur dari arah kiri. Azhara berpaling, dada dia serta-merta berdegup laju bila nampak Muiz berdiri di situ. Lelaki yang dia pernah terserempak di mall, pernah temankan dia tunjuk jalan, yang pernah bawa dia minum sekejap dulu.
"Awak buat check up ke? Awak... mengandung?" Muiz nampak terkejut, pandang perut Azhara yang jelas membulat.
Azhara tarik nafas perlahan. "Ya... enam bulan dah."
Muiz hanya angguk, tapi riak muka dia berubah. Ada sekelumit kecewa yang Azhara rasa tapi dia pura-pura tak nampak. "Tahniah... saya... saya cuma nak cakap, awak nampak bahagia. Saya gembira tengok."
Azhara senyum nipis. "Terima kasih."
Muiz duduk di kerusi sebaris tapi jarak sedikit. "Saya sebenarnya ada appointment juga hari ni. Ibu saya check up. Kebetulan nampak awak." Dia diam sekejap, pandang lantai. "Kalau... kalau awak tak selesa saya ada sini, saya boleh tunggu luar."
Azhara cepat geleng. "Tak apa... kita kawan biasa saja." Dia tak mahu timbul salah faham, apatah lagi kalau tiba-tiba Adam dapat tahu dan fikir yang bukan-bukan.
Tak lama lepas itu nurse panggil nama Azhara. Dia bangun, Muiz hanya senyum dan angkat tangan. "Jaga diri awak. Jaga baby sekali."
Dalam bilik scan, air mata Azhara bergenang tengok skrin kecil yang paparkan bayi dia sedang bergerak-gerak. Hati dia penuh rasa syukur walaupun Adam tak ada, tapi Azhara rasa baby tu macam hadiah yang kuatkan dia. Dalam hati dia doa, semoga Allah terus pinjamkan bahagia ini lama-lama.
Share this novel