Azhara bangun awal pagi, lepas Subuh dia terus turun ke dapur. Suasana rumah sunyi. Bibik baru naik ke atas, mungkin nak kemas bilik. Dia rasa hari ni nak buat burnt cheesecake — sesuatu yang dia pernah tengok di Youtube, tapi tak pernah cuba. Hatinya rasa nak isi masa yang terlalu kosong.
Dia keluarkan tepung, gula, cream cheese dari peti ais. Bila buka bekas telur, cuma ada dua biji. Dia teliti resepi dalam telefon. "Alamak, tak cukup..."
Azhara termenung sekejap. Dia pandang luar tingkap, nampak cuaca terik, tapi tak mengapa — NSK tak jauh. Boleh jalan kaki. Nak ajak bibik, tapi bibik tu baru lepas urut kaki, takut dia penat. Lagipun, dia fikir cuma sekejap.
Azhara ambil dompet, masukkan dalam tote bag kecil. Dia tak pesan pada Adam. Tak rasa perlu. Adam pun bukannya kisah. Malah, kalau dia bagitahu, belum tentu Adam benarkan.
Dia berjalan laju keluar pagar rumah. Kiri kanan kawasan perumahan elit itu sunyi, hanya ada pokok hiasan, pagar batu mewah dan kereta mahal tersusun di porch jiran-jiran.
Azhara berjalan dalam panas terik, langkah kecil menahan silau. Hatinya teringat cheesecake yang dia bayangkan — lembut, berkrim, terbakar sikit di atas. Dia nak masak hari ini, nak buat rasa rumah ni ada bau kek, bukan bau sunyi.
⸻
Tiba-tiba, sebuah kereta putih berhenti perlahan di tepi jalan, tingkap cermin turun. Suara lelaki menegur.
"Azhara?"
Azhara terpaku. Dia kenal suara tu. Muiz. Lelaki yang pernah tunjuk jalan dekat mall hari tu.
"Eh, Muiz... awak buat apa kat sini?"
Muiz senyum, rambut dia sikit kusut tapi senyum dia masih sama tenang. "Saya baru balik site, nak singgah NSK , beli barang. Awak nak ke mana jalan kaki sorang-sorang ni, tengah panas macam ni?"
Azhara gelak kecil. "Nak ke NSK jugalah... barang nak buat kek tak cukup."
Muiz pandang dia dari atas sampai bawah, macam risau. "Masuklah. Saya tumpangkan. Tengah hari panas gila ni, nanti pengsan baru tau."
Azhara geleng, tapi rasa segan dia kalah dengan bahang terik yang memang memeritkan. Dia akhirnya buka pintu depan.
"Terima kasih Muiz."
⸻
Dalam kereta, Muiz buka aircond kuat. Azhara hela nafas lega. Diorang sembang pasal hal biasa kampung mana, kerja apa, dulu belajar mana. Azhara cuma jawab pendek-pendek. Dia takut panjang-panjang, nanti Muiz salah faham.
Sampai dekat NSK, Muiz mengambil troli.
"Eh, saya bawak troli untuk awak. Senang."
Azhara senyum kecil. "Terima kasih..."
Dia cepat-cepat cari barang dia — telur, susu, tepung jagung, cheese tambahan, ayam, sayur sikit untuk top up stok rumah. Muiz ikut, kadang tolong ambil barang. Terasa mudah sangat. Sesekali dia fikir, patutlah perempuan bandar mudah jatuh hati layanan lelaki macam ni pun dah rasa selesa.
⸻
Keluar NSK, Muiz tak terus hantar dia balik. "Jom la minum dulu. Dekat kedai kopi seberang jalan tu."
Azhara ragu. "Err... takpe kot. Saya nak balik terus."
"Sekejap je. Sumpah. Saya lapar. Awak temankan je."
Akhirnya dia kalah juga. Mereka duduk minum. Muiz orderkan dia air lemon ais, dia sendiri makan nasi goreng kampung. Azhara cuma teguk air, rasa hati dia tak sedap.
Masa berlalu tak terasa. Sampai langit dah mula jingga. Hati Azhara makin tak tenang.
Pada masa sama...
Adam baru keluar dari pejabat. Dia pandu kereta laju, nak balik rumah tukar baju, terus pergi meeting kedua. semasa lalu tepi jalan utama tadi, dia nampak sesuatu yang buat jantung dia jatuh.
Azhara. Masuk kereta lelaki lain.
Adam tarik stereng kuat, buat U-turn tak semena-mena. Dia pecut balik rumah. Dalam kepala dia cuma fikir satu "Bini aku, dengan lelaki mana?"
Dia duduk dalam kereta depan rumah hampir sejam. Bibik pun hairan kenapa dia tak turun. Adam tengok jam. Dah hampir maghrib. Mana perempuan kampung tu?
Bila akhirnya Muiz hantar Azhara depan pagar, Adam yang dah tunggu dalam gelap tak tahan lagi. Dia buka lampu besar kereta, keluar dengan pintu ditutup kuat. Terkejut Azhara, sampai plastik barang basah hampir terlepas.
"Adam..." suara dia perlahan.
Muiz pun terkejut, tak tahu nak buat apa. "Err... okay saya balik dulu lah Azhara."
Adam tak jawab. Dia cuma pandang Muiz tajam, sampai Muiz cepat-cepat undur.
Adam hempas pintu kuat. Dia pandang Azhara yang berdiri dekat pintu dengan muka pucat.
"Dari mana?" suara dia perlahan tapi menikam.
Azhara gigit bibir. "Saya pergi NSK. Barang nak buat kek tak cukup."
Adam ketawa sinis. "Oh. Barang kek, tapi boleh makan minum dengan jantan lain sampai nak maghrib baru balik?"
"Adam... dia cuma—"
"Diam!" Adam tarik tangan Azhara, barang plastik jatuh. Dia heret Azhara ke ruang tamu. Tolak dia duduk di sofa. Adam berdiri depan dia, tangan masuk poket.
"Kau sedap sangat eh jalan dengan lelaki lain. Selesa? Dah berapa harga kau jual tadi hah?"
"Adam! Jangan hina saya macam tu. Saya tak buat apa-apa."
Adam tunduk. Muka dia dekat dengan muka Azhara. Nafas dia panas, bau asap rokok campur minyak wangi mahal. Mata dia merah.
"Kau ingat aku bodoh? Kau ingat perempuan kampung macam kau ni tak mampu bersundal?"
Adam tiba-tiba tarik tudung Azhara sampai terlurut, rambut dia terburai. Azhara cepat-cepat tarik semula, tangan menggigil. Adam pegang muka dia, kasar. Jari dia menekan pipi Azhara.
"Sekali lagi aku nampak kau dengan jantan lain... aku sumpah aku buat lagi teruk dari ni."
Azhara menangis. Tapi dia cuba tepis tangan Adam.
Adam tolak dia jatuh atas sofa. Dia naik atas badan Azhara, cekik perlahan. "Kau milik aku, Zahra. Sampai kau mati. Jangan berani cuba beralih pada lelaki lain."
Bila Adam lepaskan cekikan, Azhara mengesot ke tepi. Tangisan dia dah tak berbunyi, cuma bahu dia terhenjut kuat. Adam pandang. Ada rasa kosong tiba-tiba menampar dada dia.
Dia bangun. Tinggalkan Azhara di sofa, naik ke atas.
Azhara tak makan. Dia duduk dalam bilik tempat dia tidur setiap malam. Mata dia bengkak. Dia peluk lutut sendiri. Otak dia putar dialog Adam berkali-kali.
"Aku sumpah aku buat lagi teruk..."
Dia telan liur. Dadanya sakit. Dia pejam mata lama, cuba paksa diri tidur.
⸻
Sementara itu Adam duduk dalam bilik utama, lampu tertutup. Telefon dia buka gambar-gambar dalam Instagram. Dia tak tahu kenapa dia cari gambar Muiz. Dia cuma rasa panas. Hatinya sendiri bingung — dia benci Azhara, tapi kenapa marah sangat bila nampak dia dengan lelaki lain?
Adam buang telefon atas katil. Dia urut kepala sendiri. Nafas dia turun naik.
"Bodoh la Adam... kalau kau tak suka dia, kenapa kau rasa nak bunuh setiap lelaki yang pandang dia?"
Dia hela nafas panjang, mata tertutup. Dia sendiri takut dengan fikirannya.
Share this novel