6

Romance Series 580

Azhara pandang siling bilik luas yang sunyi. Hatinya sesak. Sudah hampir dua minggu dia tinggal di banglo mewah milik Adam Zafran, tapi sunyi itu lebih menggigit dari segala kedinginan kampung dulu. Di sini, dia punya bilik selesa, katil empuk, almari penuh baju mahal — tapi tak ada cinta. Tak ada kata manis. Yang ada cuma dingin Adam, pandangan tajam penuh benci.

Hari ini Azhara rasa dia nak cuba hirup udara luar. Sejak berkahwin, inilah pertama kali dia minta izin nak keluar rumah seorang diri. Dia buka pintu bilik Adam perlahan. Lelaki itu sedang duduk di tepi katil, tengok telefonnya. Tangan dia kemas, baju kemeja putih masih belum dikancing sepenuhnya.

"Adam..." suara Azhara perlahan. Dia masih belum biasa panggil suaminya begitu.

Adam angkat muka. Kening dia naik sebelah. "Apa?"

"Saya... nak keluar sekejap. Pergi mall. Bosan duduk rumah."

Adam diam. Pandangan dia menikam tepat wajah Azhara. Bibirnya bergerak perlahan.
"Kau nak keluar? Buat apa?"

"Jalan-jalan... tengok barang sikit. Tak lama."

Adam sengih sinis. "Kalau tak nak balik terus pun tak apa. Bukan aku kisah."

Dada Azhara bagai dipalu. Tapi dia tahan. Dia angguk perlahan. Lepas itu undur diri, turun ke bawah, ambil beg kecil dan telefon. Dia tempah Grab, hati berdebar. Dia sendiri tak tahu apa dia nak cari di mall, cuma dia tak mahu lagi duduk terkurung dalam sangkar sunyi itu.

Sampai di mall, Azhara turun perlahan. Dia pandang bangunan tinggi itu — lampu berwarna, manusia lalu-lalang. Dia pegang telefon, buka Maps sebab tak pasti nak mula dari mana. Masa dia tengah ralit tengok skrin, dia terlanggar seseorang.

"Maaf!" Azhara cepat-cepat undur.

"Eh, tak apa... awak okay?" Suara lelaki tu lembut. Dia tegak, tinggi, berkemeja biru muda, senyum tenang.

Azhara angguk, cuba senyum. "Saya... cari kedai buku. Tak jumpa."

"Oh. Saya Muiz. Saya boleh tunjukkan jalan kalau awak tak kisah."

Azhara teragak-agak. Tapi dia lihat lelaki itu sopan. Lagipun ramai orang di situ. "Boleh... saya Azhara."

Muiz ketawa kecil, "Cantik nama."

Mereka berjalan perlahan. Muiz tunjuk arah, mereka sembang pendek tentang tempat makan, kedai mana yang sedap. Azhara rasa sedikit lega dapat hirup suasana baru. Dia langsung tak sedar dari jauh, sepasang mata sedang perhatikan.

Adam duduk di salah satu cafe dalam mall itu, bersama dua orang pegawai syarikatnya. Dia datang untuk meeting projek baru. Tapi matanya terpaku pada satu sudut. Azhara. Isterinya sendiri. Berdiri rapat dengan lelaki lain. Siap senyum-senyum.

Darah Adam mendidih. Tangannya genggam gelas sampai berketul urat. Perutnya melilit rasa marah yang dia sendiri tak mampu tahan.

Bila Azhara balik, Adam dah ada di rumah. Dia nampak kasut Adam tersusun di rak. Bibik pula tiada — Adam tadi ada pesan pada bibik supaya pulang awal kerana katanya nak rehat.

Jantung Azhara terus luruh. Dia masuk, nampak Adam berdiri di ruang tamu, pegang segelas air, pandangan tajam menunggu dia.

"Pergi mana?"

Azhara tarik nafas. "Mall. Adam kan tahu."

Adam ketawa perlahan. Tapi matanya langsung tak senyum. "Mall? Dah puas menyundal ke?"

Azhara tersentak. "Apa maksud Adam ni? Saya—"

"Jangan pura-pura suci! Berapa dia bayar kau, hah? Murah ke? Si Muiz tu layan kau macam mana sampai kau senyum lebar sangat?"

"Adam... sumpah tak ada apa-apa. Dia cuma tunjuk jalan."

Adam hampiri dia, tinggi menakutkan. "Kemain kau senyum manja sedap sangat ke muiz layan kau Zahra?"

"Tak! Saya tak—"

Adam tiba-tiba lempang pipi Azhara. Kuat. Kepala dia berpusing, air mata terus meleleh. Adam tolak dia hingga jatuh ke sofa.

Adam tunduk, tangan kasar cekik leher Azhara. Nafas Zahra sesak. Dia cuba tarik tangan Adam, meronta. Tapi cengkaman itu terlalu kuat.

"Sekali lagi aku nampak kau dengan lelaki lain, aku tak janji kau boleh bernafas lagi. Faham?" Adam dekatkan mukanya. Nafas panas, mata merah.

"Faham... saya sumpah tak ada apa-apa." Azhara teresak, suara serak.

Adam tarik tudung Azhara sampai terlurut. Rambut Azhara kusut terlepas. Adam pandang sekejap wajah isteri dia — ada tangis, ada takut, ada sayu yang dia sendiri tak reti nak tafsir.

Adam lepaskan cekikan. Dia berdiri, telan liur. "Kemas diri kau. Jangan jijik sangat depan aku."

Azhara teresak, pegang leher sendiri. Dia tengok Adam melangkah naik ke atas, meninggalkan dia terkapar di sofa dengan dada berombak menahan sesak.

Malam tu Azhara mandi. Dia pandang cermin. Ada kesan merah di leher, pipi masih bengkak. Dia tarik nafas panjang, cuba telan semua rasa. Dia tak tahu bila nak habis derita ni. Tapi dia cuma mampu bisik doa perlahan.

"Ya Allah... kalau ini ujian, aku reda."

Sementara di bilik atas, Adam duduk di birai katil. Dia pegang kepala sendiri. Nafasnya berat. Dia tak faham kenapa marahnya tadi melampau sangat. Kenapa dia rasa terbakar bila tengok Azhara dengan lelaki lain, padahal dia sendiri tak pernah anggap perempuan kampung tu penting.

"Kenapa aku peduli sangat, sial..."

Dia tutup mata, biarkan dada dia berombak sendiri, menahan rasa yang makin lama makin dia sendiri tak faham.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience