Suasana senja di rumah agam itu muram. Angin petang meniup langsir tipis, menampar pipi Azhara yang duduk menekur di hujung ruang tamu. Dia genggam erat hujung lengan baju, dada berombak menahan rasa.
Tiba-tiba pintu utama terkuak kasar. Adam melangkah masuk, tali leher longgar, mata merah. Bau alkohol pekat mengikut dia masuk. Azhara menoleh perlahan. Dalam hatinya dah sedia untuk apa saja kata nista suaminya.
"Dari tadi kau buat apa? Rumah ni bersepah. Tak reti kemas ke?" suara Adam berat, penuh sindiran.
Azhara tunduk. "Saya baru lepas masak. Nanti saya sapu lantai."
Adam gelak kecil sinis. Dia hampiri Azhara, jari telunjuknya cuit dagu perempuan itu kasar. "Masak? Huh. Macam bibik. Kau sedap duduk sini pakai duit aku, makan minum aku, tapi kerja macam haram."
Tangan Adam tolak kepala Azhara ke belakang. Tak kuat, tapi cukup buat Azhara pejam mata menahan sebak. Dia rasa tubuhnya kotor, harga diri dia makin tercalar hari demi hari.
Adam bangkit semula, berjalan terhuyung ke dapur. Dia buka peti ais, ambil sebotol air sejuk lalu teguk rakus. Mata dia masih menajam pada Azhara.
"Kau nak jadi bini aku, kau kena tahu tempat kau." katanya sebelum berlalu naik ke atas.
Azhara hanya diam. Tangan dia masih mengusap tengkuk, tempat Adam tolak tadi. Mata dia kabur dek air mata. Dalam hati dia berbisik, "Kalau ini ujian, ya Allah, beri aku sabar. Jangan biar aku benci dia..."
Dia bangun perlahan, kemas semula gelas atas meja. Nafasnya panjang, menahan rasa yang entah berapa kali luka.
Malamnya, Azhara solat sunat lama. Doa dia tak pernah berubah minta Allah lembutkan hati Adam, walau sepotong. Tapi jauh dalam relung jiwanya, dia tahu hatinya sendiri makin sejuk, makin renggang.
Dia tak mahu bercerai, tapi dia juga tak pasti berapa lama mampu bertahan dalam rumah yang penuh umpatan dan cercaan ini.
Share this novel