25

Romance Series 580

Cahaya lampu hospital menusuk mata Adam. Dia berdiri tercegat di luar bilik bersalin, langkahnya beku. Bau antiseptik, bunyi monitor berdetik laju, dan para jururawat yang mundar-mandir buat dadanya makin sesak. Tangan Adam genggam kuat tongkat di sisi, menahan diri daripada jatuh.

Di kerusi panjang, Puan Maimun duduk bersama Encik Khalil. Wajah ibunya tegang, air mata disapu perlahan dengan tisu. Tak jauh, umi dan abah Azhara saling berpegang tangan. Riak resah jelas di wajah dua orang tua itu.

Tiba-tiba pintu bilik tolak dari dalam. Seorang doktor wanita melangkah keluar, wajahnya muram, seolah berat benar berita yang dia galas.

"Encik Adam?" Doktor itu bersuara lembut.

Adam terus angguk, menolak diri mendekat. "Macam mana isteri saya doktor? Macam mana... anak kami?"

Doktor tarik nafas panjang. "Alhamdulillah, puan Azhara selamat. Dia dah sedar, tapi masih lemah. Bayi pertama, lelaki, lahir dalam keadaan pra-matang. Berat hanya dua kilogram, tapi setakat ni keadaannya stabil dalam inkubator."

Adam tutup muka dengan tapak tangan, lega tapi tangisan dia tak sempat pecah.

Namun doktor sambung perlahan, seolah berhati-hati. "Cuma... kami baru dapat kesan sebenarnya puan Azhara mengandung bayi kembar. Kandungan keduanya bersembunyi di belakang rahim, agak terlindung masa pemeriksaan awal."

Puan Maimun terpejam mata rapat, Encik Khalil sandar badan ke dinding. Umi Azhara pegang mulut, cuba tahan esak. Abah Azhara tunduk, genggam tasbih di tangan makin erat.

Adam rasa dunia dia gelap semula. "Maksud doktor... bayi kedua...?"

Doktor telan air liur. "Maafkan saya... bayi kedua dah tak ada. Kami syak dia meninggal dalam rahim beberapa minggu lepas. Ada tanda trauma fizikal — pendarahan lama, mungkin tekanan kuat di bahagian abdomen yang tak disedari awal."

Adam tercengang. Nafas dia hilang seketika. Trauma? Tekanan? Terbayang semua malam dia paksa Azhara dalam marah, cemburu, dia hempap tubuh kecil perempuan itu tanpa pernah fikir apa dalam rahimnya.

Sakit. Dadanya bagai direnyuk.

Umi Abah Azhara tidak mampu tahan.

Umi Azhara menangis teresak. "Allahu... Ya Allah... anak cucu aku..."
Abah Azhara pegang bahu isterinya, tapi mata lelaki tua itu memandang Adam tajam, bagai mahu menelan.

Puan Maimun sekadar duduk tertunduk, mukanya pucat. Encik Khalil pegang bahu Adam, cuba tenangkan walau dia sendiri kelu.

Doktor pegang lengan Adam perlahan. "Puan Azhara perlu berehat panjang. Luka dalaman dia agak teruk. Kami akan pantau bayi yang selamat di NICU. Awak boleh tengok anak awak nanti."

Adam angguk dalam kabur. Air mata jatuh satu persatu, tanpa dia sedar.

Di dalam bilik Wad Azhara terlantar, wajah dia pucat benar. Hidungnya berbalut tiub oksigen halus. Adam duduk di kerusi tepi katil, genggam tangan isterinya erat.

Dia tengok perut Azhara yang sudah kempis, tapi tinggal luka bukan cuma pada tubuh, tapi dalam hati dia yang paling dalam.

"Sayang... Abang minta maaf..." suara Adam pecah. Dahi dia letak atas tangan Azhara. Air mata dia tumpah deras, tak malu lagi.

Azhara buka mata perlahan, pandang suaminya dengan renungan kosong. Bibir dia gerak sikit, nak senyum, tapi hanya linangan air mata yang keluar.

Adam cium jari Azhara, terlalu takut nak pandang wajah perempuan itu yang dia sakiti tanpa sedar. "Abang janji takkan buat sayang macam tu lagi. Abang janji... akan jadi suami, ayah... yang baik untuk anak kita."

Tapi jauh dalam hati Azhara, dia tahu luka itu takkan mudah sembuh. Dia genggam lemah tangan Adam, biar hanya diam yang berbicara.

Di luar bilik NICU.

Adam berdiri, tengok bayi lelakinya yang sangat kecil dalam kotak kaca. Kecil, merah, wayar berselirat pada tubuh mungil itu. Jantung Adam bagai terhenti tengok dada anaknya naik turun perlahan.

"Maafkan papa..." bisik Adam, suara tenggelam.
"Maafkan papa sebab papa terlalu zalim pada mama ... sampai kamu kehilangan adik."

Air mata Adam jatuh lagi. Dan untuk pertama kali sejak dia lumpuh, dia rasa tubuh dia benar-benar tak berguna kerana dia tak mampu betulkan masa lalu, tak mampu hidupkan semula yang dah hilang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience