Orked mengeluh perlahan. Pagi ini dia terpaksa berhadapan dengan puan Rahimah. Dia melangkah malas ke bilik Al Ryan. Kenapalah dia tak minta cuti je hari ini? Kenapalah hari ini juga Al Ryan perlu pergi luar kawasan? Kenapa bukan hari sabtu atau ahad? Kusut fikiran dia dari tadi berfikir.
Tangan di angkat untuk mengetuk pintu tapi teragak agak. Dia mengeluh lagi. Mood pagi ini benar benar mati bila nama dipanggil oleh puan Rahimah.
"Assalamualaikum." Ucap Orked.
Tangan mengetuk pintu dan tombol pintu dipulas. Kaki kanan melangkah teragak agak.
"Apa lambat sangat tu. Masuk aje lahhh. Nak dijemput dulu baru nak masuk?" Sinis puan Rahimah berkata kata.
Dengar sahaja ayat pedas itu. Kaki terus melangkah masuk bersama senyuman nipis.
"Ada apa ya puan panggil saya?" Soal Orked.
"Kau ingat lagi tak syarat kau kerja sini masa Al Ryan ada."
Orked mengangguk.
"Betul ke Orked? Aku tak percayalah. Rumah aku ada majlis kau datang. Mengendeng lagi dengan datin. Kau nak tunjuk kau ada orang kuat masa tu?"
"Puan Rahimah nak cakap soal peribadi disini? Atau nak cakap mengenai kerja? Kalau kerja ya saya boleh lama dalam bilik encik Ryan. Kalau soal peribadi. Saya tak ada alasan nak layan puan." Ujar Orked tanpa gentar. Wajah tenang sahaja. Mata pandang ke arah puan Rahimah. Dia tidak takut. Dia mari ke sini untuk bekerja bukan untuk bergaduh.
"Biadap ya kau cakap dengan aku. Haa bagus juga Al Ryan tak ingat kau. Jadi menantu hantu ni. Asyik nak melawan je."
Orked senyum nipis. Agak menusuk kata kata puan Rahimah. Bukankah patutnya dia yang bersyukur? Dia bersyukur bila puan Rahimah keluar sifat yang sebenar.
"Puan Rahimah nak apa? Saya banyak kerja nak siapkan. Jadi tak perlu berdolak dalih. Terus terang je."
"Aku berdolak dalih ke atau kau? Kau tu tak perlu berpura pura tak faham. Kau tahu je apa yang aku nak."
"Jangan ganggu anak puan." Balas Orked.
"Haaa tahu pun. Kau minta lah tukar department lain yang tak berhubung langsung dengan Al Ryan. Al Ryan jumpa kau pun jarang."
"Faham! Berhenti kerja lagi baik kan."
"Eh! Aku tak suruh pun kau berhenti kerja. Aku kata tukar department. TUKAR!" Perkataan tukar ditekankan oleh puan Rahimah.
Orked diam sebentar. Dia makin tidak faham perangai puan Rahimah.
"Puan nak apa sebenarnya?" Soal Orked. Dia jadi penat berlawan kata.
"Aku tak nak kau berhenti kerja tapi aku nak kau tukar department je."
"Puan cakap sendiri dengan encik Ryan. Saya tak ada hak! Kemahiran saya hanya disini bukan di mana mana department." Mudah sahaja balasan Orked. Dia suka bekerja di bahagian pemasaran. Ini cita cita dia dari dulu. Tukar jabatan ibarat dia buang kerjaya yang dia minati.
"Kau mintak pindah syarikat kerjasama. Kau kerja je bawa Khairul tu." Jabatan pemasaran jugak kan. Aku dengar ada jawatan kosong." Puan Rahimah beri cadangan.
Orked menunduk pandang lantai. Kedua tangan digengam. Dia cuba mengumpul kekuatan. Berlawan kata dengan bekas bakal mak mentua bukanlah sesuatu yang mudah. Ada sahaja ungkitan yang keluar dari mulut puan Rahimah. Dia pula harus mengalah.
"Jangan risau. Nanti saya berhenti kerja." Seusai keluar ayat itu. Dia melangkah keluar dari bilik pejabat Al Ryan. Makin dilayan perangai puan Rahimah makin menjadi jadi.
Sakit! Pedih macam dicucuk cucuk jarum. Air mata yang hampir mengalir diseka cepat. Selama dia bekerja disini semenjak Al Ryan hilang ingatan. Dia langsung tak ambil kesempatan terhadap Al Ryan. Dia sendiri nak jauhkan diri tetapi Al Ryan yang makin mendekat. Salah dia ke?
"Sofeaa. Hari ini saya cuti ya." Ujar Orked pada pembantunya. Beg tangan diambil dan kaki mengorak langkah untuk keluar dari pejabat ini. Dia akan hantar surat berhenti kerja 24 jam. Mungkin itu akan puaskan hati puan Rahimah.
*****
Sebaik sahaja dia dapat email surat berhenti kerja dari Orked. Al Ryan bergegas pulang dan terus menuju ke rumah Orked. Hatinya tak tenang sepanjang perjalanan. Pelbagai soalan bermain dalam fikiran. Kenapa tiba tiba sahaja?
"Mama ada jumpa you Orked?"
Orked menggeleng. Masih terkejut lagi dengan kedatangan Al Ryan. Mata melirik pada permukaan pintu. Risau adik akan keluar dan melihat dia bersama Al Ryan.
"Terus terang je Orked. Tak payah berselindung. Mama ada jumpa you? Mama ugut you? Sebab tu you nak resign?" Soal Al Ryan bertubi tubi.
"Tak ada apa. Puan cuma tanya keadaan company je. Berhenti kerja atas kehendak saya."
"So betul lah mama jumpa you kan."
Al Ryan meraup rambut ke belakang. Hal apa pula mama buat kali ini! Orang yang tak ada kena mengena tiba tiba sahaja jadi mangsa.
"Mama cakap apa Orked?"
"Puan tanya keadaan company. Berhenti kerja atas kehendak saya." Ayat tadi diulang lagi oleh Orked.
Al Ryan senyum sinis. Dia bukan budak budak lagi nak diperdayakan. Dia kenal perangai puan Rahimah.
"You know Orked. Mama tak tahu apa apa mengenai company ni. Ni hasil titik peluh I bukan mama.. You tak payah lah nak reka alasan!" Ujar Al Ryan bengang.
"Stop lah cakap pasal mama encik. Ini saya yang nak berhenti kerja. Saya dah bagi surat 24 jam kan." Balas Orked.
"You tak baca kontrak? You tahu tak you akan di denda 10K." Terang Al Ryan.
Dalam kontrak syarikat, Orked sepatutnya bekerja sebulan lagi sebelum berhenti kerja. Sekiranya melanggar perjanjian maka Orked akan di denda.
"Saya bayar lah!" Jawab Orked agak kasar.
"10K? You nak bayar 10K? Ada duit banyak tu?" Tanya Al Ryan.
"Encik ingat saya sengkek sangat ke? Simpanan saya ada. Saya boleh bayar." Suara Orked naik seoktaf. Soalan Al Ryan menyakitkan hati.
"Dari you bazir duit tu. Lebih baik you kerja lagi 1 bulan. Penat you simpan duit. Macam tu je you nak buang duit." Al Ryan cuba memujuk.
"Duit saya suka hati saya lah. Apa guna saya simpan tapi tak guna duit tu. Mati awal. Nak guna pun tak sempat. Sia sia je kumpul duit banyak." Balas Orked.
Dia berpeluk tubuh dan merengus geram. Boleh pula Al Ryan tahu alamat rumah dia. Sekarang hati jadi tak tenang pula.
"Kerja 1 bulan lagi please. You selesaikan projek you dengan Khairul dulu. Hanya you je yang tahu. Nak cari orang baru untuk uruskan. Bukan senang. 1 bulan belum tentu dapat selesaikan." Al Ryan merayu. Jika soal duit Orked tak kisah, dia berharap soal kerja Orked akan lembut hati.
Dia tak tahu cara lagi untuk pujuk Orked.
Orked diam. Otak fikirkan tentang kerja yang belum selesai. Sayangnya jika hasil lelah dia dibiarkan tergendala atau orang lain yang ambil alih. Dia jadi keliru. Pertahankan ego atau kerjaya?
"Hmmmm."
Al Ryan mengangkat kening menunggu patah perkataan keluar dari mulut Orked.
"Sayaaa....." Ujar Orked perlahan. Masih bingung lagi.
Al Ryan sabar menunggu.
"Tengoklah dulu macam mana."
"Hah." Hampa dengar jawapan Orked. Bukan ini yang dia nak dengar. Dia hanya nak Orked terus kerja disitu.
"I naik kan gaji you." Al Ryan buka tawaran besar.
Bulat mata Orked dengar ayat itu. Naik gaji? Seronoknya dengar tapi otaknya tak seiring dengan hati. Ikut otak atau perasaan? Bingung jadinya.
"So gaji you sekarang 3K lebih kan."
Orked mengangguk.
Belum sempat Al Ryan buka mulut. Orked memintas.
"Nak 5K! Muktamad. Tak ada nego nego ya." Ujar Orked. Dia tersenyum jahat. Dia yakin Al Ryan pasti tak tunaikan.
"Okey.I setuju. Sale naik setiap bulan sebab you.Apa salahnya I naik kan gaji you dan yang lain."
Mati senyuman Orked. Ini bukan yang dia harapkan. Kenapa Al Ryan ni panjang akal? Dia mengeluh perlahan. Mata sudah membayangkan wang ringgit di akaun bank.
"Jangan mata duitan Orked. Ingat prinsip." Bisik hatinya.
Share this novel