Bab 19

Romance Series 30273

"You balik dengan selamat?" Tanya Al Ryan.

Orked senyum sinis. Apa punya soalan ni! Hari isnin dah masuk kerja baru tanya? Sepatutnya Al Ryan text dia tanya dia selamat pulang atau tidak.

"Hari ini isnin kan? Saya masuk kerja kan? Of course saya selamat sampai. Kalau tak selamat. Saya tak datang kerja ya encik Al Ryan." Ujar Orked.

"I tanya je kan janganlah nak marah sangat. I ada buat silap silap dengan you? Atau you marah I tak hantar kan you balik tapi you yang hilangkan diri dari I."

Orked menggeleng. Cawan diletakkan di atas meja. Tidak jadi dia minum air. Hati jadi panas.

"So tak payahlah tanya encik Al Ryan. I hilang sudahlah. Dah tu kenapa you tanya soalan bodoh pagi isnin ni? Kenapa tak tanya I masa hari sabtu hari itu. Text ke apa."

"I tak nak ganggu you."

Sekali lagi Orked geleng kepala. Ahhh Al Ryan ni spesies lelaki bodoh ke apa? Kalau risau kenapa tak terus terang tanya dia macam mana. Telefon atau text. Tahu dia hilangkan diri tapi satu panggilan pun tak ada. Konon je nak tunjuk prihatin.

"Encik kite tak ada urusan kan sekarang. Encik masuk bilik. Saya nak buat kerja." Kasar cara Orked halau Al Ryan. Langsung tak fikir soal perasaan lelaki itu.

"Orked. I ada buat salah dengan you ke selama ni? You suka sangat marah I. Kadang you baik. Kadang you dingin. I ni teruk sangat ke sebagai bos?" Soal Al Ryan. Tajam mata dia pandang wajah Orked. Dia inginkan kepastian.

" Tak ada apa yang salah encik. Saya yang emosi terlebih. Maafkan saya sebagai pekerja. Saya tak patut marah encik."

"Boleh tak you berterus terang? Jangan berdalih boleh?"

"Encik kite sedang bekerja kan. So profesional boleh." Lagi pun tak ada apa dah saya nak cakap. Saya nak hantar proposal kedua. Saya harap encik Ryan faham saya."

"Ok fine." Al Ryan mengalah.

Orked menarik nafas lega. Dia cuba untuk bertenang dan tidak beremosi. Dia mahu selesaikan kerja dalam keadaan tenang. Dia tak nak campur hal kerja dan masalah peribadi.

*******

Lana peluk erat lengan puan Rahimah. Kepala pula terlentok pada bahu. Jari jemari mengelus lembut lengan puan Rahimah. Dia saja berlagak manja di depan Al Ryan.

"Autie.. Auntie..."

"Ya Lana."

"Kan bagus kalau I panggil auntie ni mama. Nampak lah macam manis." Ujar Lana manja.Mata menjeling manja pada Al Ryan tegapi Al Ryan tak endahkan. Dia leka makan kuih gula melaka.

"Sekarang panggil auntie pun dah manis. Tak perlu terburu buru pun." Balas puan Rahimah.

"Alahhh kan mama tu manja nampak makin akrab kan."

"Sekarang manja apa. Siap lentok lagi kat bahu auntie ni."

"Alaaa kalau I nak panggil mama juga boleh kan. Boleh kan Ryan?" Tanya Lana bersama senyuman manja.

Malangnya, Al Ryan tak endahkan pertanyaan Lana. Dia sibuk menyuap kuih dalam mulut.

"Auntieee. Tengok Ryan ni sibuk makan kuih kampung. Euwww tak ada kelas lah!"

Puan Rahimah terasa hati dengan kata kata Lana. Kuih kampung yang dipanggil tak ada kelas itu hasil air tangan dia. Dia teringin nak makan sebab itu lah dia buat.

"You boleh tak makan kuih kelas sikit. Kuih kampung you makan tu." Ujar lana dengan suara tinggi. Dia tengok kuih itu pun tak ada selera!

"Makanan apa tak kampung tu Lana?" Soal Al Ryan.

"Desert lah macam kek. Pavlova or macarons."

"You ingat barat tu tak ada kampung? Ehhh orang kampung dia pun makan pavlova tu. So you pun kampung lah kan."

"Eiii you ni kannn. Auntie tengok lah Ryan ni." Lana rengek manja. Mulut muncung tanda merajuk.

"Ryannn. Sudah okey."

"Apa ni mama. Dia hina kuih mama ni. Mama yang buatkan tadi. Patutnya mama ajar dia cara hormat makanan. Jangan salahkan Ryan."

Terkebil kebil Lana dengar ujaran Ryan. Puan Rahimah yang buat? Dia sudah terlepas kata.

"Auntie bukan maksud I macam tuu..."

"Tak apa auntie faham. Lana tak makan makanan Melayu. Maaflah auntie tak tahu Lana nak datang tadi."

"Thank you tauuu auntie faham I. Kenapalah Ryan tak macam auntie. Sentiasa faham I." Ujar Lana. Tubuh puan Rahimah di peluk manja. Syukur puan Rahimah tak marah dia.

Al Ryan gelak kecil. Geli hati dengar ayat Lana.

"Eh you tu perempuan Melayu. 100% original Melayu. Tak ada kacuk barat macam I. Tapi tekak you tu macam celup celup mat salleh. Tak boleh makanan Melayu konon. IC pun tulis Melayu apatah lagi muka you tu" Ujar Al Ryan.

"Ryannn..." Tegur puan Rahimah. Tak suka Al Ryan mengata Lana walaupun hakikat kata kata itu betul.

"Auntieee. Tengok tu Ryan nak je cari gaduh dengan I. Risau lah I bila nak kahwin dengan dia nanti."

"Siapa je nak kahwin dengan you? You tu terhegeh hegeh nak kahwin dengan I." Bidas Al Ryan.

"Cukup Ryan! Jangan melampau ya! You yang separuh mati nak balik dengan Lana tapi you melampau pula." Puan Rahimah meninggi suara.

"Ya! You yang gilakan I ya. I kesian kat you dan mama. Sebab itu lah I sambung pertunangan kita. Tak sangka you buat I macam ni. You tak kenang budi I langsung."

Al Ryan kekal tenang. Dia pandang puan Rahimah dan Lana bersilih ganti bersama senyuman penuh makna.

"Okey. Bila ingatan I sembuh. Apa yang you katakan benar. I akan kahwini you jika sebaliknya berlaku. I akan pastikan hidup you tak tenang." Suara Al Ryan tenang sahaja menuturkan kata walaupun kata kata itu ada ugutan.

"Ryannnn..." Jerkah puan Rahimah. Mata bulat pandang Al Ryan. Dia tak suka Al Ryan kata begitu.

"Kenapa mama marah sangat? Mama ada rahsia ke yang Ryan tak tahu?" Soal Ryan sinis.

"Auntieee." Lana merengek. Risau rahsia mereka terbongkar.

"Mama tipu mama dapat apa Al Ryan? Mama yang kandung kamu ya. Mula mula you bangun pun you ingat Lana. Terbukti kan you masih gilakan Lana."

"Tapi hati Ryan bukan pada dia mama."
Sayangnya luahan itu sekadar di hati bukan di bibir. Dia tidak mampu bersuara.

"Betul! You bangun you cari I. Itu pun you tak percaya lagi? You tengah keliru ni. You cuba lah bertenang dulu okey Al Ryan. I ni tunang kesayangan you. Cinta mati you."

Mata beralih pada jendela. Jawapan demi jawapan langsung tak meyakinkan diri dia. Hatinya kuat pada orang lain bukan pada Lana. Setiap perbuatan Lana hanya meluatkan Lana. Tak ada satu pun menyenangkan.

"Tak ada sorang ibu pun sanggup menipu anak." Ujar puan Rahimah tanpa berasa bersalah. Mata pandang tepat pada mata Al Ryan. Dia cuba yakinkan Al Ryan. Kata kata dia adalah benar walaupun penuh penipuan.

Al Ryan mengangguk. Dia ikutkan sahaja permainan mama dan Lana. Kalau benar apa yang dikatakan oleh mereka. Dia akan kahwini Lana tanpa sebarang alasan. Akan tetapi jika berlaku sebaliknya, dia sendiri akan buat keputusan sendri dan dia akan atur jalan cerita dia sendiri.

Puan Rahimah dan Lana resah. Risau ingatan Al Ryan bakal pulih dan rahsia penipuan mereka terbongkar. Mereka juga akan kehilangan Al Ryan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience