Bab 9

Romance Series 30273

Redup mata itu memandang Orked. Timbul rasa bersalah kerana bawa orked ke mari. Dia kejam mengikut kata hati tanpa berfikir panjang. Sekarang ini, dia terpaksa tinggalkan Orked di luar restauran. Dia terpaksa buat begini untuk lindungi Orked. Jika dia ingkar arahan puan Rahimah maka Orked akan dibuang kerja.

"Saya tunggu di luar? Dah tu kenapa encik ajak saya datang? Sekarang balik naik apa? Grab? Taxi? Sini dah lah susah dapat public transport."

"Sorry." Mudah balasan dari Al Ryan.

Muka Orked bertukar masam. Dia berpeluk tubuh. Geram dengan sikap Al Ryan yang menipunya. Dia sanggup menempah e-hailing untuk datang ke sini demi urusan kerja. Akan tetapi sebaliknya pula berlaku. Masuk sahaja ke dalam restauran. Dia sudah nampak muka mencuka puan Rahimah. Mata itu mencerlung memandangnya. Dia jadi kaget terpaksa menempuh situasi. Matanya turut memandang pada ahli keluarga Lana.

"Encik ada urusan keluarga. Tapi encik tipu saya kata ada urusan kerja. Boleh tak jangan gunakan tittle bos tu untuk kenakan saya. Ni nak tunggu teksi datang macam tunggu nasib tu bertuah ke tidak." Bebel Orked.

Jari jemari klik aplikasi e-hailing. Dia klik beberapa kali tapi tiada tanda menunjukkan akan ada kenderaan bakal lalu ke sini. Dia buka pula aplikasi e-hailing yang lain. Dia gigih menekan satu persatu. Namun tetap begitu. Tiada kenderaan yang bakal lalu disini.

Dia mengeluh perlahan. Restauran mewah seperti ini, hanya T20 sahaja yang datang. Kenderaan awam seperti bas tak akan lalu disini manakala teksi sangat jarang.

"Kenapa lah restauran macam ni bina atas bukit? Jauh terperuk dari bandar besar pula." Ngomel Orked.

Dia jadi marah bila Al Ryan hanya diam. Tiada jalan penyelesaian langsung! Tegar hati Al Ryan buat dia macam ni. Dia menyesal ikut arahan Al Ryan. Lebih baik dia duduk dalam pejabat. Selesaikan kerja yang tiada kesudahan.

"Orked."

"Apa?" Soal Orked kasar. Marah masih belum reda.

"Tunggu dulu sini. I janji. Sekejap je. Lepastu kita balik. I janji tak lama." Ujar Al Ryan.

Orked mengeluh perlahan. Dia mendongak pandang wajah Al Ryan. Dia minta kepastian melalui mata itu. Al Ryan senyum dan mengangguk.
Seterusnya, mata Orked berkalih ke dalam restauran. Agaknya apa perbincangan 2 keluarga ini. Secara tiba-tiba hati jadi sayu. Bagaimana jika mereka berbincang mengenai perkahwinan Al Ryan dan Lana? Harapan dia pasti akan hancur. Nanti Al Ryan akan jadi suami Lana. Dia pula akan bawa hati yang lara.

"Encik janji tak lama?" Sayu suara itu menyoal.

"I janji Orked. Sekejap je. Tunggu sini dan duduk di kerusi bawah pokok tu. Selepas urusan, I bawa you makan tempat sedap."

Orked mengangguk. Dia terus mengorak langkah ke pohon besar yang menempatkan kerusi. Ada juga kerusi untuk dia duduk sementara menunggu Al Ryan. Mata masih setia pandang ke dalam restauran. Dia mengeluh lagi. Berat rasa dadanya. Lebih baik tak tahu dari tahu. Kenapalah Al Ryan menyuruhnya ke sini walhal tiada urusan penting. Dia jadi bingung dan keliru. Al Ryan sengaja mengenakan dia? Atau ini rancangan puan Rahimah? Orked mengeleng kepala berkali kali. Dia mahu mengusir teka teki yang bermain dalam otak.

Dua jam lebih sudah berlalu. Dia masih setia menunggu disini. Tiada tanda Al Ryan akan keluar. Text dia juga tidak dibalas. Dia melihat lagi skrin telefon bimbit. Hampa hati Orked. Al Ryan tiada dalam talian. Sampai hati Al Ryan menipunya lagi. Dia terasa dipermainkan. Agaknya benar telahan dia tadi. Tiba tiba dia rasa mahu menangis.

"Orkeddd." Nama dia panggil oleh seseorang.

Kepala itu pantas berpaling ke belakang. Dia terkejut melihat kehadiran lelaki ini disini. Pada masa yang sama dia rasa sedikit lega. Ada juga kenalan yang dia kenal.

"Jom balik."

"Tapi...." Orked masih ragu ragu untuk pulang atau setia menunggu disini.

"Jom balik. Aku hantar."

"Tapi aku dah janji dengan encik Ryan nak tunggu sini." Ujar Orked.

Adi mendengus. Apa lurus sangat perangai Orked. Janji boleh dibatalkan sama juga apa yang Al Ryan buat pada Orked.

"Berapa jam duduk bawah pokok ni?" Soal Adi garang. Mata tajam perhatikan Orked yang berdegil.

"Baru je."

"Jangan tipu aku Orked." Keras suara Adi menutur kata.

"30 minit."

"2 jam kan." Adi menekan suara. Marah bila Orked berusaha untuk menipu lagi.

Orked mengangguk lemah. Mata menunduk pandang tanah. Serba salah bila penipuan dia terbongkar. Dia nampak muka Adi cemburut.

"Kenapa tak call aku? Aku boleh ambil kau."

"Aku tak nak susahkan kau." Balas Orked.

Adi menarik nafas panjang. Alasan demi alasan Orked bagi semata mata pertahankan Al Ryan. Adi jadi geram dengan perangai Al Ryan. Kenapa lelaki itu text dia 30 minit yang lalu? Kenapa bukan lebih awal? Sengaja nak sakitkan hati Orked. Bukan itu sahaja, dia turut marah dengan sikap Orked. Orked boleh minta tolong kepadanya tetapi Orked tak nak.

"Orked... Apa guna aku jadi kawan tapi tak boleh nak tolong kau!"

"Sorry." Ucap Orked.

"Jom. Aku hantar kau kat rumah. Dah habis waktu pejabat ni." Suara dikendurkan. Tak guna naik suara pada Orked. Dia tetap macam itu.

"Tapi aku dah janji dengan Al Ryan. Al Ryan pun dah janji dengan aku tadi. Aku tak nak kalau aku keluar ni. Aku tak ada. Kasihan dia cari aku."

Adi senyum sinis.

"Dia ada text kau?"

Orked geleng kepala.

Dasar lelaki tak guna! Text dia boleh tapi nak bagitahu dengan Orked tak boleh. Mana akalnya letak agak. Mungkin lupa ingatan tu penyebab dia jadi bengap! Sumpah seranah Adi maki.

"Orked jom balik." Sekali lagi Adi mengajak Orked untuk pulang. Dia malas untuk panjang cerita.

"Aku text dia dulu."

"Tak payah!" Bangkang Adi.

"Adi. Tak baiklah buat dia macam tu. Dia tetap bos kita."

Adi meraup wajah. Penat dengan sikap tak faham bahasa Orked.

"Dia boleh text aku 30 minit yang lalu minta ambil kau kat sini. Tapi dia tak boleh text kau yang dia tak boleh keluar lagi. Dia sedap berseronok kat dalam. Kau tercongok macam orang bodoh!"

Orked terdiam. Dia pantas memeriksa applikasi whatsap dan melihat. Dia kecewa. Tiada tanda biru. Sanggup Al Ryan buat begini padanya. Apa salahnya luangkan masa 10 saat untuk bagitahu dia tak boleh keluar awal. Sia- sia sahaja masa dia.

Gelak ketawa beberapa orang menarik perhatian Orked. Mata itu beralih pada suara itu. Kelihatan puan Rahimah dan ahli keluarga Lana sedang berjalan menuju ke tempat letak kereta. Al Ryan pula tersenyum dengar butir bicara bakal bapa mentua. Lana tersengih sengih melihat Al Ryan. Sesekali dia menyampuk percakapan mereka. Al Ryan pula senyum dan mengangguk.

Mata itu menyoroti setiap langkah mereka. Hati terasa sakit seperti ditoreh toreh. 2 keluarga itu masih bergelak ketawa. Lana memimpin tangan puan Rahimah manja. Sesekali kepala itu terlentok ke bahu.

Harapan yang dia rasakan menyinar tak lama lagi tak mungkin ada. Di depan mata dia sendiri, dia melihat 2 keluarga mesra. Dia tahu nama dia tak akan ada ruang lagi dalam kotak fikiran dan hati Al Ryan. Dia sepatutnya mengalah dan tak berharap.

"Dia kata dia tak cintakan Lana. Mungkin dia terpaksa berpura pura depan puan Rahimah." Ujar Orked. Dia cuba menyedapkan hati walaupun setengah lagi sudah hilang percaya.

Adi jatuh simpati pada Orked. Kasihan Orked terpaksa melihat situasi menyakitkan hati. Akan tetapi hakikat itu juga harus dihadapi agar tidak terlalu terlanjur jauh. Adi sekat penglihatan Orked dengan susuk tubuh tinggi. Dia tak nak Orked sedih.

Orked mendongak pandang wajah Adi. Air mata mula berair.

"Aku bodoh kan. Aku terlalu berharap pada benda yang tak akan ada." Sayu suara Orked menutur kata.

"Tak Orked. Kau tak bodoh. Berharap itu memang keinginan manusia yang tak dapat dielak." Ujar Adi menenangkan hati Orked.

"Jom balik."

Adi mengangguk. Orked pula mengekor langkah Adi. Lemah kaki berjalan.

Adi jatuh simpati pada Orked. Kasihan Orked terpaksa melihat situasi menyakitkan hati. Akan tetapi hakikat itu juga harus dihadapi agar tidak terlalu terlanjur jauh. Adi sekat penglihatan Orked dengan susuk tubuh tinggi. Dia tak nak Orked sedih. Orked mendongak pandang wajah Adi. Air mata mula berair. "Aku bodoh kan. Aku terlalu berharap pada benda yang tak akan ada." Sayu suara Orked menutur kata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience