Bab 13

Romance Series 30273

"You pernah bertunang Orked?" soal Al Ryan. Mata tertumpu pada Orked. Dia menunggu jawapan dari bibir gadis ini. Dia tidak kisah Jika Orked marah. Dia ingin tahu tentang gadis ini. Setiap kali bersama hatinya membuak buak ingin tahu siapa Orked. Bagaimana kehidupan dia? Sudah berpunya atau belum.Dia jadi keliru bila mama menegah dia rapat dengan Orked. Siapa sebenarnya Orked sehingga mama tidak suka gadis ini?

Orked diam membisu. Dia merenung ke luar tingkap. Isu minggu lepas dibawa ke minggu ini. Fikirnya lelaki sudah melupakan tetapi tidak. Hari ini soalan sama disoal lagi.

"Tunang you curang?" Tanya Al Ryan dan dia cuba meneka.

Orked pandang wajah Al Ryan tanpa perasaan. Otaknya cuba mencerna dengan baik. Risau jika dia terlepas kata. Pada masa yang sama dia berfikir bagaimana reaksi Al Ryan jika dia bagitahu yang Al Ryan adalah bekas tunangnya. Reaksi apakah yang akan Al Ryan pamer? Terkejut mungkin atau akan menuduhnya mengambil kesempatan.

"Kita datang sini nak jumpa client atau nak tahu tentang status saya." ujar Orked.

"I nak tahu dua tu."

Orked gelak sinis. Al ryan masih perangai yang sama. Suka mendesak untuk dapatkan jawapan. Kadang dia berfikir kenapa Al Ryan tak desak mama untuk bertanya perihal kehidupan dia yang dulu semasa sebelum hilang ingatan. Mungkin puan Rahimah pandai berdalih atau mereka cerita.

"Saya datang sini untuk jumpa client. Saya tak ada masa nak bercakap tentang status saya encik Al Ryan."

"You curang?" Al Ryan sengaja berkata begitu untuk menarik perhatian Orked. Malangnya, anggukan dari Orked membuatkan hatinya tersentap seketika. Dia terdiam seribu bahasa.

5 minit berlalu, Al Ryan masih begitu. Tak percaya dengan jawapan Orked. Dia jadi tergamam.

"Kenapa senyap? Tak percaya?" Soal Orked. Dia sengaja berkata begitu. Ini jalan terbaik untuk dia menjauhi Al Ryan. Biar Al Ryan benci dirinya. Dia rela.

Al Ryan menatap mata Orked untuk cari jawapan sebenar tapi Orked berani membalas pandangan dengan senyuman sinis dibibir.

"Kenapa?"

"Bosan." Balas Orked bersahaja tanpa rasa bersalah.

Jawapan yang sama dia dengar dari Lana satu ketika dulu. Tanpa rasa bersalah, tanpa ada simpati pada lelaki yang mencintai.

"You bagi alasan curang. Tapi you tak curang."

Orked tergelak dengar jawapan itu. Al Ryan nak sedapkan hati sendiri agaknya.

"Curang tetap curang. Tak ada alasan."

"You bercinta dengan Adi?"

"kalau ya kenapa?" Tanya Orked.

"Dia lelaki perfect. Anak orang kaya. Ada kerjaya. Tak menyusahkan mak bapak. Itu lelaki idaman you kan." Ujar Al Ryan. Adi lelaki yang sempurna di mata perempuan. Anak orang kaya tetapi usaha dengan kudrat sendiri. Kalau difikirkan kembali, dia apa kurangnya. Bengkel itu hasil titik peluh dia. Dia tak gunakan modal dari mama tetapi bermula dari bawah.

"Kenapa encik sibuk sangat hal saya?" Soal Orked geram. Dari nak jumpa klien terus bertukar soal peribadi. Dia jadi hairan. Kenapa Al Ryan tak keluar kata kata pedas? Selepas bertukar air muka sebentar tadi. Al Ryan jadi tenang dan seperti tidak dengar apa apa darinya. Bukankah lelaki ini bencikan perempuan yang curang seperti tunangnya.

"Hmmm. Saja nak tahu status you. So I dah tahu you dan Adi bukan bff tapi pasangan kekasih."

Orked mengangguk. Puas hati bila Al Ryan percaya.

"Sorry weh. Aku stuck kat jem tadi. Fuhhh. Lambat setengah jam je kan." Ujar satu suara dari belakang.

Orked mengukir senyuman manakala Al Ryan berjabat tangan dengan klien merangkap kawan rapat.

"Eh you pun ada Orked. Macam berjodoh pula korang berdua."

Orked memberi isyarat pada Kairul supaya senyap. Kairul pula memgunci mulut sambil tersenyum sumbing. Dia tahu kisah Al Ryan dan Orked. Pasangan yang bakal berkahwin dan penghujung pelamin mereka musnah. Dia penat menasihati puan Rahimah. Akan tetapi ibu kandung Al Ryan tetap dengan pendirian. Dia sebagai orang luar tidak mampu berbuat apa apa.

"Tak ada jodohnya. Dia pun ada kekasih."

Bulat mata Kairul dengar ujaran Al Ryan. Mata pantas pandang wajah Orked meminta kepastian. Orked pula mengangguk yakin. Dah menipu harus diteruskan.

"Muda lagi tak akan nak sia siakan umur." Sindir Kairul tanpa mengetahui cerita sebenar.

"Jodoh dia dengan tunang dia lah! Tak kan nak main kayu dua pula!" Keras Orked menjawab. Dia bengang bila Kairul menilai buruk dirinya tanpa mengetahui hal sebenar.

"Ryannn."

Al Ryan mengangguk lalu mengangkat bahu. Dia tahu Kairul akan bising tetapi apakan daya bukan kemahuan dia. Ini perancangan mama. Dia mengikut sahaja walaupun kadangkala dia menunjuk sikap memberontak.

"Mama."

Kairul mengangguk faham. Tindakan puan Rahimah kejam. Sanggup pergunakan anak sendiri yang hilang ingatan. Sudahlah dia buang Orked sekarang memaksa Al Ryan bersama Lyana. Perempuan yang pernah curang pada Al Ryan.

"So encik berdua. Nak cakap soal peribadi atau soal kerja?" Tanya Orked dalam nada sindiran. Dia penat dengar satu per satu kisah peribadi. Dia datang sini secara profesional.

1 jam setengah mereka bercakap soal kerja. Ada kala Orked diam dan mendengar sahaja. Ada juga dia usulkan cadangan. Akhirnya, mereka capai sepakat untuk kerjasama lagi dan sambung kontrak syarikat Khairul.

"Naik apa Orked? Naik dengan bos ke?"

"Tak. Naik grab."

"Oh datang asing asing. Nak I hantar tak?"

"Tak apa encik Kairul. Saya boleh naik grab je. Tak pun LRT. Dekat je nak ambil dari sini." Ujar Orked.

"Mana boleh naik berdua. Marah pula boyfriend dia. Nak datang dengan aku pun tak nak. Sanggup ambil grab."

"Kau memang lah. Dah berpunya. Meroyan tunang kauu. Aku tak apa masih single lagi."

"Kepala hotak kau."

Mengekek Kairul ketawa. Sengaja kata begitu bagi menyakitkan hati Al Ryan. Dia terfikir pula, betul ke Orked ada teman lelaki atau sekadar nak mengelak dari Al Ryan. Tak mungkin Orked cepat cari pengganti.

"Siapa boyfriend you Orked? Setanding tak dengan I? Kalau setanding I nak bersaing. Kalau tak. I malas lah. Baik you jadi girlfriend I je." Ujar Kairul bersama senyuman senget.

Merah padam wajah Orked dengar ujaran Kairul. Dia jadi tak senang duduk. Usikan Kairul makin menjadi jadi.

"I tak setanding tak sengan boyfriend you Orked?" Soal Kairul.

"Tak." Jawab Al Ryan.

"Siapa boyfriend dia. Anak dato? Atau ceo company megah holding?" Tanya Kairul.

"Anak datin Zynnn."

"What??? Bfff you tu." Naik seoktaf suara Kairul. Tak percaya dengan ayat Al Ryan. Anak datin Zynnn itu kawan baik Orked. Sekarang dia faham. Orked sengaja mereka cerita untuk mengelak dari Al Ryan. Rasa bersalah pula tadi perli Orked tanpa dia mengetahui kebenaran.

"Kau tahu tak Ryan. Orked ni tunang dia pun bukan calang calang. Pemilik syarikat tapi mak dia bukan datin lah macam datin zynnn." Kairul mula buka cerita.

Orked pula terbeliak biji mata. Tak sangka Kairul berani buka cerita. Mulut mengalah mulut perempuan. Banyak cakap!

"Ye ke Orked? Dah tu kenapa you tak suka dia?"

"Tak suka?" Berkerut dahi Kairul dengar soalan Al Ryan. Orked reka cerita apa agaknya untuk menutup perkara sebenar.

"Ya."

Orked jadi gelisah. Dia tidak tahu untuk menjawab. Dia bagi isyarat mata pada Kairul untuk menolongnya.

"Tunang dia excident. Sekarang hilang tak tahu pergi mana. Aku dengar mak dia sanggup sorok anak dari Orked ni. Sedih weh kisah Orked ni. Ish...Ish..Ish..Kesian." Ujar Kairul sambil geleng kepala. Ayat belakang pula meniru dialog P.Ramlee.

Orked tak tahu nak cakap apa. Makin lama makin merapu ayat Kairul. Malas melayan perangai Kairul. Orked angkat punggung dan melangkah pergi. Dia tak nak bersoal jawab lagi. Dia penat untuk hari ini.

"Macam tu je pergi. Mungkin sedih lagi tuuu teringat kisah lalu." Ngomel Kairul. Mata menjeling melihat wajah mendung Al Ryan. Terkesan agaknya dengar cerita dia tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience