Adi menarik hujung lengan baju kurung Orked. Dia bawa bawa keluar orked dari bengkel sebelum Orked naik ke pejabat tingkat atas. Dia tahu otak dan hati Orked belum sedar sepenuhnya lagi. Cara dia berjalan juga nampak seperti orang sakit. Mata itu bengkak seperti baru lepas menangis. Wajah Orked nampak sembap. Bibir itu walaupun dihiasi dengan pelembap bibir masih nampak pucat. Fizikal dan hati itu sedang sakit.
"Apa ni?"
Lengan Adi yang berlapis uniform ditolak. Tiba tiba sahaja Adi menarik dia keluar. Dia jadi terkejut.
"Kedai." Satu patah kata ayat dituturkan.
"Aku tak laparlah! Aku nak cepat buat kerja ni."
"Jangan degil boleh tak Orked! Sekali ni je dengar cakap aku." Suara Adi naik seoktaf. Dia tak boleh berlembut dengan Orked sekarang ini.
Orked mengalah. Dia mengangguk perlahan. Degil bukan jalan penyelesaian. Adi tetap akan mendesak. Dia mengikut langkah Adi.
"Kau okey?" Tanya Adi. Mata merenung wajah Orked.
Adi bawa Orked ke kafe yang agak jauh sikit dari tempat kerja. Dia mahu Orked berehat dahulu.
"Kau tak masuk kerja ni. Nanti kang kena ambil tindakan pula." Orked cuba menukar topik. Dia tak nak Adi tanya pelbagai soalan. Sesungguhnya, otak dia kusut hari ini. Dia tak ada semangat untuk pergi kerja tetapi dia memaksa diri.
"Cuti hari ini."
"Aku banyak kerja lah Adi. Kerja semalam tak selesai lagi."
"Kau sanggup nak hadap lelaki tu hari ini?"
Orked mengeluh perlahan. Dia pegang cawan yang berisi kopi panas. Kisah percintaan pahit seperti rasa kopi ini. Hati pula kadang kala sakit seperti disiram air panas. Bukan mudah melupakan cinta pertama dalam sekelip mata.
"Entahlah Adi. Aku keliru dengan perasaan aku sendiri. Pada mulanya aku tekad nak pulihkan ingatan Al Ryan balik supaya dia kenal aku ni siapa. Kadang aku nak mengalah. Dah tak kisah Al Ryan ingat ke tak. Aku macam terima takdir aku sekarang yang aku tak bersama lagi. Kadang aku nak dia tahu yang aku ni tunang dia. Aku tak tahu Adi. Aku tak ada pendirian tetap. Aku penat dengan diri aku sendiri." Orked mula meluah. Dia penat jadi Orked Sri Dewi. Kisah cinta yang tak kesampaian. Cinta pertama menyakitkan dan penamat tidak bahagia.
Adi bungkam sebentar. Dia hanya dengar luahan hati Orked.
"Kau rasa patut ke aku follow timeline hidup aku?" Soal Orked. Suara Orked sudah kedengaran serak Mata berkaca itu pandang anak mata Adi. Dia mahu kepastian.
Adi pula gelisah dengan pertanyaan Orked. Bagaimana dia mahu menjawab soalan itu? Dia jadi bingung. Garis masa hidup Orked Sri Dewi. Dia tidak layak berkata tetapi ini yang terbaik untuk sahabat baiknya. Ada 2 kemungkinan dalam hidup Orked sama ada Orked akan terus menunggu mengikut garis masa atau Orked kembali meneruskan kehidupan tanpa mengharapkan Al Ryan lagi.
"Ikut timeline hidup kau untuk move on. Al Ryan masa lalu kau." Ujar Adi.
Pandangan jatuh pada meja. Dia sudah agak jawapan Adi. Hakikat yang harus dia terima. Dia kena teruskan kehidupan dan tak akan kembali pada masa lalu. Berganda rasa sakit hati.
"Kau 2 orang ni curi tulang ke apa? Sekarang dah 9.30 pagi ni." Tegur satu suara dari arah tepi.
Orked kaku. Suara yang dia tidak dapat elak selagi bekerja di syarikat itu. Suara itu yang menyakitkan dia.
"Oh encik Ryan. Sorry. Saya teman Orked dia tak berapa sihat. Sekejap lagi nak hantar dia pergi klinik." Balas Adi. Dia mengukir senyuman. Mata pula melirik pada wajah Orked yang menunduk.
"You sakit Orked?" Tanya Al Ryan. Mata tertumpu pada wajah Orked. Jelas kelihatan wajah sembap dan mata bengkak. Dia rasa bersalah. Mungkin Orked tak sihat disebabkan dia semalam.
"Yaaa. Suara dia pun tak ada. Tapi itu lah Orked degil encik. Sibuk nak datang pejabat. Ni saya paksa dia cuti. Sebelum tu saya bawa minum dulu nak bagi tenaga." Ujar Adi. Dia bersuara bagi pihak Orked.
"Youuu. I dah siap." Ujar Lana manja. Dia menuju ke arah Al Ryan dan lengan Al Ryan dipeluk.
Berbulu mata Adi melihat dua makhluk di depan mata. Mengada ngada perangai Lana walhal sengaja nak sakitkan hati Orked.
"Ohhh Orked ada juga kat sini. Ni bukan waktu kerja ke?"
"Orked tak sihat. Dia cuti hari ini." Ujar Al Ryan.
"Ohhhh."
Orked makin menunduk. Dia tidak rela melihat dua orang ini. Sudu di dalam cawan dikacau berkali kali. Dia mahu buang rasa resah.
"Jom Orked. Aku hantar kau pergi klinik."
"You cuti hari ini Orked. Tak payah masuk kerja hari ini. Rehatlah dulu." Al Ryan benarkan Orked untuk bercuti hari ini. Dia masih rasa bersalah lagi.
"Betul lah tu encik Ryan. Memang patut Orked cuti. Penat agaknya tunggu encik Ryan semalam. Dah lah sekarang cuaca panas. Kena sidai pula." Sinis ayat Adi bersama senyuman.
"Semalam? Tunggu Ryan?" Soal Lana ingin tahu. Mata terarah pada Adi menunggu jawapan.
"Haah semalam. Res...."
Belum selesai habis ayat. Cubitan berbisa di tangan Adi. Adi mengaduh sakit walaupun sekadar cubitan manja. Sengaja dia buat begitu. Tangan digosok gosok.
"Sakitlaaaa Orked. Macam semut api."
Orked menjeling sekilas. Dia mengeleng tanda menyuruh Adi diam.
"Res apa?" Soal Lana mendesak. Tidak puas hati bila melihat dua orang ini beri isyarat mata.
"Semalam Orked tunggu I kat restauran tu. I ingatkan sekejap. Tak sangka lama pula kita berborak." Ujar Al Ryan.
"Ohhhh. Faham. Ala you ni biasa lah bakal besen berjumpa memang macam tu kan. Nak borak lama lama. Bincang pasal tarikh perkahwinan kita."
Terjuih mulut Adi dengar perkataan "besen". Bahasa Melayu Lana teruk betul! Tak boleh bezakan besen dan besan. Dia tersenyum kecil. Kelakar! Nak sakitkan hati Orked tapi bodohkan diri sendiri.
"Besan cik Lana. Besen tu tempat isi air." Ujar Orked dengan suara halus. Tekak mula rasa perit.
Al Ryan menahan ketawa dari terkeluar. Dia pandang ke arah luar. Senyuman terukir pada bibir.
"Sama je lah!" Bentak Lana. Malu bila perkataan dia diperbetukan oleh Orked. Terasa maruah diri dia hilang sekejap. Dah tahu salah. Diam diam sudahlah. Tak payah sibuk nak jadi cikgu bahasa Melayu. Lana mula berpeluk tubuh dengan muncung sedepa.
"Lain cik Lana. You google lah makna dia. Besen sama besen berbincang tak jadi apa. Besan berbincang baru jadi." Balas Adi dalam nada bergurau.
"Sudahlahhhh." Orked mengerakkan bibir tanpa ada bunyi.
"Ok lah encik Ryan dan cik Lana. Saya pergi dulu ya nak hantar Orked ke klinik. Kasihan dia ni. Suara pun macam tak ada ni." Ujar Adi minta diri.
Dia bingkas bangun dari kerusi walaupun air di cawan belum habis lagi. Dia risau jika Orked terus hilang arah bila melihat sikap mesra Al Ryan dan Lana. Orked juga turut bangun manakala lengan baju Orked ditarik sedikit oleh Adi. Adi mahu tunjuk kemesraan antara dia dan Orked.
Mata Al Ryan menyoroti langkah Orked dan Adi sehingga keluar dari kafe. Cara layanan Adi pada Orked membuatkan hati rasa sesuatu. Perasaan yang dia sendiri tidak dapat tafsirkan.
"Sesuaikan dia orang tu."
"Tak." Balas Al Ryan ringkas. Tidak suka bila Orked diganding bersama Adi.
"You buat apa ajak dia semalam? Nak suruh budak tu kacau majlis kita semalam?"
"Diam lah Lana! Jangan sampai I tinggal you kat sini. Sebab mama je I layan you baik. Kalau ikutkan hati aku ni. Nak je aku campak kau dalam sampah!" Marah Al Ryan. Wajah pula bertukar bengis.
Gara gara Lana semalam, dia terpaksa biarkan Orked menunggu lama. Berbincang konon walhal berborak hal yang remeh. Dia tak faham kenapa mama masih berkenan dengan perempuan macam ini. Banyak lagi perempuan lain yang layak jadi isteri dia. Contohnya, macam Orked yang pandai jaga diri dan sopan. Berbicara dengan gadis itu juga. Hati dia jadi tenang. Lana itu pula sebaliknya. Menyakitkan hati dan mengjengkelkan!
Update kali 2 untuk minggu ni sempena hari ibu dan hari guru :) Kepada ibu yang sedang membaca, selamat hari ibu. Kepada guru juga selamat hari juga. Semoga segala urusan kalian dipermudahkan. amin
Share this novel