Badan bersandar malas pada kerusi. Dia melepaskan lelah seketika. Penat seharian berjumpa dengan para pembekal. Pukul 8.00 malam dia tidak balik ke pejabat tapi terus masuk pejabat. Dia rasa lebih tenang berehat disini berbanding di rumah. Semenjak kejadian tempoh hari puan Rahimah bermasa muka. Al Ryan pula tidak memujuk atau minta maaf. Dia biarkan sahaja perangai puan Rahimah. Mata melirik pada cermin lut sinar yang jelas terpapar pekerja. Dalam 3,4 orang masih tekun bekerja termasuk Orked.
"Orked." Nama itu disebut. Perempuan yang mama asyik elak bila bertanya. Siapa sebenarnya Orked? Istimewakah Orked pada dia sebelum ini? Soalan yang tak mungkin dijawab oleh mama.
Wajah itu direnung lama. Minggu ini Orked seakan mengelak dari dia. Orked juga tidak banyak cakap. Sepatah ditanya, sepatah dia jawab.
Mata mereka saling bertentang. Orked yang perasan terus beralih mata ke tempat lain. Mata itu seperti tersimpan seribu rahsia. Untuk bertanya dia tahu jawapan yang akan dia dapat.
"Saya kan pekerja encik." Ayat itu terngiang dalam fikiran. Bukan dia tidak pernah tanya. Dia tanya untuk kepastian tapi jawapan yang sama dari mulut mama dan Orked. Dia jadi bingung.
"Youuuu. Mama kata you merajuk ya?" Soal Lana di permukaan pintu. Meliuk lentuk tubuh itu.
"Hmmmm."
"Why? Tak baiklah merajuk dengan mama sendiri."
Al Ryan mengusap wajah. Dia rimas dengan kehadiran Lana.
Lana melabuhkan punggung pada meja kerja Al Ryan. Beg tangan diletak sisi. Dia tersenyum melihat wajah kacak Al Ryan.
"Kenapa you merajuk dengan mama? Nak share apa apa apa tak? Mana tahu dapat lega kan hati you tu kan." Lana cuba ambil berat.
Al Ryan diam. Dia mendengar sahaja ujaran Lana. Mata pula masih menatap Orked dari jauh.
"Ryannnn." Rengek Lana.
"You nak apa?" Soal Al Ryan dalam nada malas.
"You tu tak nak balik ke? Dah pukul berapa ni?"
"Pergilah balik."
Lana bingkas bangun dan cekak pinggang. Kaki dihentak pada lantai. Tak suka bila Al Ryan bersikap dingin. Dia datang sini untuk pujuk Al Ryan. Dia tak nak puan Rahimah dan Al Ryan bergaduh. Nanti dia yang terkesan dan rugi.
"Tunang you ni ajak you balik. Boleh dinner sekali. Tapi tengoklah you ni. Sikap dingin je."
Al Ryan menarik nafas dalam dan pejam mata. Dia bosan melayan perangai Lana. Kenapalah dulu dia boleh jatuh cinta dengan perempuan macam ni! Bodohnya dulu.
"Depan mama kita baik. Belakang mama you bukan siapa siapa pada I."
"Ryannnn." Naik seoktaf suara Lana. Ini kali ketiga Al Ryan berkata begini.
"You gilakan I Ryan. Lepastu you nak nak buat I macam ni?"
"Kita dah putus tunang Lana. You dan mama pergunakan I. You ingat I bodoh? I tak akan kejar perempuan curang macam you! Buang masa I." Ujar Al Ryan keras.
"I curang pun you tetap kejar merayu bagai! Sekarang I nak balik dengan you. You buat perangai pulak." Balas Lana. Dia menipu hakikat yang sebenar. Al Ryan tak pernah kejar dan pujuk dia. Bila dia tertangkap curang, Al Ryan putuskan pertunangan. Al Ryan tak akan ambil bekas orang. Itu kata kata Al Ryan dulu.
Al Ryan senyum sinis. Mama dan Lana cuba manipulasi keadaan. Akan tetapi dia tahu hal sebenar. Dia bukan hilang ingatan sebelum putus tunang tapi selepas 2 tahun dia putus tunang. Memori yang seterusnya dia hilang. Dia mahu kembalikan ingatan itu.
"I cerita pada mama you. You cari masalah dengan I. " Ugut Lana.
Al Ryan senyum sinis. Ugutan itu tak terkesan langsung malahan bagi kelebihan dia untuk jerat mama.
"Aishhh." Lana geram. Dia bengang melihat reaksi Al Ryan seolah olah mengejek diri dia. Dari sakitkan hati sendiri. Lebih baik dia pergi dari sini.
******
Bergerak gerak bibir mengikut lirik lagu "agora hills. " Jari jemari pula menari atas papan kekunci.
"Tak balik lagi?" Tegur Al Ryan dari belakang. 10 minit dia berdiri disini tapi Orked leka dengan lagu dan kerja.
Ternaik bahu Orked tanda terkejut. Dia menjeling sekilas. Susuk tubuh itu berjalan selangkah ke meja kerja. Dia garu kepala yang beralaskan tudung. Nak buat apa sekarang? Nak lari? Buat buat tak tahu? Ahhh dia bingung. Kenapa tiba tiba Al Ryan munculkan diri. Bukankah tadi dia bersama Lyana? Leka sangat buat kerja sampai tak perasan keadaan sekeliling.
Mata melilau kiri dan kanan. Seterusnya, dia melihat jam. Pukul 10 malam. Dah lewat malam. Patutlah rakan sekerja sudah tiada. Kini, tinggal dia dan Al Ryan sahaja. Dia jadi mati kutu.
"Tinggal you sahaja sekarang. Rajin kerja lewat malam." Ujar Al Ryan.
Banyak cakap pula si Al Ryan ni. Kalau kena tangkap basah macam mana? Jatuhlah maruah dia dan keluarga. Ahhh tak boleh. Mari tinggalkan kerja dan sambung esok. Tangan mencapai telefon bimbit dan masuk ke dalam beg. Fail disimpan dalam folder lalu komputer dimatikan. Dia mahu balik sekarang.
Al Ryan masih setia menunggu Orked membuka mulut. Mata memerhati tingkah kalut Orked. Sibuk kemas itu dan ini. Kehadiran dia tidak dihiraukan.
"I rasa macam tunggul."
Baru selangkah Orked melangkah. Dia dengar suara Al Ryan. Dia berpaling ke arah Al Ryan dan senyum sumbing. Tak tahu nak balas apa.
"Kenapa you elak dari I?" Soal Al Ryan.
Seram sejuk pula soalan Al Ryan. Dia mahu menipu apa lagi. Idea dah mencurah ketika tulis laporan sebentar tadi. Sekarang, idea kering nak mengarang cerita.
"Orked." Panggil Adi.
Fuh! penyelamat dah datang. Selamat dia malam ini.
"Berdua je kat sini?" Tanya Adi.
"Ya. I dan Orked balik lewat sikit." Balas Al Ryan.
"Bahaya."
Terjungkit kening Al Ryan dengar perkataan itu dari Adi. Adi anggap dia macam orang jahat pula. Walhal dia yang teman Orked.
"Apa yang bahaya? " Soal Al Ryan.
Adi balas pandangan Al Ryan tanpa rasa gugup.
"Berdua-duan macam ni. Lelaki dan perempuan. Tak manis kalau orang lain pandang."
"So you macam mana pula dengan Orked? Bukan tak manis juga ke orang pandang." Ujar Al Ryan.
"Saya bujang lagi. Bukan tunang orang, suami orang ataupun kekasih orang. Encik Ryan tu tunang orang. Kalau orang lain nampak. Orked yang difitnah gatal. Bukan encik."
"Sama saja. Tak ada beza. Kau tetap lelaki." Balas Al Ryan tak mengalah.
"Mesti encik tak tahu kan. Orked ni dituduh perempuan gatal sebab ikut encik kehulur hilir sedangkan korang dalam tugas. Orang lain tahu? Tak tahu encik Ryan. Orang tahu yang Orked ni cuba goda bos sendiri! "
Orked dan Al Ryan terkedu dengar kata kata Adi. Mereka saling berpandangan.
"Manusia mana kata aku goda bos? Monyet betul lah! " Sumpah Orked. Meja kerja ditepuk kuat. Sakit hati pula dengar orang mengumpat dia.
"Dapat ke aku. Aku tenyeh mulut dia dengan cili api. Pandai sangat lahhh dia. Ingat aku kerja apa? Cleaner? Tak payah jumpa bos? Bagitahu aku sekarang Adi? Siapa yang buat cerita?"
"Orked sabar." Al Ryan cuba tenangkan Orked.
Orked jeling Al Ryan. Semua ni salah Al Ryan. Jika dia tak sibuk bawa dia ke sana sini konon alasan kerja. Benda macam ni tak akan terjadi.
"Orked."
"Apa?" Soal Orked pada Adi. Adi turut terkena jelingan maut Orked.
Gulp! Menyesal pula dia timbul isu ini. Orked dah keluar sifat panas baran dia.
Al Ryan diam. Ganas juga mulut Orked. Dia ingatkan Orked yang jenis penurut dan tak kisah dengan mulut orang. Tak sangka dia melihat Orked membebel dan hamun orang. Sisi diri Orked yang lain. Al Ryan tersenyum.
"Kenapa senyum encik Al Ryan? Suka bila saya yang kena umpatan. Ya lah. Bos dan pekerja. Of course! Pekerja yang salah!" Marah Orked. Dia tidak pedulikan Al Ryan itu bos. Amarah dia harus dilepaskan. Sampai ke telinga emak dan abah. Dia juga yang terkena. Nanti abah suruh dia berhenti kerja. Ahh seram.
"I uruskan hal ni nanti."
"Elehhhh." Terjuih mulut Orked. Menyampah dia melihat susuk tubuh lelaki ini.
"Orked jom. Aku belanja burger double special untuk kau." Adi pujuk Orked dengan makanan.
Dengar sahaja double special. Senyuman sehingga ke telinga. Dia mengangguk angguk setuju.
"Kau belanja kan? "
"Ya."
"Aku nak triple daging cheese leleh." Ujar Orked sambil dia bayangkan burger. Makan burger waktu malam memang kenikmatan. Segala amarah dia tamat disitu sahaja.
"Jom."
Terkulat-kulat Al Ryan disitu. Kewujudan Al Ryan tidak diendahkan. Mereka melangkah bersama dan bergelak ketawa seolah olah tadi tiada apa apa yang berlaku. Al Ryan hanya mampu melihat mereka sari belakang. Hati Al Ryan rasa lain. Sesuatu yang dia tak mampu taksifkan.
"Berdua-duan macam ni. Lelaki dan perempuan. Tak manis kalau orang lain pandang." "So you macam mana pula dengan Orked? Bukan tak manis juga ke orang pandang." Ujar Al Ryan. "Saya bujang lagi. Bukan tunang orang, suami orang ataupun kekasih orang. Encik Ryan tu tunang orang. Kalau orang lain nampak. Orked yang difitnah gatal. Bukan encik." "Sama saja. Tak ada beza. Kau tetap lelaki." Balas Al Ryan tak mengalah. "Mesti encik tak tahu kan. Orked ni dituduh perempuan gatal sebab ikut encik kehulur hilir sedangkan korang dalam tugas. Orang lain tahu? Tak tahu encik Ryan. Orang tahu yang Orked ni cuba goda bos sendiri! "
Share this novel
next episode