Dari dapur sampai ke khemah. Al Ryan mengikuti langkah kaki Orked. Orked terasa rimas dengan perangai Al Ryan. Macam anak mengekor ibu. Dia menjeling wajah Al Ryan. Dia sakit mata melihat baju Melayu yang tersarung pada tubuh Al Ryan. Sungguh, dia penat berpura pura seperti tiada apa apa. Hati dia jadi sakit tapi terpaksa tahan.
"Boleh tak encik Ryan duduk satu tempat! Tak payah sibuk nak ikut saya." Marah Orked. Beg tangan dihempaskan pada meja. Geram dengan perangai tak semengah Al Ryan. Mata tajam wajah Al Ryan.
"Tak salah."
"Tak salah? Hahaha." Ketawa dibuat-buat. Dia garu kepala yang dilapik tudung. Kenapa Al Ryan ini tak reti bahasa!
"Encik tak malu ke orang sekeliling mengata kita!"
"Kenapa nak malu pula. Tu hak dia orang nak bercakap. Kita tak ada buat apa apa. Bukan berdua dua pun." Balas Al Ryan. Senang jawapan yang diberikan tanpa fikir perasaan Orked.
"Haaa. Aduhlahhhh. Encik ni memang hilang ingatan sampai jadi biul. Macam orang tak ada adab!" Kutuk Orked. Dia benci melihat wajah Al Ryan saat ini.
"I tak kenal sangat orang kat sini. I kenal you je. Adi pun busy." Jawab Al Ryan tenang. Dia tidak terasa dengan kutukan Orked. Dia juga tidak kisah langsung dengan amarah Orked.
"Pandai pandailah bawa diri lah encik Ryan. Encik ni bukan budak budak lagi. Dah boleh jadi bapak orang." Ujar Orked.
"Tapi I tak kahwin lagi kan. So I boleh ikut you lah." Jawab Al Ryan. Dia tersengih sengih melihat wajah mencuka Orked. Mencuka pun tetap cantik dipandangan mata. Hati dia seperti ada rasa sesuatu tetapi tak mampu ditafsirkan. Perasaan apa yang dia alami sebenarnya?
Orked mendengus. Ada sahaja jawapan Al Ryan. Bukan menenangkan hati tapi makin lama makin menyakitkan hati.
Dia berpeluk tubuh. Mata pandang keadaan sekeliling. Orang mula beransur pulang tetapi perut masih belum diisi lagi dengan sebutir nasi. Kuih juga langsung tidak dijamah. Dia jadi hilang selera dengan kehadiran Al Ryan.
"Ingat sikit status encik tu. Nanti orang panggil saya perempuan gatal. Bukan encik yang kena! Encik yang lepas tangan."
"Tunang je bukan ada apa apa." Ujar Al Ryan sinis. Dia tidak suka status itu. Status yang harus digalas kerana orang tua.
Orked gelak sinis. Mudah sungguh jawapan Al Ryan. Mungkin beginilah perangai Al Ryan ketika dia dibiarkan di luar restauran mewah tanpa text. Dia ambil mudah segala hal. Dia tidak pernah kisah pada orang lain. Al Ryan seorang yang pentingkan diri sendiri!
"Orked. Kau okey tak?" Adi menegur. Kurang selesa dia melihat Al Ryan ke hulur hilir bersama Al Ryan. Dia jadi sakit mata dan sakit hati. Dari tadi dia mahu bersama Orked tetapi kerana tugasan dia mengurus hal hal di rumah ini. Dia terpaksa biarkan dahulu.
Orked mengangguk dan melempar senyuman manis. Rasa lega bila Adi ada disini.
"Aku lapar. Tak makan lagi ni." Ujar Orked sambil mengusap perut. Ketika ini dia rasa selesa dengan keberadaan Adi.
"Kenapa tak makan lagi? Haihhh. Dah pukul berapa ni? Kau dah lah ada gastrik. Jom makan." Bebel Adi.
Adi langsung tidak menghirau Al Ryan. Dia lebih pentingkan Orked yang dalam kelaparan. Lelaki itu pandailah bawa diri sendiri.
"Ada lauk favourite kau ni. Aku letak akhir sekali bagi jangan habis."
"Wahhhh. Thank you Adi. Kau lah kawan baik aku." Ucap Orked. Mata bersinar melihat Adi cedok lauk opor ayam. Perut mula berbunyi.
Al Ryan ibarat tunggul kayu disitu. Hanya melihat kelakuan Adi yang melayan Orked macam tuan puteri. Entah kenapa dia tak suka lihat situasi itu. Dada rasa sesak. Dia mengetap bibir dan mengeleng.
"Kenapa tak duduk ni Ryan?" Tanya ibu Adi lembut. Dari tadi dia memerhati gelagat mereka dari jauh. Pandangan Adi terhadap Al Ryan dan pandangan Adi pada Orked. Semuanya lain. Hati tuanya rasa tidak enak. Jika dia tidak masuk campur mungkin sesuatu akan berlaku.
Al Ryan mengukir senyuman.
"Kenapa Adi tak ajak Ryan makan?" Soal ibu Adi.
Adi senyap.
"Eh auntie. Adi ada ajak tadi tapi tak nak makan lagi." Tipu Al Ryan.
"Jom makan sama sama. Auntie pun belum makan lagi. Haa jom kita duduk dengan Orked. Orked pun baru makan ya."
Orked senyum dan mengangguk.
Masing masing sudah ambil makanan berat cuma Al Ryan sahaja yang ambil kuih. Katanya, dia masih kenyang lagi.
"Nanti jangan balik dulu. Masuk dalam bungkus makanan untuk mama kamu tu Ryan. Kamu pun sama Orked."
Orked mengangguk. Dia meneruskan suapan pertama. Nikmatnya makan opor ayam ini. Sama rasa macam opor ayam Pahang. Dia hanya dengar suara halus mereka berborak. Sesekali dia dengar Adi menyampuk dan bercakap sinis.
"Sedap sangat ke makanan tu sampai tak nak join kami borak ni."
Orked sengih sumbing. Malu bila ditegur begitu. Mata Adi dan Al Ryan tertumpu pada dia.
"Sedap." Balas Orked ringkas.
"Tadi Orked datang naik apa?" Soal ibu Adi.
"Grab ibu."
"Nanti Adi hantar Orked pulang." Ujar Adi. Dia tak akan benarkan Orked pulang dengan e-hailing pada lewat malam. Dia risau keselamatan Orked.
"You duduk mana Orked?" Soal Al Ryan ingin tahu.
"Pandan Indah."
"Eh kita sehala. Boleh je I nak hantar you pulang. Tak payah susahkan Adi."
"Tak susah pun. Saya boleh je hantar Orked tu. Dah biasa dari dulu." Ujar Adi.
"Haah lah Adi. Apa salahnya Ryan nak tolong hantar Orked. Sekali jalan je kan."
Orked jadi tak selesa bila dirinya jadi topik utama. Dia boleh sahaja pulang sendiri. Bukan jauh Cheras dan Pandan Indah.
"Tak payah ibu. Adi boleh hantar Orked. Lagi pun Orked tak biasa dengan encik Ryan ni."
"Tak payah Adi. Aku naik grab je. Alah bukan jauh mana pun." Jawab Orked. Dia tak nak topik menghantar dirinya pulang jadi meleret.
Adi menilik jam di tangan. Jarum jam panjang dan pendek tunjuk arah jam 12.
"Aku hantar kau balik." Ujar Adi dalam nada tegas. Dia bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan Orked.
Ibu Adi mengeleng. Macam manalah Orked boleh bersabar dengan sikap Adi. Hanya kata dia sahaja yang mahu didengar. Sabar sungguh sikap Orked.
"Kenapa ibu?" Soal Adi. Hairan melihat ibu mengeleng kepala sambil menjeling tajam ke arahnya.
"Macam manalah kamu nak ada girlfriend kalau semua benda nak ikut cakap kamu. Orked je yang dengar kata kamu. Orang lain tu tak ingin." Bebel ibu Adi.
"Ibuuu."
"Kamu kahwin je lah dengan Adi. Kamu je yang tahan dengan perangai dia." Ujar ibu Adi. Dia percaya hanya Orked mampu jinakkan perangai Adi. Kadang dia sebagai ibu pening melihat perangai anaknya seorang ini. Orang kata anak kedua yang pelik dari yang lain tapi ini anak ketiga.
Orked tersengih sengih dengar bebelan ibu Adi. Dari dulu dia sudah biasa dengan bebelan ibu Adi. Adi pula dengan sikapnya yang tak acuh.
Al Ryan pula hanya mendengar perbualan mereka.
"Kahwin dengan Adi lupakan ex tunang dulu." Ibu Adi terlepas kata. Dia lupa kehadiran Al Ryan di meja ini.
"You pernah tunang Orked?" Soal Al Ryan.
Suasana jadi sepi di meja makan. Ibu Adi rasa bersalah dengan terlanjur kata. Tidak sepatutnya dia tanya soalan ini didepan orang lain.
"You pernah ada tunang Orked? Soal Al Ryan sekali lagi.
"Ryan tak tahu ke?" Ibu Adi pula soal.
Al Ryan menggeleng. Sungguh, ini pertama kali dia dengar tentang status Orked.
Orked menunduk. Dia mengengam tangan kiri. Cuba bertahan dari mengalir air mata. Kenapa harus Al Ryan yang bertanya? Peritnya hati bila bekas tunang langsung tak ingat tentang dirinya. Malam yang menyesakkan jiwa raga.
"Ohhh mungkin Al Ryan lupa la tu." Ujar ibu Adi. Mata beralih kiri dan ke kanan melihat Orked dan Adi seterusnya Al Ryan. Seperti ada sesuatu yang mereka simpan.
"Cuci tangan. Jom aku hantar kau pulang. Dah lewat malam. Risau orang tua kau." Ujar Adi. Dia bagi penamat disitu. Dia sedar perubahan air muka Orked. Dia tak salahkan ibu bertanya dan cakap tentang itu. Dia tahu ibu tidak faham apa yang berlaku sepanjang ketiadaan di Malaysia.
Orked menunduk. Dia mengengam tangan kiri. Cuba bertahan dari mengalir air mata. Kenapa harus Al Ryan yang bertanya? Peritnya hati bila bekas tunang langsung tak ingat tentang dirinya. Malam yang menyesakkan jiwa raga. Nota : Maaf sebab lambat update. Saya agak busy beberapa bulan ni. Doakan saya dapat update macam biasa ya. Love you alll :)
Share this novel