Entah kegilaan apa yang merasuk dalam diri. Dia terima jemputan dari Al Ryan walaupun berkali kali dihalang oleh Adi. Dia tetap dengan pendirian untuk hadir juga pada malam ini. Dia menarik nafas perlahan dan hembus. Dia mengengam kedua dua tangan. Dia boleh berhadapan dengan Al Ryan dan datin Rahimah.
"Orked.. "
Orked berpaling ke belakang. Dia tersenyum manis pada Adi.
"Kau datang juga. "
Orked menggangguk.
"Nak balik masih ada peluang. Aku boleh hantar kau."
Orked mengeleng. Dia datang niat baik sekadar penuhi jemputan sahaja. Bukan dia nak rosakkan majlis.
"Family tahu?" Tanya Adi.
Orked senyum senget. Abah dan mak tak tahu yang dia datang ke majlis Al Ryan. Dia cuma minta izin nak pergi rumah ibu Adi. Otaknya gila agaknya sanggup menipu ibu bapa sendiri. Kalaulah mereka tahu sudah tentu tak diberi keizinan.
"Tak tahu?"
Orked angguk dan menunduk. Aduh! Kenapalah dia boleh berterus terang pada Adi. Sepatutnya menipu.
"Orkeddd... "
Kecewa Adi dengan perangai Orked. Sanggup dia berbuat demikian untuk hadir ke rumah Al Ryan.
"Ibu datang sekali? " Soal Orked cuba menukar topik. Dia tahu jika terus topik yang sama pasti Adi membebel dan berkera untuk menghantarnya pulang.
"Ya." Jawab Adi ringkas. Mata masih renung Orked. Betulkah Orked baik baik sahaja atau berpura pura? Apa niat Orked sebenarnya datang ke majlis ini. Kadang kadang dia tidak faham dengan tindakan Orked. Ada kalanya dia rasa Orked seperti orang lain. Benar cakap orang, cinta boleh ubahkan sifat seseorang.
Orked memanjangkan leher untuk melihat ibu Adi tapi susuk tubuh itu tidak kelihatan. Mata pandang Adi minta penjelasan.
"Aku hantar ibu awal lagi. Aku balik rumah dulu."
"Ohhhh."
"Betul ke kau tak nak balik? " Soal Adi.
"Tak nak. Aku dah sampai sini. Sia sia sahaja aku balik." Balas Orked. Awning bawal yang kelepet diperbetulkan. Malam ini dia pakai baju kurung Kedah warna biru lembut dan tudung bawal tona yang sama. Solekan nipis pula dikenakan pada wajah. Ringkas tapi kelihatan menarik pada sesiapa yang pandang.
"Okeylah. Biar aku teman kau malam ni. Lepastu aku hantar kau balik." Ujar Adi tegas.
******
Lana gelak manja dengar usikan ibu Adi. Lengan Al Ryan dipeluk erat. Sengaja buat begitu agar Orked sedar diri yang Al Ryan ini miliknya. Dia tidak kisah dengan amaran Al Ryan tadi. Depan orang sudah tentu Al Ryan akan jaga air muka dia dan mama.
"Nanti I jemput auntie tau."
Ibu Adi senyum sahaja. Mata menjeling pada kelakuan Lana yang seperti ulat bulu. Perempuan macam ini Rahimah nak buat menantu. Tak jaga adab langsung depan orang tua. Nak tunjuk romantik konon tapi dia nak muntah tengok.
"Aku ingatkan nak cepatkan tarikh perkahwinan tapi Ryan tak nak. Entahlah hujung tahun kot. Kalau boleh esok aku okey je dapat menantu. " Ujar puan Rahimah bersama gelakan kecil. Mata melirik tajam pada Orked.
Orked pula buat tidak kisah. Reaksi dia biasa sahaja. Kalau ikutkan dia mahu duduk makan di hujung sana. Akan tetapi ibu Adi pula gengam tangan dia bawa di kesini. Nak tolak tapi rasa tidak sopan. Dia biarkan sahaja.
"I tak tahu pun yang Adi anak auntie. Tak sangka dia sanggup kerja macam tu je kan. "
"Kerja macam tu kerja apa?" Tanya Adi sedikit keras.
"Mekanik ke? Adi dari kecil memang suka bab kereta ni." Ibu Adi membalas. Risau anak dia buat perangai pula kat majlis orang. Dia sebagai ibu tahu sangat nada suara tak puas hati.
"Ya lah kan anak orang kaya kerja dengan orang. Nampak macam lain je."
"Kami bukan ada megah holding pun. Auntie ni ada butik cabuk tu je. Tak kan Adi nak jadi mekanik kat situ pulak. Jahanam kain auntie." Seloroh ibu Adi.
Puan Rahimah dan Lana ketawa. Orked pula mengukir senyuman dengar seloroh ibu Adi manakala Adi pamerkan wajah kelat.
"Orked ni ada kena mengena dengan auntie ke?" Soal Lana. Jari telunjuk tunjuk pada Orked. Dia perasan dari tadi ibu Adi tak lepaskan tangan Orked.
"Orked ni anak angkat auntie. Lupa pula auntie nak kenalkan pada semua. Sibuk berborak je dari tadi." Ujar ibu Adi. Dia pandang wajah Orked bersama senyuman manis. Dia tidak akan biarkan Orked terkapai kapai keseorangan disini.
"Ohhhh. Ingatkan bakal isteri Adi tadi." Sengaja Lana berkata begitu untuk hangatkan suasana.
Ibu Adi ketawa. Dia mengangguk angguk.
"Kalau Orked nak. Dah lama auntie jodohkan. Tapi Orked tak nak. Dah anggap Adi ni macam abang. Ada jodoh apa salahnya. Auntie suka. Perfect nak jadi menantu ni. Pandai kemas rumah, memasak. Ish kalau kita minta makanan fovourite. Dia lah yang sediakan kalah anak auntie." Ibu Adi puji melambung Orked. Bahu Orked ditepuk perlahan.
Kelat wajah Al Ryan dengar ujaran ibu Adi. Dari tadi dia dengar sahaja borak mereka tanpa menyampuk. Kadang kadang dia mata dia melirik pada Orked tapi sayang Orked sedikit pun tak pandang ke arah dia.
"Hmmm. Mula mula je. Lama lama bukan kita tahu perangai dia macam mana. Sebelum kahwin boleh sorok. Selepas kahwin keluar segala perangai buruk. " balas puan Rahimah. Menyampah dia dengar pujian Orked. Ya dalam hati dia akui yang Orked seorang perempuan yang ada kelebihan. Waktu Orked masih tunangan Al Ryan, setiap hujung minggu Orked akan bawa makanan sedap. Dia sendiri suka.
"Ada orang pula sebelum kahwin dah tahu perempuan tu macam mana. Tapi tetap juga nak teruskan. Kena nasi kangkang agaknya atau otak tak betul."
Berubah air muka puan Rahimah tapi dia cuba bertenang. Kata kata itu seperti menembak ke arahnya. Dia berdehem sedikit.
"Kita tak makan lagi ni. Jom lah makan dulu. Busy sangat berbual sampaikan aku tak ingat kau tetamu. Jemput makan Orked dan Adi." Ujar puan Adi. Dia cuba memaniskan muka pada Orked. Apa salahnya dia berlakon di hadapan ibu Adi seperti tiada apa apa.
******
"Cantik you malam ni. " Puji Al Ryan. Akhirnya, dia terlepas dari Lyana dan dapat tegur Orked. Dari tadi dia menanti saat ini. Adi pula jauh dari Orked. Ini peluang dia untuk berbual kosong.
"I ingatkan you tak nak datang."
Orked meneguk air asam boi. Sedap. Pujinya dalam hati. Dia masih tidak endahkan Al Ryan. Orang nak nikmati air pun susah. Ada yang datang menyibuk. Sekejap lagi dia mahu makan buah pula. Kecur air liur bila lihat buah buahan segar cecah pula dengan asam serbuk.
"Orkedd." Nama itu dipanggil.
Orked tunjuk isyarat tangan. Dia meneguk lagi air asam boi sehingga habis. Nikmatnya dapat minum air sejuk malam ni.
"Ya encik Ryan. Kenapa ya?"
Al Ryan menjungkit kening. Dari tadi dia bercakap tapi tak ada satu pun perkataan yang Orked ambil perhatian.
"I tak tahu pun you anak angkat auntie. Patutlah you baik je dengan Adi."
"So?"
Al Ryan terkedu. Punyalah panjang lebar ayat dia tapi satu perkataan sahaja.
Orked bingkas bangun. Kurang selesa kehadiran Al Ryan di meja ini. Dia melangkah ke meja makan yang ada buah buahan. Al Ryan pula mengekor langkah Orked. Orked mendengus. Rimas dengan Al Ryan. Mata melilau mencari Asi tetapi susuk tubuh tidak kelihatan. Ke mana pula Adi pergi. Tadi beria mahu teman dia.
"Orked." Tegur ibu sambil pegang lengan Orked. Dari tadi dia melihat Al Ryan dan Orked. Tak manis dia biarkan mereka berdua.
Orked menarik nafas lega. Nasib baik ibu Adi ada. Bolehlah elak dari Al Ryan. Dia datang ke sini sebenarnya sahaja nak tunjuk muka pada puan Rahimah bukan sibuk dengan Al Ryan.
"Tak manis lah berdua macam ni. Awak tu tunang orang Ryan." Ujar ibu Adi.
Al Ryan mati kata. Dia tidak balas apa apa. Mata melirik mata Orked minta bantuan. Akan tetapi Orked berpaling ke arah lain.
"Dulu auntie tak tahu awak tu tunang orang. Sebab tu auntie biarkan je masa awak kat rumah auntie. Tapi hari ini auntie tak nak orang mengata bukan bukan." Ujar ibu Adi tegas. Lengan Orked ditarik perlahan dan mengikuti langkahnya. Dia tak akan biarkan orang berkenaan pandang rendah pada Orked. Tidak akan sesekali! Biar sakit macam mana pun. Harga harus diletak pada atas sekali! Sakit hati dia bila dia dengar Lyana cuba burukkan Orked padanya.
"Orked ni anak angkat auntie. Lupa pula auntie nak kenalkan pada semua. Sibuk berborak je dari tadi." Ujar ibu Adi. Dia pandang wajah Orked bersama senyuman manis. Dia tidak akan biarkan Orked terkapai kapai keseorangan disini. "Ohhhh. Ingatkan bakal isteri Adi tadi." Sengaja Lyana berkata begitu untuk hangatkan suasana. Ibu Adi ketawa. Dia mengangguk angguk. "Kalau Orked nak. Dah lama auntie jodohkan. Tapi Orked tak nak. Dah anggap Adi ni macam abang. Ada jodoh apa salahnya. Auntie suka. Perfect nak jadi menantu ni. Pandai kemas rumah, memasak. Ish kalau kita minta makanan fovourite. Dia lah yang sediakan kalah anak auntie." Ibu Adi puji melambung Orked. Bahu Orked ditepuk perlahan. Kelat wajah Al Ryan dengar ujaran ibu Adi. Dari tadi dia dengar sahaja borak mereka tanpa menyampuk. Kadang kadang dia mata dia melirik pada Orked tapi sayang Orked sedikit pun tak pandang ke arah dia.
Share this novel