Bab 11

Romance Series 30273

Rumah besar milik keluarga Adi tersergam indah di hadapan mata. Orked mengira waktu. Mungkin lebih dari 2 tahun dia tidak datang ke rumah ini. Setelah kematian bapa Adi, ibu Adi berhijrah ke luar negara. Hari ini, rumah besar ini mengadakan kenduri doa selamat sempena ibu Adi yang pulang ke Malaysia.

Orked mengorak langkah masuk ke dalam. Mata meliar pandang keadaan sekeliling. Lampu kelip kelip terpasang seperti merai hari raya. Manusia lain saling berborak sesama sendiri. Anak anak kecil berlari keseronokan. Meriah suasana kenduri di rumah ibu Adi.
Orked mengukir senyuman.

Orked mendengar suara ibu Adi yang sedang sibuk menyuruh anak menantu hidangkan makanan di meja hujung. Dia suka konsep di rumah besar ini walaupun mereka orang berada. Masih mengamal rewang dalam kalangan keluarga.

"Eh Orkeddd. Anak ibuuu." Sapa ibu Adi bersama senyuman lebar. Dia rindu pada gadis ini. Sudah lama mereka tidak bersua muka. 2 tahun yang lalu, Orked sering datang ke rumah dan bawa makanan kegemaran yang dia sukai.

Orked menunduk salam tangan ibu Adi dan berpelukan lalu saling berlaga pipi. Ibu Adi pula peluk erat Orked untuk lepaskan rindu. Kawan baik anak dia ini sudah dia anggap seperti anak kandung sendiri.

"Orked rindu ibu. Ibu sihat tak? Ibu makin cantik lah semenjak duduk oversea ni."

Tersengih sengih ibu Adi dengar pujian Orked. Dia pegang kulit dia yang tegang setelah melakukan rawatan kulit di spa. Tua tetapi masih jiwa muda. Penampilan harus juga dijaga untuk sedap mata memandang.

"Ibu dah tua Orked." Ujar ibu Adi merendah diri. Tangan Orked digengam dan langkah diatur masuk ke dalam rumah. Sebelum majlis doa selamat mula. Dia mahu berbual dulu dengan Orked.

"Alahhh ibu ni. Ibu tetap muda dan cantik tau." Puji Orked ikhlas. Ibu Adi memang cantik dari dulu. Wajah itu seperti tak makan dek usia. Sentiasa nampak seperti awal 40 an sedangkan ibu Adi sudah menjangkau umur lewat 50 an.

"Orked datang sini dah sihat ke? Adi kata dah seminggu Orked tak sihat. Tapi masih lagi masuk kerja ya."

"Nak cari makan ibu." Balas Orked.

"Alah Orked ni. Ambil cuti seminggu tanpa gaji pun. Abah Orked mampu nak jaga Orked lah. Abah Orked tu kan pegawai kerajaan berpangkat." Ujar ibu Adi. Tangan Orked masih digengam dan diusap. Seterusnya, ubun ubun Orked diusap penuh kasih sayang. Kasihan anak gadis ini. Pelbagai cerita yang dia dengar dari Adi tentang kisah Orked.

"Tapi Orked kena kerja juga. Orked tak kaya." Orked berseloroh bersama senyuman sumbing.

Ibu Adi menepuk manja lengan Orked. Ada ada sahaja jawapan yang muncul dari mulut Orked.

"Jadi menantu ibu je lah. Tak payah kerja. Kahwin je dengan Adi."

Orked ketawa kecil dengar ujaran ibu Adi. Adi itu dia anggap macam abang sendiri. Geli geleman pula jika saling jatuh cinta. Anak dengan ibu saling tak tumpah perangai. Tak nak dia terus tersakiti, sanggup korbankan diri. Itu bukan jalan penyelesaian yang baik.

"Ibu ni ada ada je lah. Geli lah nak kahwin dengan kawan yang dah anggap macam abang." Balas Orked dengan sisa ketawa. Tak boleh dibayangkan dia dan Adi berkahwin. Macam tak secocok je.

"Kamu ni Orked. Ibu cakap. Kamu main main pulak." Ibu Adi marah manja. Paha Orked ditampar perlahan. Senang hati bila melihat Orked melihat Orked ketawa.

"Assalamualaikum." Ucap Al Ryan dari luar rumah.

"Haa. Bos kamu tu. Anak kawan ibu juga." Ujar ibu Adi. Ibu Adi belum tahu lagi yang Al Ryan pernah jadi tunang Orked. Dia hanya tahu yang Orked pernah bertunang dan putus di tengah jalan.

"Mama kamu tak datang Ryan?" Tanya ibu Adi. Mata melilau mencari puan Rahimah.

"Eh. Auntie tak ajak mama?"

"Auntie pesan pada Adi sampaikan pada kamu dan mama." Ujar ibu Adi.

"Errr." Al Ryan serba salah nak balas. Pagi tadi, Adi hanya menjemput dia sahaja.

Ibu Adi mengetap bibir. Bertuah punya anak! Dia sudah pesan banyak kali pada Adi tetapi lain juga yang dia sampaikan. Jumpa Adi nanti. Tahulah dia nak cubit budak bertuah itu.

Orked kaku di tempat duduk. Nafas jadi tak menentu. Dia jadi resah secara tiba tiba. Mata pula melekat pada baju Melayu Al Ryan. Dia sangat kenal baju itu. Baju Melayu warna putih pilihan Al Ryan untuk hari pernikahan. Al Ryan sarungkan baju itu pada badan tanpa ketahui kebenaran sebenar.

"Kenapa wajah Orked pucat ni?" Soal ibu Adi cemas. Tangan dilekapkan pada dahi Orked. Dia risau jika Orked demam.

"Orked sihat ibu. Orked okey." Balas Orked dengan suara terketar. Dia sihat cuma hati dia sakit. Kenapa Al Ryan pakai baju itu malam ini? Ingatan yang dia ingin lupakan kembali muncul.

"Orked nak rehat? Ibu boleh hantar Orked dalam bilik."

Orked geleng kepala. Dia mengukir senyuman nipis. Majlis orang tetapi dia pula menyusahkan.

"Ibu tak nak Orked jatuh sakit. Ibu minta Adi hantar ya." Ujar Ibu Adi. Bahu itu dipeluk dan diusap.

"Saya boleh hantar Orked auntie." Al Ryan pelawa diri untuk hantar Orked ke rumah. Mata itu setia menatap wajah Orked.

"Tak payah. Saya okey je ni." Ujar Orked tanpa pandang wajah Al Ryan.

"Kalau macam tu. Orked duduk sini ya. Rehat dulu. Ibu nak pergi depan sekejap ya layan tetamu. Nanti ibu datang sini balik ya. Boleh Orked?" Lembut suara ibu Adi menutur kata. Wajah Orked diusap. Dia seakan tahu penyebab Orked jadi begini.

"Eh ibu. Jangan risau. Orked okey. Ini majlis ibu kan. Ibu patut layan tetamu. Pandai pandai lah Orked bawa diri ya. Ibu jangan risau." Ujar Orked. Serba salah menguasai diri. Dia rasa jadi beban pula.

"Ibu keluar dulu ya. Ada apa apa, cari ibu di luar." Pesan ibu Adi. Hati jadi tidak enak bila tinggal Al Ryan dan Orked disini. Walaupun ada orang lain tapi dia tetap rasa kelainan.

Orked mengangguk. Mata pula mengekor langkah ibu Adi. Dia jadi bingung untuk berhadapan dengan Al Ryan dalam keadaan sekarang. Pandangan mata jatuh pada lantai.

"Lantai lagi menarik dari I." Al Ryan buka mulut. Wajah itu nampak dingin. Mungkin tak senang dia turut ada disini.
Mungkin juga Orked masih marah pada dirinya.

Orked tidak endah ayat Al Ryan. Dia melangkah untuk keluar. Tak baik pula jika dia lama di rumah ini. Dia tetamu bukan tuan rumah. Sepatutnya dia berada diluar bersama tetamu lain.

Lengan Orked ditarik perlahan. Malam ini dia tidak boleh melihat Orked berkelakuan seperti ini. Dia jadi nanar dan tertanya tanya. Jantung terasa mahu pecah.

"Kenapa you mengelak I?" Soal Al Ryan ingin tahu.

Tangan Al Ryan ditepis kuat. Mata tajam merenung lelaki itu. Bibir mengetap menahan marah.

"Jangan bawak dunia barat awak ke sini Al Ryan! Jangan suka sentuh anak dara orang!" Keras suara Orked menutur kata.

"Sorry. Tapi you yang mulakan dulu."

Orked mengerut dahi.

"Mulakan dulu?" Ayat itu disoal.

"Kenapa you mengelak dari I Orked. Kan I dah minta maaf banyak kali."

Orked menarik nafas perlahan. Itu alasan pertama. Alasan kedua, mata dia tidak boleh melihat baju Melayu di badan Al Ryan. Dia jadi sesak nafas dan sayu.

"You nak I nak melutut ke supaya you boleh maafkan I?" Tanya Al Ryan. Pandangan mata itu berharap agar Orked menerima permintaan maaf dia.

"Jangan merepek boleh tak encik? Saya datang sini bukan nak dengar repekan encik. Saya datang nak raikan majlis ibu Adi. Kita buat buat tak kenal je lah ya." Ujar Orked. Pandangan mata beralih ke luar pintu. Sungguh, dia seakan tenat melihat Al Ryan malam ini.

Baju Melayu itu untuk dipakai pada tarikh pernikahan mereka bukan hari ini. Warna putih permintaan dari Al Ryan. Hari yang hampir tiba tapi musnah disebabkan satu peristiwa.

"Kuatkan semangat Orked." Bisik hatinya pada diri sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience