Bab 6

Romance Series 30273

Hari ini, kalah lagi dengan diri sendiri. Setiap langkah Al Ryan. Orked memerhati dan terus terleka dalam dunia sendiri. Selama 3 bulan dia cuba sekat perasaan sendiri malangnya dia kalah. Hanya 2 hari sahaja dia tewas.
Dia letak tangan pada dada. Kadaran jantung berubah laju. Hati pula terasa sakit. Orked pejam mata. Tangan digengam. Dia cuba kumpul kekuatan.

"Orked. Kau kena kuat." Orked beri semangat pada diri sendiri.

"Orked." Tegur Al Ryan.

Orked mengeluh dalam hati. Disaat dia cuba kumpul kekuatan. Dia datang secara tiba-tiba.

"Orked. Kenapa pejam mata?" Soal Al Ryan hairan. Sebentar tadi, dia melihat gelagat Orked yang sekejap mengeluh dan sekejap tersenyum.

"Oh encik. Maaf. Tengah cari ilham ni."Balas Orked. Mata dibuka dan wajah Al Ryan ada di depan mata. Mata segera dialihkan ke meja.

Al Ryan perasan dengan tingkah Orked. Semalam dan hari ini Orked sebolehnya mahu mengelak dari bertentang mata.

"Macam mana you jadi team marketing. Tengok wajah orang pun you mengelak."

"Ehhh."

"Tak sopan buat macam tu Orked."

Orked kurang mengerti apa yang disampai oleh Al Ryan. Pagi pagi macam ini dah kena ceramah. Rasanya dia tiada salah. Setakat beralih mata itu biasa. Tak akan 24 jam dia nak menatap wajah Al Ryan.

"Encik nak apa sebenarnya?" Soal Orked.

Al Ryan senyum lebar dengar jawapan Orked.

"Jom teman I keluar."

"Keluar? Saya ni pekerja bawahan encik. Bukan bos macam encik. Boleh suka hati nak keluar waktu pejabat."

"Hmmm. You teman bos. Bukan mengular. Just jadi driver I please. Kan semalam I dah cerita I tak berapa ingat jalan."

Orked melirik sekilas pada Al Ryan. Punyalah banyak staff lain dalam pejabat. Dia juga yang kena kacau. Tak boleh jadi! Nanti dia pula yang kena buang kerja.

"Tak ada. Tak ada. Saya banyak kerja. Lagi pun tu bukan scope kerja saya. Saya tak bayar jadi pemandu encik."

"Alright. I double gaji you bulan ni. You boleh teman kan I." Balas Al Ryan tak mengalah. Masih berharap yang Orked sudi teman dirinya.

"Tak nak! Saya banyak kerja nak buat. Encik boleh cari driver kalau nak. Tak pun minta tolong dengan tunang kesayangan encik tu." Ujar Orked.

"I malas nak susahkan dia."

"Upah driver lah encik." Cadang Orked.

"Tak nak. Bazir duit." Al Ryan beri alasan.

"Bayar saya double tak bazir duit pula." Sinis Orked balas bersama senyuman.

"You tak apa. You memang pekerja company ni."

Terngaga Orked dengar alasan tak munasabah Al Ryan. Dia mengangkat wajah dan mata mereka bertembung. Orked mengecilkan mata. Al Ryan pula tersenyum lebar. Dia tahu Orked sudah menyampah dengan dirinya. Akan tetapi ini satu satunya jalan untuk dia rapat dengan Orked.

"Aihhh. Dah dah lah. Jangan kacau saya nak buat kerja. Tergendala kerja. Bos pula bising." Halau Orked. Makin dilayan makin menjadi jadi perangai Al Ryan. Dia juga yang susah nanti.

"Please Orked. I dah tak tahu nak minta tolong siapa."

Wajah bertukar muram. Berharap Orked akan simpati padanya.

Akhirnya, Orked terperdaya dengan Al Ryan. Dia tak sampai hati melihat Al Ryan merayu padanya. Ini mungkin kali pertama dan kali terakhir dia jadi pemandu Al Ryan.

"Belok kiri." Al Ryan beri arahan.

"Encik ni sengaja berpura pura tak tahu?" Soal Orked sini. Mata menjeling Al Ryan di sisi. Streng kereta digengam kuat menahan sabar.

Al Ryan berdehem perlahan.

"Betul lah tu kan." Ujar Orked dengan suara menekan. Mata kembali fokus pada depan.

Sebelum ini belum pernah lagi dia memandu kereta kesayangan Al Ryan. Ini pertama kali dia memandu kereta audi R8. Kereta pertama Al Ryan yang dibeli hasil titik peluh sendiri. Orked rasa teruja pada masa yang sama dia kekok.

"Kanan."

Orked mendengus.

"Sorry. I tahu jalan rumah parent I je. Yang lain I ingat ingat lupa."

Sekali lagi Orked mendengus. Macam mana dia boleh tak perasan ini jalan menghala ke rumah puan Rahimah. Apa pula pandangan puan Rahimah bila nampak dia yang duduk di tempat pemandu.

Orked tak mahu kehilangan kerja lagi. Banyak perkara yang belum dia selesaikan.

"Maksud simpang empat. Belok kiri."

"Berapa banyak belok ni?" Soal Orked bengang. Hati sudah runsing dengan penerimaan puan Rahimah.

"Don't worry. Mama okey je tu. Hari tu mama dingin mungkin sebab saya tak sihat."

Kepala hotak kau! Orked menyumpah dalam hati. Al Ryan buat andaian yang mengarut. Kalaulah dia tahu perkara sebenar.

"Tak selesa. Awak berhenti luar pagar." Ujar Al Ryan. Dia menoleh ke sisi melihat wajah tegang Orked.

"Sorry." Ucap Al Ryan.

"Dah sampai." Ujar Orked.

"Thank you. Tak sangka you berhenti tepat depan rumah I."

Rasa tak bernafas sekarang ini. Kenapa dia tidak berpura pura sahaja tak mengetahui rumah Al Ryan? Rumah besar yang ada kenangan baginya. Dilayan elok oleh mama Al Ryan dan akhirnya dilayan seperti pengemis. Jika ingat kembali kenangan lalu. Dadanya terasa sesak.

"You pernah datang rumah I?"

"Memanglah pernah. Encik ni kan banyak songeh. Itu tak kena. Ini tak kena. Nak datang bersembah baru sign surat. Itu pun tak nak juga. Hampir seminggu merayu baru lepas." Bebel Orked spontan.

"Okey stop stop bebel. I tanya je. Jangan buka aib I yang lepas tu."

"Huh."

"Okey I nak minta maaf kalau dulu I annoying."

Tahu tak apa! Lontaran suara hanya mampu di lepas dalam hati. Risau dengan mulut lancang melepas kata kata. Boleh jadi panjang cerita.

Dari dalam kereta. Orked sudah nampak wajah masam mencuka wajah puan Rahimah. Mata itu merenung tajam ke arah kereta seolah olah dapat tembus cermin hitam.

"Jom singgah dulu rumah I. Mama I tak makan orang. Setakat masam tu biasa lah kan orang tua hampir nak monopos. Ada sahaja perangai tak betul."

Hampir ternganga Orked dengar ujaran Al Ryan. Al Ryan kutuk puan Rahimah! Kalaulah orang tua itu dengar sudah tentu dia dipersalahkan.

"Mama I tahu you yang drive kereta I."

"Haaaa."

Al Ryan hanya tersengih melihat riak wajah Orked. Comel!

"Tak apa lah encik. Saya tunggu dalam kereta ni je la."

"Keluarlah. Sekurang kurangnya you sapa dia. Apa pula kata dia nanti. Dia pun dah tahu you ada sekali."

Orked hulurkan tangan untuk bersalam tetapi puan Rahimah tidak sambut. Mulutnya muncung dan mata pandang ke arah lain.

"Mama." Tegur Al Ryan lembut. Dia agak malu dengan Orked bila puan Rahimah buat perangai tak semengah. Sudahlah tadi dia mengajak Orked untuk menyapa mama.

"Aku tak salam dengan orang sebarangan."

"Mama!" Suara Al Ryan sedikit keras. Tidak suka puan Rahimah perlakukan Orked sebegitu. Suka atau tidak, Orked itu tetamu dalam rumah ini.

"Whattttt?" Soal puan Rahimah kasar. Mata membulat pandang Al Ryan. Marah bila Al Ryan minta dia layan Orked dengan baik.

"Encik. Saya tunggu dalam kereta je la ya." Pinta Orked. Orked tidak sanggup untuk menghadap situasi tegang ini.

"Ok baiklah. Tunggu I dalam kereta tu. I nak ambil dokumen sekejap."

Orked mengangguk faham. Kaki yang mahu melangkah terhenti.

"Kau memang nak aku buang kau dari kerja?" Soal puan Rahimah garang. Mata merenung Orked seperti hendak terkam mangsa.

"Apa maksud puan?" Soal Orked kembali.

"Jangan pura pura bodoh Orked! Aku dah kata kan kau kena jauhkan diri dari Al Ryan! Tapi apa kau buat sekarang? Kau makin rapat dengan dia. Dasar perempuan licik!"

Orked mengengam tangan kiri dan kanan untuk kumpul kekuatan. Dia tahu dia boleh menjawab. Puan Rahimah tak boleh sesuka hati injak maruah dia.

"Puan bagitahu dalam company tu jangan dekati Al Ryan dan jangan cerita pasal hubungan kami dulu kecuali saya. Saya tak tahu puan. Orang lain sampaikan pada saya. Maksudnya puan tak kisah kami akan jadi rapat seperti dulu." Balas Orked berani. Mata bertentang dengan puan Orked dengan yakin. Dia tidak takut. Hari ini bukan dia menghampiri Al Ryan tetapi Al Ryan sendiri yang datang. Merayu dan pujuk dia untuk teman dia keluar.

Puan Rahimah terkedu.

"Jangan salahkan saya. Tanya sendiri Al Ryan siapa cari siapa. Saya hanya pkerja yang jalankan tugas sahaja." Ujar Orked.

"Alah alasan kau saja tu. Kau tu perempuan licik."

"Puan lagi licik." Perli Orked.

"Kau kannn."

Jari telunjuk dituju pada Orked dan dijatuhkan kembali. Suara Al Ryan meluang nama puan Rahimah dari dalam rumah.

"Maafkan saya puan. Bukan salah saya tapi Al Ryan cari saya. Puan patut halang dia." Ucap Orked.

Seusai berkata, dia terus melangkah laju ke arah kereta. Hatinya terasa berkecai. Dia dan Al Ryan tidak mungkin berjodoh kembali. Puan Rahimah juga bencikan dia. Tanpa restu orang tua siapalah dia

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience