Bab 18

Romance Series 30270

Cantik." Puji Al Ryan seakan berbisik bila mata melirik ke arah Orked.

"Encik Ryan nak kutuk saya lah kan? Kan saya kata jangan suruh saya tengok waze lagi!" Bebel Orked. Iphone dihempaskan pada paha kanan. Geram! Dia asyik bagi jalan menyimpang. 200 meter lagi?Mana dia tahu nak anggarkan macam mana. Dah tersalah masuk arah.

"Macam mana kerja marketing. Anggaran meter pun you tak pandai."

"Saya ni kerja marketing bukan tukang ukur jalan encik Ryan!" Makin panas hati bila Al Ryan beri sindiran. Mata menjeling sekilas pada Al Ryan. Wajah itu nampak tenang sahaja.

"Tak akan lah encik Al Ryan langsung tak ingat jalan nak pergi ke company tu?" Soal Orked. Mata melirik pada jam di tangan. Tepat jam 11 pagi. Mesyuarat bermula 11.30 pagi. Ada lagi setengah jam.

"I kan hilang ingatan."

"Encik Ryan ni bukan hilang ingatan bangun bangun macam jadi baby balik. Setakat beberapa tahun je pun." Ujar Orked geram.

"You ni cuba bawa bertenang. Tak lari mana company tu."

"Company tak lari. Orang yang nak meeting dengan kita tu lari." Balas Orked geram. Mata melirik lagi pada jam. 10 minit dah berlalu.

Al Ryan mengukir senyuman. Dia lega bila Orked bebel. Tiada lagi kedinginan yang wujud antara mereka. Dia sengaja mencipta alasan yang dia tidak tahu jalan walhal syarikat itu milik sahabat baiknya. Dia sering berkunjung ke situ. Dia cuma mahu dekat dengan Orked sahaja.

Orked merengus geram. Dia tidak lagi melihat waze. Biar Al Ryan yang cari jalan sendiri.

"Rilek Orked. Company tu kawan I punya. Apa apa hal I bagitahu je dia nanti. "

"Senang jadi orang kaya. Yang susah dimudahkan." Ujar Orked. Mata pandang ke luar tingkap. pandang jalan raya lebih baik dari pandang wajah Al Ryan.

"Jangan marah nanti kena jual."

"Elok saya jual encik Ryan je!" Bidas Orked. Orang tengah panas hati, boleh pula dia buat lawak.

Mengekek Al Ryan dengar balasan Orked. Marah sangat ni! Sampai bergurau pun tak boleh.

****

Berkerut dahi Khairul dengar cerita Orked. Mustahil Al Ryan boleh sesat walhal baru semalam Al Ryan datang ke sini. Bila fikir balik, dia senyum sendirian.

"Kenapa encik senyum? Saya buat lawak ke? " Soal Orked hairan. Rasanya dalam cerita dia tiada unsur lawak.

Khairul terangguk-angguk bersama senyuman.

"Bos awak tu teruk betul ya lepas hilang ingatan. Macam biul apa pun ada!" Kutuk Khairul. Mata pandang sekilas pada Al Ryan. Sengaja dia berkata begitu!

"Aku dengar." Ujar Al Ryan.

"Ryan! Tempoh kau ingat tahun bila? Macam lama sangat kau lupa tu."

"2021."

"Bulan?"

"Feb kot. Soal aku dah macam doktor pula."

Khairul tersenyum lebar. Maknanya bulan februari 2021, Al Ryan dalam tempoh patah hati.

"Tarikh tak ingat? " Soal Khairul sekali lagi. Dia mahu selidik sama ada ingatan Al Ryan sebelum putus tunang atau selepas. Pertengahan bulan Februari secara rasmi Al Ryan putus.

Orked diam sahaja dan dengar percakapan mereka.

"Nak cakap soal aku atau soal kerja ni? "

"Alah soal hidup kau pun boleh. Aku nampak kau biul sangat sekarang. Nasib baik kau ingat aku dengan tunang kau tu. Tak patah hati tunang kau tu."

"Hmmm"

"Ini proposal yang encik Khairul minta tu." Orked matikan perbualan mereka. Tak sampai hati nak dengar cerita selanjutnya. Risau hati sendiri yang makin sakit.

"Ohhh. You cadangkan masuk kat tiktok tu ke?"

"Ya."

"Guna influencer? "

"Tak. Kita cari content creator yang boleh buat video. Kat situ boleh promosi produk dan juga bengkel."

"Wow. Cadangan yang bagus."

"I baca dulu proposal ni. Nanti I email lah untuk maklum balas. "

"Okey baik. Kalau boleh lagi cepat lagi bagus. Kita tak ketinggalan ke belakang. Lagi pun, pesaing kita ramai yang dah ke arah media sosial seperti platform tiktok. Kat situ kita boleh bagi awareness sekali."

"Okey I faham."

"Sepatutnya kita dah mula dari awal. Kita agak terlambat sikit."

"Nak buat macam mana. Bos awak tahun lepas hilang ingatan. Apa apa proposal kena minta approve dari dia juga kan."

Orked mengangguk bersama senyuman. Tahun lepas, masa Al Ryan tiada. Syarikat agak goyah sedikit. Banyak benda terpaksa tangguh. Bila Al Ryan sihat dan masuk ke pejabat. Dia bekerja keras untuk kembalikan seperti sedia kala.

"Nanti I nak buat Billboard lah Orked. Model tu I. Kacak pun kacak." Seloroh Khairul.

"Boleh juga." Balas Orked bersama sengihan.

Al Ryan menjuih. Geli tengok wajah Khairul yang bangga dengan diri sendiri.

"Kau tak jelous kan Ryan?"

"Setakat billboard tu apa lah sangat! Bukan tahap International pun! " Ujar Al Ryan bersama perlian.

"Orked jom date dengan I petang ni."

"Hah." Orked terkejut dengan ajakan Khairul. Dia teragak agak untuk jawab.

"Dia datang dengan aku. Balik pun cara sama." Pantas Al Ryan jawab.

"Waktu pejabat dah habis. Kau tak ada hak nak halang dia pergi mana."

"Balik kerja pukul 5 petang encik Khairul." Balas Al Ryan. Sekarang dia jadi tak tenang!

"Tapi ni Sabtu. 1 petang dah boleh balik encik Ryan." Jawab Orked.

"No! Hari ini you kena kerja lebih masa." Ujar Al Ryan.

Khairul pula senyum senget. Dia tahu Al Ryan cemberu. Lelaki ini sekadar hilang ingatan tetapi hati masih ada lagi pada Orked.

"Tak boleh! Hari ini kerja pukul 1 petang je. Saya nak balik. Lagi pun dah tak ada kerja nak buat." Jawab Orked. Suka hati si Al Ryan nak bagi dia kerja lebih masa. Dia penat, dia nak rehat hari ini. Minggu ini sahaja dia sering pulang lewat malam nak siapkan kerja.

"Youuu tu ada je benda nak jawab kan."

Orked berpeluk tubuh. Dia merengus. Sekilas jelingan dia berikan. Riak wajah bertukar masam. Dia tak kisah walaupun apa yang terjadi. Dia tetap nak balik!

"Saya nak balik. Saya boleh naik grab. Encik kerja lah lebih masa hari ini. Saya tak nak! Saya penat! Saya perlukan rehat. Saya ni bukan robot!" Ujar Orked tegas.

"I boleh hantar you Orked. Tak payah bazir duit nak naik grab." Balas Khairul.

"Tak payah! Saya ada duit nak naik grab. Encik berdua ni kerja lah lebih masa!"

Orked angkat punggung dan melangkah keluar bilik pejabat Khairul. Dia malas nak layan karenah 2 lelaki ini. Lebih baik dia naik e-hailing berbanding balik bersama mereka.

"Orked balik dengan I."

"Tak nak!" Langkah dipercepatkan. jari jemari sibuk membuka applikasi untuk menempah kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience