Setiap langkah Al Ryan dan Orked diperhatikan oleh mata tajam seseorang. Dia tahu pandangan mata cemburu itu. Adi cemburu bila melihat dia dan Orked jalan bersama. Bukankah mereka berdua kawan baik dari zaman sekolah lagi? Tak ada yang mustahil jika salah seorang jatuh cinta.
"Kenapa Adi renung I macam nak terkam?" Tanya Al Ryan pada Orked.
"Badmood kot." Balas Orked. Dia tahu maksud pandangan mata Adi. Kalau nak marah pada Al Ryan pun. Jangan tunjuk secara terangan. Al Ryan tidak bersalah dalam hal ini.
"Dia cemburu I dengan you."
Orked ketawa kecil.
"Why?"
"Cemburu apa encik?" Soal Orked kembali.
"Dia suka you. I dengar orang cakap you berdua bff." Ujar Al Ryan.
"Dah tu kenapa encik cakap dia suka saya. Nama pun bff."
"Perempuan dengan lelaki tiada istilah kawan baik. Salah sorang akan jatuh cinta."
Terhambur gelak besar Orked. Meja kerja ditepuk tepuk. Geli hati dengar ujaran Al Ryan. Orked tidak mengendahkan Al Ryan yang sedang memerhati kelakuan tak senonoh dia. Dia menarik nafas panjang untuk hentikan sisa ketawa. Air mata diseka.
"Kelakar sangat sampai ketawa pun keluar air mata."
Orked mengangguk berkali kali. Walaupun, Adi buang tabiat mengajak dia berkahwin tempoh hari. Akan tetapi dia dan Adi tidak saling mencintai. Masing masing ada hati terluka yang sedang berusaha untuk sembuh.
"Bagaimana kalau Adi ajak you kahwin secara tiba tiba?"
Pertanyaan Al Ryan membuatkan mulut Orked terkunci. Dia teringat ajakan Adi. Tak mungkin! Bukan sebab itu tapi disebabkan mahu memulihkan hatinya.
"Diam je tu. Mesti ada kan."
"Hish. Karut. Tak nak saya kena parang dengan kekasih hati Adi tu." Orked menipu untuk menyelamatkan diri. Dia jadi tak keruan bila Al Ryan akan terus terusan meneka.
"Hati manusia boleh berubah." Ujar Al Ryan.
Ya. Benar kata Al Ryan. Hati manusia boleh berubah. Hari ini sayang, esok sudah tidak sayang. Pantai boleh berubah apatah lagi hati manusia. Hati manusia terlalu rapuh untuk dijaga. Hanya manusia yang mahal saja mampu menjaga.
"Sayangggg."
Meleret suara itu menyebut nama Al Ryan. Lana berjalan lenggang lenggok. Bunyi tapak kasut tinggi 4 inci.
Ktak... Ktak...
Lana tersenyum melihat Al Ryan. Rindunya pada pada lelaki ini. Semenjak Al Ryan keluar dari hospital. Dia jarang meluang masa bersama Al Ryan. Al Ryan pula banyak habiskan masa di pejabat. Dia jadi risau bila mengingatkan Orked turut berada bersama disini.
"Eh you pun ada. Amboi makin dekat dengan Al Ryan." Ujar Lana sinis. Mata menjeling pada Orked. Tidak suka perempuan itu dekat dengan Al Ryan. Dia risau Al Ryan akan kembali pada Orked.
"You nak apa Lana?"
"Nak you la." Lana ketawa gedik. Bahu Al Ryan ditampar manja. Dia mahu Orked sedar diri bahawa bukan dia lagi di samping Al Ryan. Tapi Lana Alina.
"Lunch hour dah habis Lana."
"Tak apa. Hmmm. I saja nak datang. Nak tengok office bakal husband I ni. Tak salah kan."
Al Ryan mendengus marah. Malu bila Orked melihat perangai tak semengah Lana. Atas bawah Al Ryan melihat pakaian Lana. Menyakitkan mata! Tak sesuai untuk dilihat umum. Menjolok mata. Berpakaian tapi seperti telanjang.
"You suka kan I pakai macam ni."
"Nak pergi disko petang hari?" Soal Al Ryan sinis. Dia tak tergoda dengan pakaian seksi Lana.
Mata Orked fokus pada skrin komputer riba. Pada masa yang sama, dia memasang telinga dengar perbualan Al Ryan dan Lana. Berbulu telinga dia dengar suara manja yang dibuat buat. Jari jemari pula bermain dengan papan kekunci.
"Apa you ni." Bentak Lana.
"Tak betul I cakap?"
"Dulu you suka I seksi macam ni kan. You yang suruh I pakai buka macam ni. You kata you bangga dengan badan I." Balas Lana. Dia senyum sinis. Biar Orked tahu perangai Al Ryan sebelum ini.
Terbeliak mata Orked dengar ayat Lana. Dasar lelaki gatal Al Ryan. Setahunya, sebelum mereka bercinta. Al Ryan memang lelaki seperti itu. Suka perempuan seksi dan tidak bertudung. Entah bagaimana Al Ryan boleh jatuh cinta pada dia yang bertudung. Dia sendiri tidak tahu. Mungkin berubah selera.
"Dah tunang. I suruh tutup. You tak nak! Sibuk juga tayang! Sekarang you buka aib I itu ini. Walaupun I ni suka perempuan seksi. I tak pernah cakap macam tu pada you. Jangan buat ceritalah Lana Alina." Marah Al Ryan.
"Eh you nak pertahankan diri you bagi nampak I salah ke?" Sindir Lana. Memang Al Ryan minta dia pakai pakaian yang sopan setelah bertunang. Akan tetapi dia tak nak. Dia lebih selesa dengan pakaian seksi. Dia suka lelaki lain akan melirik mata pandang ke arahnya. Dia bangga memiliki badan seperti model dan tinggi yang bersesuaian.
Wah! Makin panas keadaan sekarang. Saling bertelingkah lidah. Saling tak nak kalah dan nak menang. Tak sesuai sebagai pasangan kekasih. Nikah boleh jadi cerai berai. Melihat situasi sekarang, Orked dapat meneka yang mereka saling tak berbahagia.
"You lupa Lana? Rahsia you dalam genggaman I."
Wajah Lana berubah.
"Jangan cari masalah dengan I Lana. I tak nak gaduh dengan you. Ingat ya. Kita sambung disebabkan MAMA! Bukan I" Al Ryan menekan perkataan mama. Dia tidak rela sebenarnya. Hati dia sakit dengan keputusan puan Rahimah.
Orang bergaduh di hadapan. Orked masih buat kerja seperti biasa. Sekurang kurangnya dia tahu kisah sebenar. Al Ryan dah tak ada hati pada Lana! Al Ryan terpaksa tunang atas arahan puan Rahimah. Bukankah itu satu kelegaan baginya? Sebelum ini, dia pernah dengar benda yang sama di hospital. Tapi pada masa itu dia masih ragu lagi.
"You tak malu ke Orked? Orang bertekak. Tapi you statik je kat tempat duduk. You rasa bangga lah. Al Ryan tak cintakan I. You rasa dah menang ke hah?" Tanpa sedar ayat tak sepatutnya keluar dari mulut Lana. Mata terbuntang pandang Orked. Dia rasa kalah.
"Apa kena mengena Orked dalam hal kita?"
"Sebab dia ni...." Ayat tergantung. Lana dah sedar yang dia terlepas cakap.
"Ya lah. Dulu dia yang goda you." Lana menambah cerita yang tidak ada.
Al Ryan pula pandang Orked. Dia yakin Orked bukan perempuan seperti itu. Dia tahu Lana sengaja menambah cerita untuk mengelak diri.
Terkebil- kebil Orked kena fitnah. Kenapa nama dia pula jadi mangsa?
"Cik Lana sayangggg... Pertama, ini tempat I. Suka hati I nak duduk mana. You all yang bersalah bergaduh di tempat I. Kedua, sejak bila I goda encik Ryan ni? Ada bukti tak? Buktiiii mana? Orang cari rezeki halal. Fitnah kita pula. Hish." Ujar Orked panjang lebar. Kening kanan dinaik. Mulut senyum simpul. Mati kau Lana. Mana nak cari bukti? Bukti yang mengatakan Orked ini tunang Al Ryan itu ada.
Lana berdehem. Dia terlanjur kata. Sedikit lagi dia akan bongkar rahsia. Lana mengigit bibir.
"Balik Lana. I sakit kepala nak gaduh dengan you."
Lana hentak kaki. Sampai hati Al Ryan beri layanan buruk pada dia. Kaki melangkah perlahan membawa hati yang sakit. Dia tak akan mengalah. Dia pasti tawan hati Al Ryan.
Al Ryan menarik nafas panjang. Dia rasa lega. Mata melihat keadaan sekeliling. Hanya dia dan Orked sahaja yang ada. Jika staff yang lain ada sudah tentu cerita akan tersebar.
"Sorry. Gara gara I. You terheret sama."
Kegilaan apakah dia lakukan sekarang ini. Dia kentalkan hati untuk berada dalam situasi tegang. Ini semua kerana dia mahu jalan cerita Al Ryan dan Lana.
Orked tidak beri respon pada ujaran Al Ryan. Hatinya rasa sesuatu. Dia senang hati bila Al Ryan tidak cintakan Lana. Ini bermakna, dalam hati Al Ryan masih ada lagi nama dia. Tidak mengapa, Al Ryan tidak ingat dirinya. Dia akan menunggu detik itu. Detik yang Al Ryan akan mengenali dirinya suatu hari nanti.
Orked tidak beri respon pada ujaran Al Ryan. Hatinya rasa sesuatu. Dia senang hati bila Al Ryan tidak cintakan Lana. Ini bermakna, dalam hati Al Ryan masih ada lagi nama dia. Tidak mengapa, Al Ryan tidak ingat dirinya. Dia akan menunggu detik itu. Detik yang Al Ryan akan mengenali dirinya suatu hari nanti.
Share this novel