"You tak perlu tipu I orked."
"Tipu apa pulak ni." Balas Orked. Dia mengaru garu kepala yang beralas tudung. Ayat sambungan mati begitu sahaja bila dengar repekan Al Ryan. Laporan nak hantar sebelum waktu makan tengahari tetapi ada pula pengacau. Haih! Apa pula dia puas hati kali ini. Nak tipu apa agaknya? Otak dan mulut dah penat asyik menipu.
"You curang tapi sebenarnya tak."
"Alahhh encik Ryan ni. Sibuk pula dia nak tahu hidup orang. Tahu tak! Saya ni nak hantar report kat deparment sale tu. Hish." Rungut Orked. Dia cuba berdalih supaya ayat itu terhenti tetapi sebenarnya tidak.
"Tak payah you burukkan diri. Tu bukan salah you."
"Bukan salah saya?"
Al Ryan mengangguk walaupun anggukan itu tidak dilihat oleh Orked. Firasat dia benar. Orked perempuan baik. Tak mungkin gadis ini tergamak kecewakan hati insan lain.
"Lantaklah salah siapa. Saya tak nak tahu! Saya nak siapkan report. Encik Al Ryan tu tak apa. Bos kan. Kalau mengular pun siapa nak marah." Perli Orked. Tangan pantas menaip perkataan. Wajah langsung tak pandang Al Ryan. Biar lelaki ini rasa tersisih dan pergi. Pukul 9 pagi dah datang menyibuk. Tanya itu ini.
"Kenapa you teringin nak mengular? I boleh je bagi" Ujar Al Ryan. Mata masih menatap wajah cantik itu. Tidak jemu. Makin lama dipandang, hati dia terasa bergelojak. Perasaan apa sebenarnya ini? Adakah perasaan jatuh cinta? Tak mungkin. Dia masih terluka dengan perbuatan Lana.
Meletus ketawa Orked. Semenjak kemalangan, otak Al Ryan jadi tak betul sikit. Dia kenal perangai Al Ryan dulu. Dia pantang melihat orang curi tulang ketika kerja. Dia sendiri pernah dimarahi ketika jadi tunang Al Ryan. Dia bukan curi tulang pun sekadar berborak sekejap dengan staff lain tapi telinga dia panas dengar ucapan Al Ryan.
"Funny?"
Orked menutup mulut dan menganguk angguk. Betullah otak dia macam putus wayar. Sekarang, dia melihat lelaki ini sopan santun dan tiada keras. Staff yang lain pun boleh bertegur sapa. Jika dulu wajah itu susah menayang senyuman.
"Apa yang kelakar?"
"Encik Ryan dah banyak berubah."
"Oh really?" Teruja dia dengar ayat itu. Berubah dari segi apa? Baik atau sisi jahat?
"Ya. Encik tak macam dulu. Kalau dulu dengar perkataan mengular. Mulut encik berbisa."
Ralit Al Ryan melihat wajah itu senyuman. Manisnya macam gula. Segar pagi ini dia melihat wajah Orked.
"Pantai boleh berubah apatah lagi saya sebagai manusia kan."
"Kalau encik dah ingat balik. Encik masih kekal begini atau berubah yang dulu?"
Mati senyuman Al Ryan. Dia berfikir sejenak.
Orked angkat wajah dan mata mereka saling bertatapan. Masing masing membisu. Hanya mata saling bicara.
"Ikut situasi kot." Balas Al Ryan. Mata beralih ke arah tingkap melihat pemandangan pagi.
"Boleh pulak dia kot kot." Ngomel Orked. Jari jemari menaip papan kekunci.
"Apa yang berubah tentang saya?"
"Encik Ryan lebih suka senyum. Dulu muka serious je sepanjang kerja. Nak sapa pekerja pun susah. Sekarang lain cara encik Ryan. Lebih mesra gitu." Ujar Orked sambil tersenyum. Suasana kerja pun jadi lebih ceria.
"You suka I jadi macam ni?"
"Haah semua pekerja dalam office ni suka encik berubah lebih baik." Orked beri jawapan yang lebih selamat. Dia sendiri tidak ada jawapan. Bekerja dalam kepura puraan penat sebenarnya. Berduaan dengan Al Ryan membuatkan hatinya jadi lemah tetapi dia harus kuat.
"You tak suka?" Soal Al Ryan.
Orked mengangguk. Mata tertumpu pada skrin komputer tetapi otak kosong.
"Esok ada kenduri selamat rumah saya. Jemput datang. Selepas isyak pun boleh datang. Ajak family you sekali. Tak elok malam malam you sorang je datang."
"Tak apa. Saya dengan Adi boleh datang bersama."
Al Ryan menganguk. Sebenarnya dia banyak pertanyaan tetapi mata staff lain asyik melihat mereka. Dia jadi kurang selesa. Dia tak nak Orked dipandang serong. Cukuplah Lana sahaja yang kata Orked suka mengoda. Itu pun cukup panaskan hati dia apatah lagi keluar dari mulut orang lain.
"Jangan lupa datang. Ajak lah family you sekali. I rasa Adi datang dengan ibu dia tu." Al Ryan tinggal pesanan sekali lagi sebelum kaki melangkah.
Orked menghembus nafas. Rasa sesak nafas ketika ini. Sikap ambil berat dia tu menjadikan dia lemah dan merasakan lelaki itu masih miliknya. Hakikatnya, hubungan mereka sudah berakhir. Al Ryan tidak kenal dia lagi.
******
Tersenyum lebar ibu Adi melihat susuk tubuh Orked. Tubuh itu dipeluk erat lalu pipi Orked dikucup kiri dan kanan. Rindu dia pada gadis ini. Kali terakhir dia berjumpa dengan Orked adalah sebulan yang lalu. Saat itu suasana tegang antara Adi dan Al Ryan. Untuk mengelak dari ketegangan, dia sendiri menyuruh pemandu yang menghantar pulang Orked.
"Orked ada bawa bubur kacang durian. Boleh cicah dengan roti." Ujar Orked. Plastik dihulurkan pada ibu Adi.
Ibu Adi ketawa kecil. Roti keping pun Orked bawa sekali.
"Roti ni ibu boleh beli sendiri. Kenap susah Orked beli kan?" Tanya Ibu Adi. Lengan Orked ditepuk manja.
"Ala ibu. Alang alang kan. Orked bawa lah semua. Senang ibu nak makan terus."
Ibu Adi senyum lebar. Jari jemari Orked digengam erat dan kaki melangkah ke arah dapur. Orked pula hanya ikut sahaja langkah kaki ibu Adi.
"Adi mana ibu? Tadi Orked hantar text dia tak balas. Nasib baik Orked datang ni. Ibu ada."
"Pagi hujung minggu ni. Dia pergi gym lah tu. Nak bina otot konon."
Sampai sahaja di dapur, ibu Adi buka tudung saji. Plastik yang ada bekas makanan diletak tepi.
Dia buka tamos berwarna biru. Semerbak bau durian. Kecur air liur.
"Panas lagi ni. Bila buat?"
"Lepas subuh tadi ibu. Kebetulan ada durian dari kampung. Tu Orked buat terus."
"Durian belakang rumah nenek?"
"Ya ibu."
"Banyak?"
"Ada dalam 6 pokok. Pokok tu kat bukit nak turun ke paya."
"Seronok ya duduk kampung. Boleh tanam macam macam."
Orked mengangguk sambil tersenyum. Ya! Dia suka suasana kampung. Buah buahan dan sayur senang dapat di kampung. Selepas pencen, dia akan ikut orang tuanya pulang ke kampung.
"Eh Orked." Tegur Adi bila masuk ke dalam dapur.
Tangan buka peti ais untuk cari air sejuk.
"Aku datang ni nak hantar bubur kacang. Tadi text kau. Kau tak balas." Ujar Orked tanpa pandang Adi.
Adi selamba sahaja masuk ke dapur dengan tidak berpakaian. Bukan dia tidak boleh patah balik tapi dia malas.
"Sorry. Aku pergi gym tadi. Silent phone tu tak dengar."
"Kamu ni Adi. Dari gym tadi memang bogel je ke badan tuuu? Nak tunjuk ketak kat siapa?" Bebel ibu Adi.
Adi senyum sumbing dengar bebelan ibu. Air masak sejuk diteguk rakus. Lega dapat minum air sejuk.
"Nak tayang pada Orked? Orked tak terliur pun." Sindir ibu Adi.
"Mana lah tauuu tengok badan ketak ketak ni. Orked jatuh cinta."
Ibu Adi mengangkat kening bila dengar ujaran Adi. Ada bau bau yang Adi suka Orked. Cara pandangan dan layanan Adi pada Orked agak istimewa. Dia belum pernah lagi melihat Adi melayan bekas kekasihnya dengan begitu. Dulu dia ingatkan Adi dan Orked akan jadi pasangan. Tapi sangkaan tidak tepat. Adi ada pasangan terlebih dahulu dan seterusnya Orked.
Orked mencebik bibir.
"Untunglah ibu kalau Orked jadi menantu. Ibu dah kenal family dia. Orked pun ibu dah kenal." Ujar ibu Adi sambil tersenyum. Dia tambah perisa sahaja apa yang Adi tuturkan.
Pipi Orked bertukar merah. Malu bila dengar ibu berkata begitu.
"Tapi sayang. Kita bukan siapa siapa ibu." Balas Adi seolah olah merajuk.
"Eiii kau ni. Diamlah Adi! Sengaja kan nak kenakan aku." Marah Orked.
Ibu Adi dan Adi hanya ketawa. Kata kata mereka itu bukan sekadar menyakat tapi ada makna. Mata anak beranak itu saling berbicara sesama sendiri.
Kenapa you teringin nak mengular? I boleh je bagi" Ujar Al Ryan. Mata masih menatap wajah cantik itu. Tidak jemu. Makin lama dipandang, hati dia terasa bergelojak. Perasaan apa sebenarnya ini? Adakah perasaan jatuh cinta? Tak mungkin. Dia masih terluka dengan perbuatan Lyana.
Share this novel