Bab 24

Romance Series 30273

Sebaik sahaja, dia selesai dengar cerita kisah dia dan Orked. Al Ryan terus memandu menuju ke rumah Orked. Dia sendiri tidak tahu kenapa.
Perasaan Al Ryan membuak buak ingin tahu kisah lalu tetapi dia tidak boleh terburu buru memaksa. Dia harus melawan perasaan. Dia harus tunggu masa yang sesuai atau ingatan kembali pulih. Mungkin dengan cara datang ke sini, dia boleh imbas kenangan itu sedikit demi sedikit.

Al Ryan sengaja memarkir kereta jauh dari rumah Orked. Matanya menangkap Orked dan Adi sedang bergelak ketawa di depan rumah. Dia mengeluh perlahan. Perasaan aneh mula menjalar. Cemburu? Entahlah dia sendiri tidak dapat tafsirkan. Dia bukan keliru cuma tidak menyangka Orked adalah bekas tunang yang hubungannya terputus tanpa pengetahuannya.

Pandangan Al Ryan terpaku pada dua figura itu. Mereka kelihatan rapat malahan nampak secocok. Al Ryan menggeleng kepala. Dia cuba memujuk diri.

"Mereka kawan baik saja," bisiknya dalam hati.

Namun, perasaan itu semakin mencengkam. Dia mula sedar, mungkin cemburu sudah mula hadir. Dia tidak boleh menerima istilah "kawan baik." Dalam fikirannya, lelaki dan perempuan tidak boleh sekadar berkawan baik sudah pasti salah seorang akan jatuh cinta. Tapi siapa? Adakah Adi?

Al Ryan membuka pintu kereta bersedia untuk melangkah ke arah mereka. Tapi langkahnya kaku. Jarinya terhenti di pintu. Dia menarik nafas dalam.

“Aku tak boleh pergi sekarang,” bisiknya, lebih kepada dirinya sendiri.

Dia menyandarkan tubuhnya ke tempat duduk. Dia pejamkan mata seketika untuk tenangkan hati. Kenapa dia harus rasa terganggu? Bukankah dia datang ke sini hanya untuk cuba mengimbas kenangan lalu. Bukan untuk mencampuri urusan hidup Orked sekarang.

Mata kembali tertumpu pada Orked dan Adi. Mereka berdua kelihatan selesa seperti tiada ruang untuk orang lain. Al Ryan menggenggam stereng keretanya. Perasaan itu semakin kuat. Bukan sekadar cemburu tetapi juga kehilangan.

Dia jadi tertanya - tanya. Adakah Orked sudah melupakan dirinya dan melepaskan masa lalu mereka bersama. Al Ryan tertanya-tanya lagi bagaimana rasanya jika ingatannya kembali. Adakah Orked akan kembali padanya atau terus melangkah ke masa hadapan tanpa menoleh ke arahnya lagi. Makin banyak persoalan yang bermain difikiran. Hatinya jadi sakit dengan persoalan yang tiada jawapan.

“Aku patut balik,” katanya perlahan. Tapi tangan tidak beralih untuk menghidupkan enjin kereta.

Selepas beberapa minit, dia memutuskan untuk pergi. Dia tidak mahu dilihat dan tidak mahu Orked tahu dia pernah ada di situ. Tetapi saat dia mula menggerakkan kereta. Tiba-tiba dia perasan Orked menoleh dan mata melirik ke arah keretanya.Jantung Al Ryan berdegup kencang. Adakah dia sedar kehadirannya? Dia pantas memalingkan wajah. Dia harus cepat beredar dari sini.

Suasana petang semakin redup. Langit mulai bertukar warna dari biru cerah menjadi jingga lembut. Matahari hampir tenggelam di ufuk barat mencipta bayang-bayang panjang di sepanjang jalan.

Al Ryan memandu perlahan. Perjalanan dari rumah Orked ke rumahnya mengambil masa kira-kira 1 jam tetapi waktu itu terasa lebih lama. Perasaan bercampur-baur mengiringi setiap kilometer yang dilalui.

Dia buka sedikit tingkap kereta. Dia mahu menghirup udara segar. Udara petang yang sejuk itu seolah-olah cuba menenangkan hati yang gelisah tetapi bayangan Orked dan Adi masih bermain di fikiran.

Dia teringat senyuman Orked ketika berbual dengan Adi. Senyuman yang pernah menjadi miliknya tetapi kini terasa begitu asing. Al Ryan mengetap bibir, cuba melawan rasa itu.

"Sabarlah dulu Ryan. Biar masa menentukan." Bisiknya perlahan. Mata fokus ke jalan raya.

Dia tidak mahu mengaku,tetapi jauh di sudut hati, ada rasa rindu yang sukar dia nafikan. Rindu pada kenangan yang dia sendiri tidak ingat. Rasa kehilangan yang dia rasa setelah bangkit dari koma rupanya wujud bukan sekadar ilusi.

Satu jam berlalu dalam keheningan. Setibanya di rumah, Al Ryan mematikan enjin kereta dan duduk sejenak. Dia menarik nafas panjang sebelum akhirnya melangkah masuk ke dalam rumah. Petang itu mungkin sudah berlalu, tetapi rasa yang membebaninya masih tinggal.

"Baru balik Ryan? Kan mama dah kata pergi jumpa Lana petang ni." Nada suara puan Rahimah tinggi. Mata tajam melihat wajah Al Ryan. Perangai Al Ryan makin melampau.

"Mama. Ryan penat. Nak naik atas dan solat."

"Kamu pergi mana hari ini?" Soal puan Rahimah.

"Ambil angin." Balas Al Ryan ringkas. Dia tiada mood untuk bercakap. Dia rasa penat hari ini. Dia mahu masuk rehat dan tidur. Tenangkan fikiran dan biarkan cerita dan bayangan tadi hilang sebentar.

"Susah ke nak tunaikan permintaan mama. Pergi jumpa Lana. Dating macam orang lain."

"Mamaaa."

"Susah sangat ke?" Soal puan Rahimah sambil bercekak pinggang.

"Mama tak boleh paksa Ryan." Balas Ryan ringkas. Kakinya sudah melangkah ke tangga pertama. Dia tak nak bertengkar dengan puan Rahimah malam ini.

"Dia tunang kamu. Bukan orang lain." Tinggi nada suara puan Rahimah.

Al Ryan senyum sinis. Geli telinga bila dengar perkataan "tunang." Lana itu bukan tunangan dia tapi bekas tunangan yang curang padanya.

"Mama yakin Lana tunang Al Ryan?" soalnya dengan kening terangkat. Nada suara berbaur sindiran yang sukar disembunyikan.

"Soalan apa kamu tanya ni Ryan!" bentak Puan Rahimah. Suaranya keras dan tajam, jelas menunjukkan kemarahan.

"Soalan Ryan mudah je mama."

"I tunang you lah." Lana menyampuk dari arah dapur, suaranya jelas memecah perbualan anak-beranak itu. Langkahnya tenang, seolah-olah kenyataan itu perkara biasa baginya.

Al Ryan ketawa kecil. Pelakon terbaik ada rupanya dirumah ini. Drama apa entah yang mereka nak jalankan pada waktu maghrib macam ni. Terlepas juga dia mahu solat.

"You tak baik tau. Ingkar arahan mama. Nanti masuk neraka. Syurga you bawah tapak kaki mama."

Al Ryan menoleh perlahan ke arah Lana.Wajahnya tenang tapi jelas dia tak suka dengan cara Lana bercakap.

"Oh, macam tu? Tapi I tak ingat pula you ni perfect sangat sampai boleh tentukan siapa masuk neraka." Balas Al Ryan sinis.

"Eh, tak adalah I cakap macam tu. I cuma risaukan you. Kalau you tak jaga hubungan dengan mama, apa guna semua kejayaan you sekarang?"

Al Ryan tersenyum sinis, menggeleng perlahan.
Dia rasa macam nak bagi anugerah pada Lana. Pelakon terbaik! Boleh berlakon 2 watak.

"Betul. Tapi rasanya nasihat tu lebih sesuai untuk you sendiri dulu sebelum bagi pada orang lain. You cermin diri Lana." Keras balasan dari Al Ryan.

Muka Lana cemberut. Dia rasa tersindir dengan ujaran Al Ryan. Dia pegang lengan puan Rahimah tanda mahu meminta tolong untuk berpihak padanya.

"Ryan. Kenapa cakap macam tu! Betul apa kata Lana ni. Kamu tu makin melampau sekarang." Ujar puan Rahimah keras.

Al Ryan mengeluh perlahan. Lemah bila puan Rahimah berpihak pada Lana. Sampai bilalah mereka akan bersekongkol. Dia penat nak hadap semua ini. Lakonan! Penipuan.

"Sampai bila mama?" Soal Al Ryan mendatar.

" Bila apa?" Soalan berbalas soalan. Dahi puan Rahimah berkerut menanti jawapan anak lelakinya.

"Sampai bila nak berpihak pada Lana? Ryan ni anak mama bukan perempuan ni." Luah Al Ryan. Jawapan bukan dari hatinya. Dia menahan dari terkeluar. Dia mahu simpan dulu dan melihat permainan mama dan Lana. Apa lagi yang mereka mahu lakukan.

"I bakal isteri you Ryan. Sebab tu mama berpihak pada I." Ujar Lana.

"Isteri?" Al Ryan mengulang dengan senyuman nipis disusuli gelakan kecil yang samar. Jari jemari merayap ke rambut, mengacak-acak helaian yang tersisir rapi. Bukan hanya rambut yang kusut fikiran pun sama kusut.

"Ryan." Panggil puan Rahimah lembut. Kerasan tak berjaya, dia akan cuba dengan kelembutan.

"Ryan penat. Ryan naik dulu." Pinta Al Ryan. Kaki melangkah ke anak tangga pertama tanpa menoleh ke arah mereka berdua. Dia perlukan ketenangan ketika ini. Cukuplah otaknya berserabut hari ini.

Lana merengek manja. Tidak puas hati dengan tindakan puan Rahimah yang melepaskan Al Ryan pergi.

"Sabarlah dulu. Sampai bila nak paksa Al Ryan. Lana tahu kan Al Ryan tak suka dipaksa." Pujuk puan Rahimah.

"Auntieee." Meleret suara Lana.

"Lana tak payah balik dulu. Solat dulu jemaah dengan auntie. Teman auntie solat." Puan Rahimah tukar topik. Dia malas sakit kepala dengan rengekan budak Lana.

"Errr auntie. Lana period tak habis lagi." Lana beri alasan bersama sengihan.

Puan Rahimah mengangguk dan berlalu ke atas meninggalkan Lana keseorangan. Dari 2 minggu lepas sampai ke hari ini. Datang bulan tak pernah habis. Tak tahulah apa nak jadi pada Lana. Kadang puan Rahimah terfikir. Betul ke jalan yang dia pilih untuk Al Ryan atau sengaja menempah maut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience