Orked melangkah menuju ke wad Al Ryan. Pagi tadi semangat berkobar kobar untuk berjumpa dengan Al Ryan. Entah kenapa bila tiba di perkarangan hospital sahaja. Dia jadi takut untuk berhadapan dengan Al Ryan. Dia paksa kaki untuk melangkah pantas. Akan tetapi jadi semakin perlahan. Hatinya juga terasa tidak enak seperti ada sesuatu yang bakal berlaku. Dia cepat beristighfar dalam hati.
"Kalau dia tak nak Orked. Tidak mengapalah. Itu bukan jodoh Orked."
Masih terngiang lagi di telinga pesanan ibu. Hanya ibu yang mengerti perasaan dia sekarang ini.
Kaki yang melangkah perlahan kian terhenti. Dia kaku di situ. Orked memerhati lelaki dan perempuan sedang bergurau senda di luar bilik wad. Oh mungkin ini hatinya tadi rasa tidak enak. Dihadapan mata dia, mereka bermesra. Dia cuba untuk senyum tetapi tidak boleh.
Orked hidup dalam kepuraan dulu! Nanti segalanya akan baik baik saja. Otak dan hati mula berperang sesama sendiri.
"Ryan." Luncur nama itu dari bibir. Orked mengukir senyuman palsu. Sakitnya hati bila melihat perempuan itu senyum sinis. Tangan Al Ryan di usap usap seperti sengaja menunjuk nunjuk.
Al Ryan dalam kebingungan. Perempuan semalam yang ziarah dia sewaktu dia sedar. Kenapa dia datang lagi hari ini? Mata jatuh pada tangan wanita itu. Terdapat mangkuk tingkat dan bungkusan plastik.
"Kau kenal aku?" Soal Al Ryan. Wajah Al Ryan tetap kacak walaupun tidak bermaya. Badan itu sudah susut sedikit. Tidak seperti dulu tegap.
"Ya saya kawan awak." Ujar aku bersama senyuman. Perkataan tunang yang ingin Orked ucap tidak terlepas dari mulut. Biarlah mungkin ini yang terbaik. Mungkin masa ini tidak sesuai untuk menuturkan perkataan "tunang."
"Semalam mama kata kau pekerja aku. Hari ini tiba tiba kau kata kawan. Mata satu betul?" Soal Al Ryan kasar. Mata pandang Orked atas dan bawah. Tidak mungkin dia ada kawan seperti ini.
Orked terkedu. Otak ligat berfikir cari alasan.
"Dia bukan kawan you. Pekerja je." Jawab Lana.
"Nama kau siapa?" Soal Al Ryan pada Orked.
"Orked."
"Orked? Nama kampung." Al Ryan gelak kecil.
"Nama bunga." Balas Orked.
"Ya aku tahu. Lagi pun aku tak ada kawan perempuan kampung macam kau." Lancang mulut Al Ryan mengeluar kata. Mulut berkata begitu tetapi hati berlainan. Dia ingin tahu siapa wanita ini yang ada bersama dari semalam. Siapa sebenarnya dia? Kenapa wajah itu menunduk muram?
Orked angguk faham. Sebelum mereka kenal dan bertunang. Sifat Al Ryan seperti ini angkuh dan berlagak. Dia tidak akan berkawan dengan orang sebarangan. Dulu dia dipandang sebelah mata. Perempuan kampung seperti dia bukan citarasa Al Ryan. Al Ryan berminat perempuan moden.
"Maaf saya tak sedar diri. Encik adalah majikan saya."
"Kau ni betul ke tak?" Soal Al Ryan geram. Mata mencerlung pandang aku. Lana bekas tunangnya mengusap perlahan dada Al Ryan. Pasangan yang secocok dan sesuai dari pandangan Orked. Boleh terbang sama tinggi.
"Boleh tak you jangan kelirukan dia." Marah Lana.
"Maaf saya pergi dulu." Orked minta diri. Tak sanggup berlama disini. Beberapa minit lagi air mata Orked akan tumpah.
"Aku rasa pernah nampak kau." Ujar Al Ryan.
"You ni pun kannnn. Dia tu pekerja you. Memanglah pernah nampak." Lana menyampuk. Takut benar dia jika ingatan Al Ryan kembali pulih.
"Orkeddd." Nada suara Al Ryan berubah lembut.
"Kau bawa apa tu?" Tanya Al Ryan. Mata tertumpu pada mangkuk tingkat. Perut sudah berbunyi. Dia tidak lalu makan makanan hospital. Bila minta pada Lana untuk makan makanan lain. Lana tak bagi katanya tak elok makan makanan luar.
"Makanan untuk encik Ryan."
"Untuk aku?"
"Ya." Balas Orked. Selepas subuh, dia terus turun ke dapur dan sediakan makanan untuk Al Ryan. Dia mahu Al Ryan mengingati dia melalui masakan. Al Ryan suka makan masakan dia.
"Kau tahu kan. Al Ryan tak boleh makan makanan luar." Ujar Lana dalam nada kasar.
"Nasi putih, sup ayam kampung dan sayur campur. Saya masak kurang garam. Sesuai untuk encik Ryan. Lagipun tak berminyak pun."
Terbeliak mata Lana dengar ujaran Orked. Selepas itu, dia tersenyum sinis. Al Ryan tak suka nasi dan ayam kampung. Habislah Orked bakal kena marah!
"Sedap."
"Ehhh you kan tak suka nasi! Ayam kampung pun you tak makan." Lana mengingatkan Al Ryan.
"Tapi I terasa nak makan nasi." Al Ryan sudah kecur air liur.
"You kan tak boleh makan makanan lain. Kalau you jatuh sakit macam mana?" Soal Lana cemas. Dia tak nak Al Ryan makan masakan Orked. Bagaimana melalui makanan itu Al Ryan akan mengingati Orked? Dia tidak benarkan perkara ini berlaku.
"Sup tu kan dia masak sendiri bukan beli kat kedai."
Lana merengus. Dia berpeluk tubuh. Kenapa Al Ryan tiba tiba menangkan Orked? Sepatutnya Al Ryan marah Orked. Itu bukan selera Al Ryan. Al Ryan hanya suka makanan barat.
Orked hulur mangkuk tingkat pada Al Ryan. Dalam hati tersenyum. Dia beryukur dengan penerimaan Ishraq walaupun pada permulaan yang agak susah.
"Saya minta diri dulu."
"Nanti dulu." Al Ryan sekat Orked untuk pergi. Dia mahu tanya sesuatu pada Orked.
"Al Ryannnn." Tegur Puan Rahimah. Mangkuk tingkat di rampas. Wajah Orked dijeling tajam. Masih tak serik perempuan ini.
"Mamaaa. Ryan lapar. Bagi Ryan makan dulu."
"Mama tak suka Ryan ambil makanan dari orang tak kenal. Dia sihir Ryan macam mana nanti?"
Al Ryan gelak kecil. Mana mungkin wajah polos ini akan sihir dia. Mama pun masih percaya benda karut. Zaman moden tak ada dah benda macam itu.
"Mama ni bukan zaman tok kaduk."
Puan Rahimah mendengus marah.
"Zaman tok kaduk ke zaman moden ke. Sihir tetap wujud!" Marah Puan Rahimah. Mangkuk tingkat dijatuhkan pada tong sampah sebelahnya.
"Mama!" Ryan terkejut dengan tindakan puan Rahimah.
"Pergi balik kamuuu Orked!" Halau puan Rahimah. Dia tidak suka melihat Orked disini bersama Al Ryan. Hanya Lana sahaja yang berhak disini.
"Puannn." Terketar suara Orked. Tak sangka puan Rahimah akan jadi sebegitu. Dia terasa dilayan seperti sampah.
"Aku dah kata kan jangan jumpa Al Ryan. Kamu tu dan dia tu macam langit dengan bumi. Kamu tu pekerja. Dia tu majikan. Dia pun dah ada tunang. Sibuk kamu nak goda dia ya!" Lantang suara puan Rahimah bersuara.
Orked menunduk. Air mata ditahan sebaik mungkin. Dia tak akan tunjuk lemah di hadapan puan Rahimah dan Lana. Jika itu terkeluar maka mereka akan bersorak riang. Dia tak akan kalah. Wajah diangkat dan balas pandangan tajam puan Rahimah. Dia juga boleh jadi pelakon hebat seperti mereka.
"Saya tak goda encik Ryan puan. Niat saya baik. Hanya nak hantar makanan. Dia kan majikan saya. Saya mahu dia sihat. " Jawab Orked berani. Tangan kanan terketar digengam kuat.
"Wahhh pekerja pun nak bos sihat ye. Bukan ke pekerja suka bos lama tak masuk office." Sindir Lana.
"Mungkin itu encik Lana tapi saya tak. Kerja tu sekaligus saya yang kena buat. Saya yang kena settle. Client cari encik Ryan bukan saya. Bila dia tak ada. Saya yang susah." Ujar Orked balas sindiran Lana.
Lana terkebil-kebil tidak tahu jawab. Dia cuit puan Rahimah untuk membalas. Mulut sudah muncung sedepa. Puan Rahimah pula tergamam tidak boleh kata apa apa. Di pejabat, Orked itu orang penting Al Ryan. Bagaimana mahu singkirkan Orked dalam syarikat itu? Al Ryan tak mungkin setuju jika puan Rahimah beri cadangan untuk pecat Orked. Puan Rahimah jadi buntu. Dia harus bertindak segera.
"Jawatan kau apa?" Tanya Al Ryan. Kepala dipicit perlahan melihat pertengkaran mereka.
"Marketing. Saya naik kan sales bengkel encik tu dah 2 tahun. Mudah kata saya pekerja terbaik."
"Kau orang penting kat bengkel tu?"
Orked mengangguk yakin. Dia senyum lebar. Wajah puan Rahimah dan Lana berubah. Mungkin risau jika mereka akan lebih banyak luangkan masa di pejabat nanti. Masa itu kemungkinan Al Ryan boleh ingat pada dia. Orked sudah ada jalan penyelesaian. Kesedihan yang ada dalam hati sebentar tadi sudah hilang sekelip mata.
Share this novel