Orked memerhati dari jauh semasa Al Ryan keluar dari kereta. Kereta yang sama dia lihat sabtu lepas. Dia berdiri di tepi dinding, separuh tersembunyi di lorong kecil yang jarang orang lalui. Dia melihat dari jauh langkah Al Ryan menuju ke tingkat atas.
Langkah Al Ryan kelihatan santai tetapi penuh keyakinan seolah-olah dia sudah biasa menjadi perhatian. Orked cuba menahan debaran di dadanya sambil mengintai nombor plat kereta hitam itu. Betul, itu nombor yang sama.
Dia menggigit bibir, rasa ingin tahunya semakin memuncak.
“Kenapa kereta dia ada di situ hari tu? Apa dia buat sebenarnya?” soalnya dalam hati. Orked memandang sekitar kawasan. Dia cuba memastikan tidak menarik perhatian sesiapa termasuk Adi.
"Aku nak tahu juga. Kenapa dia datang tapi macam mana." Bisiknya dalam hati. Otaknya ligat berfikir bagaimana cara untuk bertanya tetapi tiada satu jalan yang dia temui. Mahu bertanya malu, tak tanya dia sendiri yang jadi tidak keruan.
"Nak cakap soal kerja ke? Atau pasal kes aku nak berhenti kerja tu tapi kan banyak bulan lagi." Soalan berteka teki dari otaknya. Dia mengeleng kepala berkali kali cuba untuk sedarkan diri. Risau perasaan melarat sampai ke meja kerja.
Okey Orked. Kau dah tahu kan tu kereta Al Ryan. Jadi lantaklah kan.” Orked cuba rasionalkan otaknya.
“Tapi kenapa dia tak bawa kereta yang dia pakai tu? Kenapa kereta lain? Dia dah tukar kereta ke?” Meskipun dia cuba menghindari diri dari terus berfikir, otaknya terus-menerus berfikir.
"Stop Orked! Fokus kerja!" Orked marahkan diri sendiri tanpa sedar suaranya bunyi kuat. Bila tersedar, dia pantas menutup mulut dan pandang sekeliling agar tiada siapa menyedari. Kakinya melangkah laju menuju ke pejabat atas. Risau kehadiran disini akan disedari oleh Adi.
Orked kini sudah berada di meja kerja. Dia fokus menatap skrin komputer dengan serius. Dia sedang menyemak beberapa laporan penjualan terbaru dan menyusun strategi untuk kempen promosi yang akan datang.
"Kalau naik mendadak ni. Boleh naik gaji aku. Masa tu aku nak demand sikit dengan Ryan." Ngomelnya sendiri dan terangguk angguk bersama senyuman jahat. Lagipun, Al Ryan sudah berjanji mahu naikkan dia gaji. Peluang jangan tolak. Ini rezeki!
Jari jemari menekan papan kekunci dengan pantas. Fokusnya jadi terganggu bila meja kerja terasa getaran hasil telefon bimbit. Orked mencapai telefon bimbit dan melihat skrin dengan pandangan tidak senang.
"Tak nak angkat." Dia merungut dan mengeluh. Apa lagi lah orang tua ni mahu agaknya. Orked biarkan panggilan pertama tanpa angkat.
Panggilan kedua menyusul. Orked hanya merenung skrin dan matanya tidak berkelip memandang. Dia berharap akan berhenti. Panggilan ketiga dari puan Rahimah. Akhirnya, Orked mengalah. Dia mengangkat panggilan.
Belum sempat beri salam. Puan sarimah sudah menerjah.
"Orked. Ryan ada tak kat pejabat?" Soal puan Orked tanpa beri salam.
"Ada." Jawab Orked ringkas.
"Ryan baru masuk ke? Atau dah lama."
Orked terdiam sebentar. Dia mahu beri jawapan tapi bagaimana. Tadi dia nampak Al Ryan menuju ke atas sebelum dia naik. Jadinya, Al Ryan ada sebelum dia datang ke meja kerja atau nak bagitahu Al Ryan baru sahaja ada.
"Saya baru datang kerja. Tuan Ryan dah ada sini." Balas Orked. Jawapan itu mungkin sesuai.
" Dia dari pejabat dari semalam lah ni." Ujar Puan Rahimah dalam panggilan.
"Entah saya tak tahu. Saya baru je masuk hari ni. Pukul 9 pagi tadi." Jawab Orked. Otaknya berfikir, apa yang puan Rahimah nak sebenarnya.
"Tolong masuk bilik pejabat dia sekarang. Call mama dia. Jangan nak mengelak lagi. Balik tengahari ni. Jangan tidur kat pejabat." Panjang lebar puan Rahimah bagi arahan pada Orked.
"Errrr."
"Okey terima kasih."
Tut tut tut
Panggilan dimatikan. Orked terpinga pinga. Kenapa dia pula yang kena bagitahu? Dia mengusap kepala yang beralaskan tudung. Kenapa masalah anak beranak, dia yang kena jadi orang tengah?
Tak balik rumah? Elok je Al Ryan datang ke sini dengan wajah yang tenang tanpa ada masalah. Bergaduh anak beranak agaknya semalam. Haihhhh! Hal dua orang ini. Dia pula yang terlebih fikir. Cukuplah dia fikir tentang kereta itu.
Orked mengatur langkah ke arah bilik pejabat Al Ryan dengan hati yang berdebar-debar. Bibirnya muncung ke depan. Tak sanggup untuk sampaikan pesanan puan Rahimah.
"Kenapa aku pulak yang kena sampaikan ni? Suruh je lahhh si Lana tu datang tengok sendiri." Bebel Orked dalam nada berbisik.
Orked berhenti melangkah. Dia hanya merenung pintu bilik pejabat Al Ryan. Soal kerja, ya dia boleh datang ke bilik ini. Akan tetapi ini soal peribadi antara puan Rahimah dan Al Ryan.
"Masuk." Suara Al Ryan berbunyi dari dalam.
Orked tercengang. Rasanya tangan ini belum mengetuk pintu lagi tapi Al Ryan sudah bersuara. Dia menarik nafas dalam dan hembus nafas sebelum pegang tombol pintu.
"Yes. Ada apa cik Orked Sri Dewi?" Soal Al Ryan tanpa pandang wajah Orked. Al Ryan tekun dengan kerjanya. Jari jemari laju menaip di papan kunci.
Sepi...
Hanya dengar papan kekunci komputer tanpa sebarang suara.
"Ada apa yang tak kena ke Orked?" Soal Al Ryan sekali lagi. Hairan dengan perangai Orked yang diam.
"Ermmm. Saya nak sampai pesanan puan Rahimah. Tolong call balik mama. Jangan mengelak lagi. Balik tengahari ni." Sekali nafas Orked keluarkan pesanan puan Rahimah tadi.
Dia rasa lega bila pesanan sudah disampaikan pada tuan badan.
Jari jemari berhenti dari menaip. Kepala mendongak dan mata pandang tajam ke arah Orked. Riak wajah Al Ryan bertukar ketat. Tia seperti tadi air mukanya tenang.
"Saya keluar dulu lah encik." Mohon Orked. Kakinya melangkah ke belakang. Mata pandang bawah. Tak berani menatap mata tajam itu seolah olah itu melakukan kesalahan.
"Mama call you Orked."
Orked mengangguk. Wajah diangkat dan mengukir senyuman.
"Phone you?"
Orked mengangguk lagi.
"No Phone you?" Tanya Al Ryan.
Sekali lagi Orked mengangguk tanpa keluarkan suara. Tanpa sedar itu adalah soalan perangkap.
"Are you sure? Bukan no pejabat?" Tanya Al Ryan lagi minta kepastian.
"Ya encik Al Ryan." Balas Orked.
"Mama ada nombor personal you Orked? Kenapa mama tak call nombor office je."
"Saya tak tahu." Jawab Orked polos.
Al Ryan senyum sinis. Dia mengeleng kepala.
"Pelik ya. Nombor telefon personal staff pun. Mama I ada. Macam you all berdua ni rapat je." Ujar Al Ryan.
"Ohhh nombor saya ke? Rasanya hampir orang penting dalam company ni. Mama encik ada. Bukan saya sorang je. No HOD pun mama encik ada." Balas Orked. Dia masih tidak tahu yang Al Ryan cuba mengorek rahsia. Dia pula jawab jujur apa yang ditanya.
Ryan mengangguk perlahan, seolah-olah memikirkan sesuatu.
"Betul juga. Mama memang suka ambil tahu hal staf yang penting. Tapi pelik, kan? Kalau nombor penting semua dia ada, kenapa dia lebih suka call nombor you?"
Orked tersenyum kelat. Banyak pula soalan yang ditanya oleh Al Ryan. Tak sangka dari pesanan tadi terus jadi meleret.
"Mungkin sebab saya lebih mudah dihubungi. Kadang-kadang HOD sibuk mesyuarat. Sebab tu puan Rahimah pilih nombor saya dulu."
Al Ryan mengerutkan dahi, pura-pura berminat dengan jawapan itu.
"Hmm... jadi you ni nampaknya sangat penting untuk mama, ya?" Suaranya mendatar, tetapi ada nada menyindir yang halus.
"Tak lah encik Ryan. Kebetulan tu je puan Rahimah rasa nak call saya." Orked menjawab jujur tanpa menyedari perangkap yang sedang dirancang oleh Al Ryan.
"Kalau kebetulan, kenapa mama tak call nombor office je? Bukan ke itu lebih formal?" Al Ryan terus menyoal. Kali ini dengan nada lebih perlahan tetapi tajam. Dia ingin melihat reaksi Orked.
"Saya tak tahu encik! Mungkin mama encik lupa no office agaknya. Tak pun dia nak cepat. Nampak nombor saya terus call." Orked menjawab. Cuba untuk menamatkan topik yang meleret.
Al Ryan tersenyum kecil tetapi senyumannya tidak menghilangkan aura seriusnya.
"Hmm, lupa nombor office? Atau memang mama lebih suka call nombor you, Orked?" Nada suaranya bersahaja, tetapi tetap penuh maksud tersirat.
Orked menarik nafas perlahan, cuba mengawal geram yang mula menjalar. Pertanyaan yang berulang ulang membosankan. Dia banyak lagi kerja nak buat.
"Saya tak pasti, Encik Al Ryan. Tapi saya yakin itu bukan perkara besar." Orked balas dalam nada tajam.
"Maybe... maybe not." Al Ryan menyandarkan badannya pada kerusi, matanya tidak lepas dari wajah Orked.
"Tapi I rasa pelik. You rasa benda ni biasa, tapi I rasa ada yang tak kena."
"Encik Al Ryan, kalau encik rasa benda ni penting, mungkin lebih baik encik tanya mama sendiri." Orked cuba memulangkan soalan. Berharap Al Ryan akan berhenti menekan.
"Baiklah, Orked. I akan tanya mama nanti. Tapi sementara itu, kalau you ada apa-apa lagi nak jelaskan, better tell me now."
"Saya banyak kerja encik Ryan. Saya nak keluar sekarang. Janganlah tanya soalan berulang ulang yang tak ada kena mengena dengan kerja. Ni dah hampir 15 minit saya bazirkan masa."
Al Ryan senyum nipis mendengar jawapan Orked yang jelas tidak mahu meleret lagi.
"Faham, Orked. You memang sibuk. Tapi ingat, kadang-kadang benda yang nampak kecil tu yang selalu jadi isu besar."
Orked hanya mengangguk tanpa membalas apa-apa. Dia melangkah keluar dengan cepat. Makin lama disini, makin menyakitkan hati.
Al Ryan memerhatikan pintu yang perlahan-lahan tertutup.
"Menarik," gumamnya perlahan. Dia tahu, apa pun rahsia yang cuba disembunyikan. Lambat laun semuanya akan terungkap. Dia tak sabar menunggu waktu itu.
Share this novel