3 bulan telah berlalu. Semenjak dari hari kejadian itu. Orked langsung tak jejak kaki ke hospital apatah lagi dengar perkhabaran Al Ryan. Sihat kah dia? Baik baik sahaja kah dia? Pertanyaan yang tak akan terjawab. Orked masih disini. Setia bekerja di syarikat Al Ryan demi mencari rezeki.
"Orked." Sapa Adi bersama senyuman. Terukir lesung pipit di pipi kiri dan kanan. Mata fokus pada wajah Orked. Dia tidak dapat baca wajah tidak beriak itu. Adakah Orked dalam keadaan baik sahaja?
"Adi."
"Kau okey?"
Orked mengangguk.
"2 bulan lebih aku tak ada disini. Kau baik baik je ke?" Soal Adi sekali lagi dengan ayat yang lain.
Orked mengangguk lagi. Senyuman tidak terukir pada bibir. Otak melayang ke alam lain. 3 bulan sudah berlalu, mungkin bulan ini Al Ryan akan masuk kerja.
"Al Ryan masuk kerja hari ini." Ujar Adi. Sengaja memancing perhatian Orked.
"Hah."
Seluruh perhatian tertumpu pada Adi. Dia mahu dengar lanjutan percakapan seterusnya .
"Dia masuk hari ini dengan syarat."
"Syarat?" Soal Orked. Berkerut dahi dengar ayat Adi.
"Kau tak tahu?"
Orked mengeleng.
"Semua orang dalam pejabat ni diberi amaran supaya jangan cakap apa apa tentang kau dan dia. Jika terdengar di telinga puan Rahimah. Orang tu akan dibuang." Ujar Adi.
"Hmmm."
"Kenapa kau tak tahu?" Tanya Adi.
"Biarlah. Aku nak buka buku baru. Aku datang sini nak cari rezeki halal. Bukan nak mengatal dengan anak dia." Balas Orked. Dia jadi bingung kenapa dia seorang sahaja yang tahu tentang itu. Puan Rahimah ada rancangan lain untuk buang dia dari kerja? Dia ikutkan perjalanan masa. Lagi pun dia bercadang beberapa bulan lagi dia akan berhenti kerja dan balik ke kuantan. Dia akan ikut ibunya balik ke kampung dan menguruskan rumah pusaka aruah atuk dan nenek.
"Orked."
"Aku okey Adi." Orked mengukir senyuman nipis. Dia tidak mahu Adi risau akan dirinya. Dia baik baik sahaja. Ketika Adi dihantar ke luar kawasan. Hampir setiap hari Adi bertanya tentang dirinya. Mungkin Adi bimbang jika dia lakukan tindakan bodoh.
"Jom minum dulu." Pelawa Adi.
Mata Orked terpaku pada satu sudut. Jasad yang lama hilang dari penglihatan mata kini kembali ada. Si dia yang tersenyum manis bersama perempuan itu. Bergelak ketawa. Bahagia mungkin dapat bersatu kembali.
"Orked." Nama itu dipanggil untuk menyedarkan Orked dari terus leka. Malangnya mata itu menatap dari awal sehingga akhir. Apabila tubuh itu sudah hilang dari penglihatan mata. Barulah mata itu beralih ke arah lain.
"Kau okey?" Buat kali ketiga. Adi bertanya lagi.
"Aku tak tahu." Jawab Orked.
Kenapa dia muncul ketika belum bersedia lagi? Mahu mengelak tapi caranya bagaimana? Nanti terserempak juga.
"Kau cuti dulu hari ini." Cadang Adi. Risau dia melihat wajah muram itu.
"Aku akan okey je kan? Kalau aku lari. Nampak sangat macam aku ni penakut."
Adi menarik nafas panjang. Bingung mahu memujuk Orked.
"Orkeddd. Aku tahu kau tak okey."
Orked mengukir senyuman. Selama mana dia mahu sembunyikan diri dari Al Ryan? Bila-bila masa sahaja mereka boleh berjumpa atas dasar kerja.
"Okey atau tak okey dan akan tetap terus okey. Kalau hari ini aku mengelak. Esok lusa aku berjumpa dengan dia. Masa tak boleh terhenti ketika aku junpa dia. Masa juga tak boleh mengundur balik. Aku tetap kena berhadapan dengan dia." Ujar Orked. Berharap Adi faham dan terus beri semangat pada dia.
Adi mengangguk.
Benar kata Orked. Mahu atau tidak. Orked harus berhadapan dengan realiti. Dia sebagai sahabat hanya mampu beri sokongan dari belakang.
"Orked. Kalau ada apa apa masalah. Bagitahu jangan pendam. Tak semua apa yang kau lalui kena pendam. Luahkan agar tak rasa terbeban."
Seusai mengucap terima kasih pada Adi. Orked melangkah naik ke atas. Ya dia tahu dirinya tidak kuat lagi. Akan tetapi dia gagah diri untuk tetap berdiri kukuh. 3 bulan dia mampu bertahan dengan kenangan. Hari ini juga dia boleh lakukan.
*****
Punggung belum melabuh pada kerusi. Suara itu menyapa telinga Orked. Orked kelihatan tenang walaupun hati sudah gelojak.
"Orked Sri Dewi. Unik nama. Nama klasik macam orang dulu dulu."
"Ya saya." Balas Orked. Dia tidak mengangkat wajah. Tangan pula menarik komputer riba.
"Macam ni cara awak sapa majikan?"
Orked pantas mengangkat wajah. Dia mengubah riak terkejut. Lakonan harus menjadi sesuai dengan situasi sekarang.
"Maafkan saya encik. Saya ingat staff pejabat ni main main. Selamat pagi encik." Ucap Orked.
Dia bangun dan menunduk sedikit tanda hormat. Senyuman paksa terukir pada bibir.
"Betul lah awak kerja sebagai marketer disini."
"Ya saya." Balas Orked.
Mata beralih ke arah lain. Dia tak mampu untuk melihat wajah itu. Hati yang minta tenang sudah jadi gundah.
"Kenapa tak datang ziarah I? Mama ugut atau awak tak sudi lagi?" Soal Al Ryan. Mata itu asyik merenung wajah Orked. Seperti ada sesuatu tetapi tak mampu ingati. Dia kecewa.
"Kali terakhir saya lihat encik dah sihat. Jadi tak perlu saya melebih."
"Hantar makanan tu tak melebih?" Tanya Al Ryan.
Orked bungkam.
Dia tidak tahu untuk berikan jawapan. Soalan Al Ryan seolah olah memerangkap dirinya.
"Orkeddd." Nama itu dipanggil lembut dari bibir Al Ryan.
"Awak hanya pekerja saya."
"Betul lah tu. Tak akan tunang pula." Balas Orked tanpa sedar. Dia merengus dalam hati. Tak suka Al Ryan lama disini.
"Tunang?Sounds good but I dah tunang. Sayangnya." Ujar Al Ryan bersama gelakan kecil.
Orked dah terlanjur kata! Sendiri yang balas tapi makan diri. Kenapa dia tak fikir dulu sebelum balas? Kenapa Orked? Kau memang cari masalah? Dia jadi sakit hati pula bila dengar ayat Al Ryan. Sepatutnya dia tunang Al Ryan bukan perempuan gedik tu!
"Oh saya tak maksudkan. Sekadar gurauan."
"Its okey. I faham. Hmm you pandai drive?"
Orked angguk.
"I rasa I tak hilang ingatan sepenuhnya tapi jalan kat sini. I banyak lupa." Al Ryan berkata bersama gelakan kecil.
Orked terpana sebentar. Dia seakan dalam dunia sendiri. Gelakan Al Ryan yang mengasyikan. Senyuman yang dia nantikan. Mata masih terlekat pada wajah itu. Sayangnya Al Ryan kini bukan miliknya lagi.
"I over sangat ke Orked? You macam tercengang." Tegur Al Ryan. Bibir itu masih setia dengan senyuman.
Sedar dari tingkah yang tak sepatutnya. Nuraz segera beralih pandangan. Hampir sahaja dia tertangkap merenung anak bujang orang. Dia mula memarahi diri sendiri yang tak boleh mengawal tingkah laku.
"Kenapa you diam? I ada salah cakap?"
"Eh tak. Saya diam sebab banyak benda nak fikir." Orked beri alasan.
"Banyak kerja nak buat hari ini?"
"Tak juga. Cuma saya ada meeting dengan graphic designer. Nak betulkan design yang baru."
"Lunch?" Tanya Al Ryan. Dia berharap Orked tiada perancangan sewaktu rehat makan tengahari. Dia mahu mulakan langkah untuk rapat dengan Orked. Sebenarnya Al Ryan tidak berpuas hati jawapan orang sekeliling. Dia mahu bertanya lebih lanjut pada Orked. Mana tahu Orked akan berkata jujur mengenainya.
"Balik rumah." Ringkas jawapan Orked. Sesak nafas rasanya bila Al Ryan tak pergi lagi dan terus bertanya soalan. Ada juga yang tersasul nanti.
Berkerut dahi Al Ryan dengar.
"Ohhh. Saya cuti sekerat hari ini. Ada hal peribadi encik. Kalau encik nak tanya soalan ke apa. Tanya pada kak Fimah ya."
Selesai berkata. Orked ambil beg dan angkat kaki. Dia biarkan Al Ryan terkebil kebil disitu melihat langkah dia
Share this novel