Bagaimana nak hilangkan cinta dalam hati yang sedang bertapak? Pejam mata atau keringkan hati ketika berhadapan dengan si dia. Dia sendiri tidak pasti. Yang pasti hampir setiap hari hati ini meronta. Makin lama makin dia tidak terima kenyataan.
"Kau okey tak?"
Orked mengukir senyuman. Setiap hari dia dengar soalan yang sama dari Adi.
Orked angguk. Mata merenung langit malam. Cantik. Pujinya dalam hati.
Adi turut melihat ke langit yang sama. Seterusnya, wajah Orked dipandang sekilas. Dia risau jika Orked tidak dalam keadaan baik sekarang ini. Orked yang sedang berjuang dengan hati dan perasaan. Kesakitan yang tidak akan kelihatan dan telah jadi parut di dalam.
"Simpan bukan jalan penyelesaian." Ujar Adi penuh makna.
Malam yang dingin jadi makin dingin bila badan disapa angin malam. Hari ini, dia mengikut Orked balik kampung bersama keluarga. Dia mahu memancing di paya. Kalau untung bolehlah dapat ikan keli dan minta mak Orked masak sambal ikan.
"Cantik kan malam ni. Bintang berkelipan. Bulan penuh malam ni."
"Apa guna berkelipan jika ada bunga yang bersedihan." Balas Adi.
Bermakna sungguh ayat Adi malam ini. Dia tahu Adi mahu mengcungkil perasaan dia. Dia lari balik ke kampung adalah untuk tenangkan jiwa. 4 hari cuti bukanlah masa yang cukup tetapi lari kenyataan dapat dia rehat sebentar.
"Adik kau kata tak lama lagi kau nak berhenti kerja." Adi cuba pancing minat Orked berborak.
Zikri memang tak boleh simpan rahsia! Ada sahaja nak cerita pada Adi. Walhal dia dah bagi amaran pada Zikri untuk tidak buka mulut.
"Sunyilah aku nanti." Ujar Adi.
"Belum ada kata putus lagi." Orked beri jawapan selamat.
"Nak cari kerja kat kuantan?" Tanya Adi. Separuh hati tidak rela membiarkan Orked pergi. Pasti dia tidak ada kawan melepak lagi. Orked satu satunya kawan dari zaman sekolah berasrama sehinggalah ke zaman universiti. Walaupun lain bidang tetapi mereka seperti belangkas. Orang lain pula menyangka mereka pasangan bercinta.
"Hmmm... Tak tahu lagi lah. Lagipun ke mana mak abah pergi. Aku akan ikut je."
"Tahun depan kan abah pencen."
Orked angguk. Abah pencen sebelum umurnya. Katanya nak rehat lebih awal dan urus harta pusaka aruah atok. Mereka sekeluarga mahu duduk di rumah pusaka ini. Lagi pun abah anak yang sulung memegang amanah adik beradik yang lain. Sebelum ini, abah mengupah pak saudara untuk uruskan ladang dan rumah pusaka.
"Kalaulah abah dapat pencen tahun ni."
"Kau boleh ambil cuti lama Orked. Bolehlah rehat fikiran. Pergi bercuti ke."
Apa gunanya bercuti jauh jika balik nanti. Wajah itu akan kelihatan juga didepan mata. Baginya sama sahaja dan tak ada beza. Mungkin akan bertambah sakit.
"Jom bercuti nak tak? Nanti aku minta izin mak abah." Cadang Adi.
"Hish tak nak lah. Berdua pulak. Apa kata pula orang. Tak mau aku." Orked bangkang cadangan Adi.
"Fine. Kau nak buat apa sekarang?" Soal Adi.
"Bercuti bersungguh sungguh selama 4 hari ini. Nak tolong abah tolak buah sawit. Nak pergi memancing kat paya belakang rumah tok teh tu."
"Cukup ke 4 hari tak nak tambah lagi 3 hari? Cukupkan seminggu. Ahad baru balik."
"Tak boleh. Zikri dah ponteng dia punya kelas."
"Aku je la teman kau."
"Gila!"
"Alah kau kahwin je lah dengan aku."
Tangan Orked menepuk pangkin. Tak suka gurauan gila dari mulut Zikri.
"Hahahaha." Orked buat buat ketawa. Tak terhibur pun.
"Serius ni."
"Mana nak campak girlfriend kau tu?"
"Errrr. Hehehe."
Orked senyum senget. Tahu takut! Bukan dia tak tahu yang Adi cinta mati pada kekasihnya itu. Kekasih dari tahun 1 di universiti.
"Marah Rozita tu nanti."
"Aku dah putus lama."
"Hah."
"Tahun lepas lah. Sebulan lepas kau tunang tu. Sekarang ada lah kenal sorang perempuan ni tapi masih gitu gitu lah."
Berkerut dahi Orked dengar cerita Adi. Kenapa dia tidak tahu yang Adi dah putus dengan kekasihnya? Dia tidak pernah terlepas dari satu pun kisah Adi. Semua rahsia Adi dalam koceknya. Dari kisah Adi kecil sampai dewasa. Semua dia tahu.
"Kau sorok dari aku? Siapa yang minta putus ni?"
Dari kisah hidup Orked. Kini bertukar cerita pada kisah cinta tak kesampaian Adi.
"Tak ada sefahaman." Ringkas jawapan Adi.
Bukan dia sahaja yang ada masalah. Adi juga turut begitu cuma dia pandai simpan sendiri. Raut wajah Adi juga tenang sahaja dan tidak nampak sedih selama ini. Atas sebab itu dia ingat Adi dan Rozita baik baik sahaja. Patutlah tahun lepas tiada majlis pertunangan mereka dah merancang. Seingat dia, Adi ada merancang yang mereka akan bertunang selepas Orked dan Al Ryan bertunang. Dia pula malas nak tanya.
"Kenapa kau tak pernah bercerita pada aku? Kenapa diam sahaja Adi?"
Adi senyum sinis.
"Kenapa?" Tanya Orked lagi. Dia jadi tidak selesa bila nampak Adi senyum sebegitu. Mungkinkah dia ada buat salah pada Adi.
"Tak akan aku nak mengadu domba pada tunang orang. Aku kena sedar diri aku bukan siapa siapa. Aku hanya sekadar kawan baik. Bahaya aku dekat dengan kau lagi. Kau dah bertunang masa tu Orked. Lelaki ada cemburunya. Aku sebagai lelaki faham."
Kata-kata Adi membuatkan dia berfikir. Sewaktu dia dan Al Ryan dalam tempoh bertunang. Dia perasan Adi seakan menjauhi dirinya. Dia tidak pula tanya kenapa. Fikirnya Adi mungkin mahu menjaga hati Rozita. Ketika itu dia tidak lagi melepak bersama Adi atau keluar makan tengahari bersama. Hidupnya sewaktu itu hanya dipenuhi masa bersama Al Ryan.
"Tak sangka kan. Kau dan aku pernah dalam fasa putus cinta. Sakitkan." Ujar Orked.
"Tapi tak sesakit orang yang kita cinta langsung tak mengenali kita."
"Lagi sakit tak beri kata putus dari mulut si lelaki." Tambah Orked.
"Sampai bila nak berpura pura tak kenal?" Tanya Adi.
"Sampai aku ikut abah dan emak balik sini kampung dan menetap disini."
"Orked." Lembut nama Orked dipanggil.
"Hmmm."
"Kau tak nak kahwin dengan aku?"
Orked tergelak kecil. Pertanyaan tak masuk akal. Adi sudah dianggap seperti adik beradik. Mustahil dia akan berkahwin dengan Adi.
"Untuk kau lupakan Al Ryan." Kata Adi.
"Menggunakan seseorang untuk melepaskan orang lain adalah perkara paling jijik!"
"Aku rela asalkan kau tak bersedih."
Orked mengeleng. Bukan ini caranya untuk buat dia gembira. Banyak lagi cara lain yang tak menyakitkan hati. Dia bukan gadis yang sewenang-wenangnya pergunakan orang lain demi kepentingan diri. Dia tahu baik dan buruk.
"Rebound relationship?" Soal Orked.
Adi mengangguk. Dia rela demi Orked. Biarlah dia tersakiti asalkan Orked dapat melepaskan sedih dan bahagia.
Adi tahu mengambil keputusan dalam membina suatu hubungan berdasarkan reaksi emosional sebelumnya adalah hubungan yang tidak sihat. Boleh jadi seseorang itu akan jadi beruntung dan seorang lagi bakal kecewa.
"Untuk lupakan seseorang atau melepaskan kecewa. Kita pergunakan seseorang di depan mata untuk masuk balik dalam hubungan cinta. Sedangkan hati belum lagi pulih dari cinta sebelumnya." Ujar Orked.
Orked menentang cadangan Adi. Dia tak akan buat kerja gila. Boleh jadi hubungan sahabat baik mereka bakal retak. Dia sayangkan persahabatan ini. Dia tidak rela hilang Adi.
"Setuju tak?"
"Tak. Tak akan sesekali. Aku tak akan gunakan kau atau siapa siapa semata -mata nak lupakan Al Ryan." Tegas Orked memberi jawapan.
Adi menarik nafas panjang. Kalau itu pilihan Orked. Dia hanya ikutkan sahaja keputusan Orked. Dia sayangkan Orked. Dia tak sanggup melihat Orked muram dan bersedih.
"Tak semua apa yang kita fikir tu. Boleh pakai."
"Orked. Kalau kau sedih. Datang pada aku dan cerita. Jangan diam seribu bahasa. Aku risau."
"Aku okey je Adi. Jangan risau okey."
Adi menatap wajah Orked lama. Manakala Orked pula pandang langit dengan tebaran bintang. Malam ini sangat indah dengan tebaran bintang dan bulan penuh. Angin sejuk membawa dia buai perasaan. Jika dia tidak kuat sudah semestinya dia terima cadangan Adi.
Adi tahu Orked cuba kuatkan hati dan semangat. Kadang dia melihat Orked termenung di tempat kerja. Kadang pula dia melihat Orked curi pandang Al Ryan. Mulut boleh tipu tapi mata tidak. Mata itu seolah olah berharap yang Al Ryan akan mengenali dia kembali.
Share this novel