Bab 16

Romance Series 30273

Orked menunduk pandang lantai dapur. Dia tak sanggup melihat wajah emak dan abah. Kebohongan dia 2 minggu lalu sudah terbongkar.
Keluhan abah itu jelas kelihatan kecewa dengan sikapnya.

"Kenapa kamu tak jujur saja Orked? Abah tak marah kalau kamu berterus terang."

Orked tidak berani mengangkat wajah. Dia takut melihat wajah kecewa emak dan abah. Dia bersalah kerana menipu. Saat ini, dia rasakan dirinya anak tidak berguna.

"Orked takut abah dan emak tak izinkan." Balas Orked perlahan.

Orkeddd." Geleng kepala emak dengar alasan Orked. Tak sangka demi lelaki sanggup Orked menipu keluarga sendiri. Dia tahu pun dari mulut ibu Adi. Kalau tidak sampai dia mati akan jadi rahsia.

"Orked minta maaf. Orked salah." Ucap Orked mohon maaf. Wajah diangkat dan kedua dua mata pandang ibu dan abah. Wajah mereka jelas kecewa.

"Kamu datang situ nak kejar Al Ryan balik?" Soal abah lembut. Walaupun anak perempuan tipu mereka tetapi dia tak sanggup untuk marah. Dia harus faham perasaan Orked yang sedang berbolak balik. Bukan senang nak lupakan cinta pertama apatah lagi mereka sering kali berjumpa dan bekerja di tempat yang sama.

Orked geleng kepala.

"Orked datang nak tunjuk pada puan Rahimah yang Orked boleh move on. Tu je."

"Itu kamu Orked. Bagi puan Rahimah kamu yang terhegeh hegeh dengan anak dia." Ujar emak.

"Abah tak kisah kamu nak cuba pulihkan ingatan dia. Tapi itu dulu, sebelum dia jadi tunangan orang! Dia bertunang balik dengan bekas tunang dia. Sudahlah Orked jangan sakitkan hati sendiri. Makin kamu kejar dia makin kamu merana."

Orked diam seribu bahasa. Terkejut dengan ujaran abah. Bagaimana abah boleh tahu? Siapa yang sampaikan pada Abah? Adi? Tak mungkin! Adi dah lama tak berjumpa dengan abah. Siapa? Dia mula tertanya tanya. Nak bertanya dengan mak dan abah dia takut.

"Puan Rahimah yang bagitahu kami Orked." Kata emak. Faham riak wajah Orked yang dilanda tanda tanya. Selepas seminggu, mereka putus tunang. Puan Rahimah text dia tentang Al Ryan yang bertunang. Masa itu, dia tidak sanggup bagitahu Orked yang dilanda kesedihan. Baginya, biar Orked tahu sendiri dan terima kenyataan. Akan tetapi sebaliknya. Anggapan dia salah! Orked tak terima kenyataan menyakitkan.

Sampai macam itu sekali puan Rahimah nak jauhkan dia dari Al Ryan. Lagipun, Orked bukan siapa siapa. Bukan anak orang kaya atau anak bangsawan. Hanya anak orang biasa yang bekerja kerajaan di negeri orang. Sayu hati Orked.

"Kamu masih berharap pada Al Ryan?" Soal abah. Dia mahu tahu apa yang berselindung di hati anak. Berpura pura ceria menjalani hidup tapi dalam hati dicarik-carik mengharapkan sesuatu yang tak boleh dapat.

Orked menggeleng. Mata pandang mak dan abah. Matanya berkaca. Bersalah menipu emak dan abah walhal orang tua ini yang menjaga perasaan dia. Ceriakan hari hari dia.

"Orked minta maaf emak abah. Orked bersalah." Ujar Orked dengan titisan air mata.

"Abah dengar lagi yang bukan bukan. Abah nak kamu berhenti kerja dari situ. Kamu sayang kerja sekarang. Jangan buat perangai tak semengah lagi." Abah bagi amaran. Nada tidak kasar dan tidak lembut. Cukup setakat ini sahaja perbualan. Dia tidak mahu melebih lebih dalam segala hal. Dia cuma nak Orked tahu dia akan tegas dalam segala tindakan melampau batas Orked.

Emak mengangguk setuju. Dia tak nak Orked buat sesuatu diluar batas. Dia tak nak anaknya dipandang rendah oleh keluarga itu.

"Emak, abah. Orked minta maaf sekali lagi. Jujur Orked katakan Orked dah buang Al Ryan dalam hati Orked. Orked tahu dia bukan jodoh Orked. Orked buat silap. Tak sepatutnya Orked pergi rumah puan Rahimah hari itu."

Emak dan abah membisu. Masing masing angkat punggung dan melangkah keluar dari dapur. Malas mahu panjang cerita. Risau mengguriskan hati Orked.

********

Al Ryan menarik nafas panjang. Dalam otak, pelbagai soalan yang berlegar tapi tak mampu nak luahkan. Hari demi hari otaknya jadi kusut. Mulut pula tak mampu nak luahkan perkataan.

"Tak baik mengeluh depan makanan Ryan. " Tegur puan Rahimah. Bukan dia tidak tahu dari tadi Al Ryan gelisah. Nampak kelakuan itu serba tidak kena. Mata jatuh pinggan Al Ryan. Nasi dan lauk masih belum terusik.

"Ryan tarik nafas je mama. Cuba nak selera makan." Balas Al Ryan ringkas. Nasi di kuis kuis dengan jari.

"Lauk ni semua sedap Ryan. Lana sendiri masak. Rugi lah kamu tak ada selera."
Lauk ayam cili api dicedok lalu diletak dalam pinggan. Dicubit ayam sedikit dan masuk ke dalam mulut. Nikmatnya makan lauk sebegini.

"Are you sure Lana masak? Bukan beli?" Soal Al Ryan sini. Dia tahu perangai Lyana. Perempuan itu tak akan cemarkan kuku yang dicat cantik.

"Mestilah. Dia kan nak jadi isteri kamu Ryan. Dia belajar memasak sikit sikit." Bela puan Rahimah.

Al Ryan tergelak kecil. Mama memang mudah diperbodohkan oleh perempuan itu. Cakap apa sahaja semua percaya. Agaknya apalah yang perempuan itu buat pada mama.

"Mama. Ryan nak tanya satu soalan boleh?"

"Sejak bila kamu pandai bertanya? Kamu kan suka redah je." Sindir puan Rahimah.

"Siapa Orked pada Al Ryan?" Akhirnya, soalan ini berjaya terluah dari bibir. Dia berharap yang puan Rahimah akan jujur. Dia lelah tanya soalan yang sama dulu dan dia berhenti untuk tanya.

"Pekerja kamu. " Jawab Puan Rahimah. Riak wajah cuba dikawal sebaik mungkin. Terkejut soalan ini ditanya sekali lagi setelah sekian lama tiada.

"Kenapa dia ada Ryan baru bangkit dari koma? Kenapa dia nampak kecewa masa Ryan tak ingat dia mama? Kenapa dia datang melawat Ryan dan bawa makanan? Dia siapa mama?" Bertalu talu soalan ditanya Al Ryan.

"Alahhh apa tuuu. Orang cakap zaman sekarang. Dia pick me girl. Haaa mengada mengada nak pikat kamu." Balas puan Rahimah. Soalan Al Ryan membuatkan dia gelisah. Risau jika kebenaran terbongkar. Dia tak nak Al Ryan tahu perkara sebenar.

"Dia tak pernah pikat Al Ryan." Ujar Al Ryan.

"Kamu pasti? Majlis hari itu dia sibuk ikut kamu kehulur hilir kan? Anak angkat datin konon tapi mata duitan nak pikat orang kaya." Kutuk puan Rahimah. Berbulu mata dia melihat datin dan Orked.

"Al Ryan yang ikut dia mama. Bukan dia! Orked tak pernah pikat Ryan mama. Orked perempuan mahal mama. Tak pernah goda mana mana lelaki."

Mencebik bibir puan Rahimah dengar Al Ryan pertahankan Orked. Mati selera makan dia.

"Kamu jangan sibuk si Orked tu. Kamu tu tunangan Lana. Dulu kamu tu sibuk kejar dia walaupun dah putus tunang." Ujar puan Rahimah. Cuba tukar topik dari terus bercakap tentang Orked.

"Dia curang mama."

"Itu dulu Ryan! Kamu mana ingat yang kamu merayu dia kembali." Tinggi suara puan Rahimah menutur kata.

Al Ryan tidak boleh terima kata kata puan Rahimah. Mana mungkin dia mengejar perempuan yang curang. Sekarang pun bila bersama Lana dia rasa sakit dikhianati. Dia hanya berpura pura baik depan orang tua mereka sedangkan belakang mereka lain. Dia rimas sikap Lyana.

"Hati Ryan dah mati untuk Lana. Lana curang mama. Dia bukan perempuan tak baik."

"Ryan!!!" Jerkah puan Rahimah. Mata membulat pandang Al Ryan. Dia marah anaknya mengata Lana. Hanya Lana yang sesuai dengan Al Ryan.

"Mama boleh terima perempuan curang jadi menantu mama?" Soal Al Ryan sinis.

"Itu masa lalu dia. Kamu tak patut ungkit."

"Ohhh. Jadi kenapa mama tak terima papa dulu? Kenapa mama ungkit perangai papa bila dia nak berubah?"

"Diammmm Al Ryannnn." Tinggi suara puan Rahimah.

"Jadi Ryan pun tak patut terima Lana. Dia macam papa. Curang! Tidur dengan lelaki lain masa jadi tunangan orang." Ujar Al Ryan tenang. Mata melirik pada wajah puan Rahimah. Jelas wajah puan Rahimah menahan marah. Dia tidak kisah jika mama mengamuk. Dia cuma nak mama tahu yang dia turut jadi mangsa kejam seorang perempuan. Dia juga ada hati dan perasaan. Dia bukan boneka yang boleh buat suka hati oleh ibu kandung sendiri.

Puan Rahimah menepuk meja. Tak sangka Al Ryan sanggup mengungkit cerita lama yang dia tak nak ingat. Hati dia jadi sakit. Suaminya itu lelaki curang! Ada isteri tapi bermain dengan perempuan lain. Silih berganti tukar perempuan macam tukar baju.

"Mama dah faham perasaan Ryan? Mama boleh terima?" Soal Al Ryan.

"Mama dah berjanji dengan mummy Lyana. Mama nak satukan kamu. Janji tak boleh mungkir."

Al Ryan senyum sinis. Tergamak puan Rahimah korbankan dia demi orang lain. Langsung tak fikirkan perasaan anak yang sengsara.

"Jual lah anak mama ni pada orang. Al Ryan ni tak ada perasaan. Mama je yang ada perasaan dikhianati. Al Ryan ni boneka mama je." Luah Al Ryan. Sayu hati dia bila mama cakap begitu. Dia fikirkan puan Rahimah faham tetapi sebaliknya. Mama pentingkan diri sendiri.

"Itu masa lalu dia. Kamu tak patut ungkit." "Ohhh. Jadi kenapa mama tak terima papa dulu? Kenapa mama ungkit perangai papa bila dia nak berubah?" "Diammmm Al Ryannnn." Tinggi suara puan Rahimah. "Jadi Ryan pun tak patut terima Lyana. Dia macam papa. Curang! Tidur dengan lelaki lain masa jadi tunangan orang." Ujar Al Ryan tenang. Mata melirik pada wajah puan Rahimah. Jelas wajah puan Rahimah menahan marah. Dia tidak kisah jika mama mengamuk. Dia cuma nak mama tahu yang dia turut jadi mangsa kejam seorang perempuan. Dia juga ada hati dan perasaan. Dia bukan boneka yang boleh buat suka hati oleh ibu kandung sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience