Al Ryan memandang wajah itu. Wajah Orked Sri Dewi, nama yang dahulu sering meluncur dari bibirnya. Wajah itu kelihatan tenang seperti biasa seolah olah tiada apa yang pernah berlalu di antara mereka. Tetapi disebalik ketenangan itu, Al Ryan tahu gadis ini menyimpan 1000 rahsia yang terpendam. Dia tertanya tanya bagaimana Orked mampu berpura pura seperti tiada apa apa sementara perasaan dia yang sekarang berkecamuk.
Lama dia pandang wajah itu disebalik kaca bilik pejabat. Dia cuba mencari sebarang petunjuk dalam riak wajah itu. Wajah itu pula hanya fokus dengan kerja. Kadang wajah itu kelihatan tegang kadang tersenyum lega. Al Ryan tersenyum gelagat Al Ryan.
Al Ryan bersandar malas. Hilang mood dia pagi ni untuk lakukan kerja. Hati dan perasaan dia hanya tertumpu pada Orked. Betulkah Orked itu tunangnya? Kenapa Orked boleh berlagak seperti tiada apa apa? Pelbagai soalan bermain dalam minda tapi satu pun tak mampu jawab.Al Ryan mengeluh perlahan. Berlagak tenang & tidak tahu apa apa bukanlah perkara yang mudah baginya.
Fikirannya masih cuba memproses apa yang sedang berlaku. Dia tahu, dia harus kekal profesional. Namun, setiap kali melihat Orked, hatinya berdebar dengan pelbagai soalan yang tidak mampu dijawab.
Tanpa berfikir panjang, dia menekan butang interkom.
"Orked, boleh masuk kejap." Arah Al Ryan tenang.
Beberapa minit kemudian, pintu diketuk dan Orked muncul di hadapan pintu. Bibir itu melorek senyuman manis.
"Ya, Encik Al Ryan." Ujar Orked.
"Duduk sekejap." Ujar Al Ryan
Orked duduk di atas kerusi dan meletakkan dokumen di atas meja walaupun Al Ryan tidak memintanya.
Al Ryan pula merenung sebentar sebelum bersuara.
"Saya nak tanya sikit pasal kempen kita tu. Okey?
Progress dah sampai mana?"
Orked tersenyum tipis.
"Setakat ni semua ikut perancangan. Kita cuma nak minta pihak Encik Kairul lulus kan je." Orked bercakap dengan tenang sambil membuka fail di hadapannya untuk menunjukkan beberapa laporan.
Al Ryan angguk perlahan.
"Minggu depan kita ada meeting dengan encik Kairul." Ujar Orked.
"Okey." Balas Al Ryan ringkas.
"Itu sahaja encik. Semua dah complete."
"Okey." Jawab Al Ryan sepatah.
"Saya keluar dulu ye." ujar Orked. Dia terasa lain dengan perangai Al Ryan pagi ini. Mulut yang suka tanya itu ini hanya balas sepatah je. Tidak mengapalah, sekurang kurangnya tak ada yang menyakitkan hati keluar dari mulut Al Ryan.
Baru sahaja kaki Orked mahu melangkah. Al Ryan bersuara.
"Betul ke you bercinta dengan Adi?” Al Ryan bertanya tiba tiba. Walaupun tenang dia brtanya tapi suaranya jelas mengandungi kecurigaan. Dia melihat tajam susuk tubuh itu.
Orked berpaling ke belakang. Dia berkerut dahi. Al Ryan sudah tanya soalan yang tak terjangka. Langsung tak ada kena mengena dengan projek.
"Itu hal peribadi saya. Tak perlu saya jawab jika tidak berkaitan dengan kerja."
Al Ryan menarik nafas panjang. Dia terangguk angguk dengar jawapan Orked dan secara tiba tiba dia senyum sinis. Dia baru teringat petunjuk yang diberikan oleh Kairul berbulan yang lalu.
"Tunang dia excident. Sekarang hilang tak tahu pergi mana. Aku dengar mak dia sanggup sorok anak dari Orked ni." Kata kata Kairul terngiang dalam otaknya.
"Ahhh shittt." Al Ryan maki dirinya sendiri. Dia langsung tak dapat meneka!
"Are you okay encik Ryan?" Tanya Orked. Hairan dengan tingkah Al Ryan yang bertukar secara tiba tiba.
Al Ryan senyum kelat sambil cuba mengawal perasaan yang bercelaru. Dia menarik nafas panjang. Cuba tenangkan diri. Orked masih berdiri. Dia jelas keliru dengan perubahan tingkah laku Al Ryan.
“Tak ada apa-apa,” balas Al Ryan perlahan.
“You boleh keluar.”
Orked mengangguk sebelum melangkah keluar dari bilik.
Al Ryan termenung seketika selepas Orked keluar. Namun, rasa ingin tahu yang membuak-buak dalam diri membuatkan dia tak boleh terus diam.
Tiba-tiba, satu idea muncul di kepala. Dia akan cuba dapatkan jawapan daripada Orked, tapi dengan cara yang lebih halus. Soalan perangkap.
Al Ryan menghela nafas panjang sebelum menekan semula butang interkom.
"Orked, boleh masuk sekejap lagi?" Suaranya kedengaran lebih tenang walaupun hati berdebar.
Orked masuk semula ke bilik Al Ryan. Kali ini, dia nampak sedikit teragak-agak. Mungkin kerana sikap Al Ryan yang pelik tadi.
"Ya, Encik Al Ryan. Ada apa lagi yang saya boleh bantu?"
Al Ryan senyum nipis. Dia berpura-pura sibuk menyemak beberapa dokumen di hadapannya sebelum menutup fail itu dengan perlahan.
"Sebenarnya I ada satu lagi soalan nak tanya." Ujar Al Ryan sambil memandang tepat ke arab Orked.
Orked terdiam sejenak. Dia jadi ragu ragu dengan soalan yang bakal Al Ryan lontarkan.
"Kalau ia berkaitan kerja. Saya akan cuba jawab."
Al Ryan tersenyum nipis. Dia tahu Orked cuba mengelak, tapi dia tak akan lepaskan peluang ini.
"Sebenarnya, I nak tanya. You tak rasa pelik ke bila I tak ingat apa-apa pasal you?" Soalan itu dilontarkan dengan nada yang santai seolah-olah itu hanyalah satu persoalan biasa.
Wajah Orked kelihatan tenang sahaja. Dia harus berhati hati jawab soalan ini.
"Sejak bila encik lupa saya? Encik tahu je kan saya ni pekerja encik."
"Di hospital. I lupa you. I tanya you siapa. Walhal you ni pekerja I. Kenapa I boleh lupa."
"Ohhhh itu ke? Biasalah encik kan baru sedar dari excident. Mestilah otak ting tong." Ujar Orked bersahaja.
Al Ryan angguk. Berpura-pura menerima jawapan itu. Tapi dia tak akan berhenti di situ.
"Betul ke? Tapi kenapa masa tu you macam kenal rapat dengan I? Macam ada sesuatu... Maksud I you lebih dari pekerja. Seorang pekerja tak akan bagi masakan sendiri pada bos." Ujar Al Ryan dengan nada sedikit memancing.
Orked tergelak kecil. Dia mengeleng kepala. Kenapa dengan perangai Al Ryan hari ini? Tiba tiba sahaja tanya soalan yang pelik. Dari dulu dia dah cakap. Dia hanya pekerja atau mungkin Al Ryan dah ingat semula? Dadanya terasa sedikit berdebar tapi dia sedaya upaya untuk bertenang. Mustahil Al Ryan ingat sepantas ini.
"Saja bawa bekal pada bos. Biar encik cepat sihat. Company ni tak ada lah goyah sangat. Company ni goyah. Kat mana saya nak kerja? Sekarang dah lah susah dapat kerja." Ujar Orked bersama senyuman. Dia cuba meyakinkan Al Ryan.
Al Ryan senyum sinis di dalam hati. Dia tahu Orked sedang berbohong.Pelbagai alasan yang diberikan Orked.
"Encik ni suka mengarut lahhh. Saya keluar dulu lahh. Sekejap Adi. Sekejap pekerja. Lepas ni apa pula! Jangan tanya bila nak mati sudahlah!" Bebel Orked. Sebelum Al Ryan tanya soalan lagi. Kaki Orked melangkah pantas tanpa menoleh ke belakang.
Selepas Orked keluar dari bilik Al Ryan, langkahnya terasa berat. Dia menarik nafas panjang untuk bertenang.
Mata Orked tertumpu pada dokumen yang ada di atas meja. Akan tetapi fikiran dia melayang jauh. Dia masih terfikirkan soalan pelik Al Ryan tadi. Soalan tentang Adi, tentang masakan yang dia bawa dulu, tentang Al Ryan yang tak ingat apa-apa pasal dirinya. Semuanya membuatkan hati Orked resah.
Tangannya pegang pen. Dia cuba untuk fokus pada laporan yang perlu disiapkan. Tapi gagal.
Dia asyik teringat perbualan tadi. Orked geleng kepala berkali kali untuk menghilangkan rasa tidak selesa.
"Takkan dia dah ingat balik?" bisik hati kecilnya. Mustahil! Puan Sarimah dah janji yang Al Ryan takkan ingat lagi siapa dia. Orked menghela nafas panjang lagi, cuba menenangkan hatinya. Dia tahu. Selagi dia bekerja di sini. Dia harus kawal perasaan. Al Ryan bukan lagi tunangnya.
Itu yang dia kena ingat selalu.
Dia tidak boleh biarkan perasaan itu mengganggu kerja. Dia kena kuat teruskan hidup macam biasa. Al Ryan adalah bos dia sekarang dan dia pekerja terbaik syarikat ini.
Dengan perasaan yang bercampur baur. Orked cuba untuk senyum sendiri.
"Aku okey je. Selama ni aku okey je. Tak ada pun perasaan itu lagi." Dia cuba yakinkan diri sambil menarik nafas panjang dan hembus. Orked kembali fokus pada kerja.
"Betul ke you bercinta dengan Adi?” Al Ryan bertanya tiba tiba. Walaupun tenang dia brtanya tapi suaranya jelas mengandungi kecurigaan. Dia melihat tajam susuk tubuh itu. Orked berpaling ke belakang. Dia berkerut dahi. Al Ryan sudah tanya soalan yang tak terjangka. Langsung tak ada kena mengena dengan projek. "Itu hal peribadi saya. Tak perlu saya jawab jika tidak berkaitan dengan kerja." Al Ryan menarik nafas panjang. Dia terangguk angguk dengar jawapan Orked dan secara tiba tiba dia senyum sinis. Dia baru teringat petunjuk yang diberikan oleh Kairul berbulan yang lalu. "Tunang dia excident. Sekarang hilang tak tahu pergi mana. Aku dengar mak dia sanggup sorok anak dari Orked ni." Kata kata Kairul terngiang dalam otaknya. "Ahhh shittt." Al Ryan maki dirinya sendiri. Dia langsung tak dapat meneka! "Are you okay encik Ryan?" Tanya Orked. Hairan dengan tingkah Al Ryan yang bertukar secara tiba tiba.
Share this novel