• Chapter 04 •

Short Story Completed 62066

Aidan Syafiq yang baru keluar dari rumah dengan membawa dulang berisi air, melangkah beberapa tapak ke arah anaknya yang masih bermain di taman mini di hadapan rumah.

Dia perlu bercakap dengan Kayla Kalisya tentang beberapa perkara.

"Hi Kayla sayang. Papa... Juanda, tolong tuangkan air ni ke dalam gelas," katanya sambil duduk di atas tikar merah, berhadapan dengan Juanda.

"Baik, tuan." Juanda menyambut dengan senyuman.

"Mommy..." Kayla kelihatan sedikit takut apabila melihat Aidan.

Pantas dia memeluk tubuh Juanda erat-erat.

"Mommy?" Aidan memandang Juanda dengan wajah penuh tanda tanya.

Dia sedikit pelik kenapa tiba-tiba anaknya memanggil Juanda dengan gelaran itu?

"Kejap Papa awak nak ambil dulang ni dulu, ya..." Juanda tersenyum segan.

Aidan Syafiq pula tidak henti-henti melirik ke arah Kayla Kalisya. Dia jadi tidak tentu arah melihat reaksi anaknya.

"No, Mummy... Papa so menyeramkan. Look, the eyes..." bisik Kayla perlahan di telinga Juanda.

"Ya Allah, mata Papa awak memang macam tu lah..." Juanda tergelak kecil mendengar kata-kata anak majikannya itu.

"No... see, dia nampak macam monster! See!" Suara pelat Kayla makin ketara walaupun nadanya perlahan.

Aidan Syafiq hanya tersenyum nipis. Dia dengar semuanya, tapi malas hendak bertekak dengan budak kecil.

"So... nak duduk dengan Mommy ke atau nak datang sini?" Aidan menongkat kaki sebelah atas tikar sambil mendepa tangan ke arah Kayla.

"Mommy, see Monster... aaaaaaa!" jerit Kayla lalu terus memeluk leher jinjang Juanda.

Aidan Syafiq menggaru dahinya. Sejak bila anaknya nampak dia seperti monster pun dia tak tahu.

Kecil-kecil dah pandai cakap Papa dia monster.

"Cepatlah baby... Papa jadi monster betul-betul nanti. Mommy you pun jadi mangsa Papa. Cepat..." usik Aidan sambil menjongket kening, senyuman nakal menghiasi bibirnya.

"Tuan, sabar... sabar..." Juanda tersenyum sambil memujuk.

"Juan pujuk Cik Kayla dulu." Tangannya menepuk belakang Kayla perlahan-lahan.

"Baby, Papa you tu oranglah, bukan monster tau. Nah, cuba tengok betul-betul..." Juanda memalingkan wajah Kayla ke arah Aidan.

Dalam hati, dia sendiri kadang-kadang rasa seram juga tengok mata hitam pekat milik Aidan.

"Papa..." Kayla tersenyum gembira lalu berlari ke arah Aidan.

Aidan dan Juanda tersenyum serentak.

"Good girl. Inilah anak kesayangan Papa," kata Aidan sambil memeluk erat tubuh kecil itu.

Malam turun perlahan di halaman rumah dua tingkat itu. Lampu-lampu kecil yang tergantung di sepanjang pagar batu menyala redup, menambahkan suasana tenang di sekitar taman mini.

Dari tingkap kaca ruang tamu, Aidan Syafiq memerhati anaknya yang kini terlena di atas ribaan Juanda.

Juanda sedang duduk di buaian rotan yang tergantung di beranda, mengusap perlahan rambut Kayla Kalisya yang lena berbalut selimut nipis.

Aidan Syafiq mendengus perlahan. Entah kenapa, malam itu hatinya terasa berat. Pandangannya masih tertumpu pada dua sosok tubuh itu satu kecil yang sangat dia sayang, satu lagi... wanita yang entah sejak bila mula menggugat fokus hidupnya.

Juanda bukan sesiapa.

Itu hakikat.

Dia hanya pembantu rumah.

Wanita biasa yang hadir dalam hidup mereka untuk membantu menguruskan rumah dan anaknya.

Itu sahaja.

Tapi kenapa hati dia mula rasa tak tentu arah bila melihat Kayla Kalisya memanggil Juanda sebagai ‘Mommy’?

Kenapa dadanya terasa sempit saat Juanda tersenyum pada anaknya, dan bukan padanya?

"Kayla dah tidur?" Suaranya perlahan, tapi cukup kuat untuk Juanda dengar.

Juanda mengangguk sedikit tanpa menoleh.

“Letih sangat tadi… main sampai tak ingat dunia."

Aidan Syafiq melangkah keluar dari ruang tamu, menghampiri mereka. Langkahnya perlahan, matanya masih lekat pada wajah tenang anaknya.

"Dia selalu panggil awak ‘Mommy’ bila saya tak ada ke?" soalnya tiba-tiba.

Juanda terdiam.

Tangannya terhenti dari mengusap rambut Kayla.

"Bukan selalu… tapi sejak seminggu dua ni, ya. Mungkin sebab dia rasa lebih selesa," balasnya jujur.

"Dia tak ada hak nak panggil awak macam tu." Ayat itu keluar sebelum Aidan sempat menapis nadanya.

Juanda mendongak.

Wajahnya tenang tapi matanya ada redup yang dalam.

"Kalau tuan rasa tak patut, saya boleh tegur dia lepas ni," jawab Juanda perlahan.

Tidak defensif.

Tidak marah.

Aidan Syafiq telan liur.

Rasa bersalah mula menyelinap. Dia tahu Juanda bukan minta dipanggil begitu. Kayla Kalisya yang memilih.

Dan kalau dia jujur dengan dirinya sendiri, Kayla Kalisya tak pernah kelihatan sebahagia itu sejak kehilangan ibunya.

"Saya tak marah," Aidan bersuara semula, lebih perlahan.

"Cuma... saya takut. Takut kalau nanti dia terlalu bergantung pada awak lepas tu awak tinggalkan dia."

"Ada saya cakap saya nak tinggalkan?" soalan Juanda membuatkan Aidan terkedu.

Sunyi menyelubungi antara mereka seketika, hanya bunyi cengkerik malam yang mengisi ruang.

"Maaf... saya cuma risau," ucap Aidan akhirnya, lebih jujur daripada sebelumnya.

Juanda tersenyum nipis.

"Saya tahu. Tapi percayalah, saya tak pernah anggap Kayla sebagai beban kerja saya. Dia dah macam…" Dia tak habiskan ayat itu.

"Macam anak sendiri?" soal Aidan.

Juanda angguk perlahan.

Aidan Syafiq pandang wajah wanita itu lama-lama. Wajah yang selama ini dia lihat tanpa benar-benar memerhati.

Dan malam itu, dia sedar satu perkara.

Juanda bukan sesiapa.

Tapi dia juga bukan ‘tiada siapa’.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience