Completed
62066
Sebulan kemudian.
Kayla dan Aidan menunggu Juanda di mana Juanda sedang belajar bab perkahwinan, Rasminya card pernikahan.
"Papa, Mommy Juan lambat lagi ke nak balik..? Sekarang dah pukul dua petang tau.." Kayla menarik pengelangan tangan Aidan.
"Belum sayang, Mungkin tak lama lagi Mommy keluarlah tu sabar sikit ya.." Ia menarik Kayla ke dalam pelukannya.
"Eh tu Mommy..." Segera ia membuka pintu kereta dan dia berlari mendapatkan Juanda yang sedang bercakap dengan beberapa orang wanita disitu.
Aidan melepaskan keluhan nipis, Dia tak faham kenapa Kayla lebih gemarkan Juanda.
Padahal di matanya Juanda hanya biasa-biasa saja..
"Hi Mommy..." Kayla melambai tangan pada Juanda dengan senyuman bahagia dibibir.
"Eh Hi.. bila sampai ni baby, datang dengan siapa..?" Juanda terus mendukung Kayla dengan senyuman manis.
"Dengan Papa, tu.." Ia menunjukkan pada susuk tubuh lelaki yang lagi berjalan kearah mereka.
"Macam mana dah settle ke kursus kahwin dah siap belum..?" Aidan memandang ke dalam anak mata Juanda.
"Sudah Tuan, tapi keluarga Tuan tahu ke tentang hal ni? Juan risau mereka tak setuju jer.." Juanda mencuit pipi Kayla tahkala Kayla mencium pipinya.
"Dah.. Kitorang cuma tunggu awak saja Juand, Anak saya ni betul-betul tak sabar nak nanti awak jadi Mommy dia.." Aidan hanya tersenyum nipis.
"Betul-betul.." Kayla menutup muka dengan tapak tangan sendiri dengan senyuman.
"Jom saya bawa awak ke rumah bonda, Diorang dah tunggu kita dekat sana.." Aidan melangkah pergi dengan memakai spek hitam kembali.
Juanda mengikuti langkah Aidan dari belakang.
Mereka bertiga sudah keluar dari kereta, Kebetulan Amri keluar dari rumah dia mendapatkan Aidan dan Kayla di laman rumah mereka.
"Assalamualaikum Am.." Aidan memberi salam dan bersalam seketika.
"Waalaikumussalam bang, Masuk-masuk Bonda dengan Papa ada di dalam tu.." Amri begitu ramah dengan mereka.
dia melihat Juanda membawa beberapa bungkus beg dan beberapa kuntum bunga untuk si Bonda.
"Hi Juan.." Amri melambai tangan pada Juanda.
"Hi encik Amri, Apa kabar sihat ke..?" Ia menundukkan sedikit wajah tanda hormat.
Kayla dengan Aidan mula tak senang duduk.
Aidan menjeling tajam pada wajah Juanda kerana berani lepas senyum begitu pada adiknya.
"Mommy jom masuk, Maktok dah tunggu tu.." Kayla menarik tangan Juanda masuk ke dalam rumah banglo mewah tiga tingkat itu.
"Juan minta diri dulu encik Amri.." Langkahnya di percepatkan kerana Kayla menarik tangannya sedikit kuat.
"Baiklah hati-hati.." Amri begitu senang hati dengan Juanda.
Pernah dia berangan-angan untuk memiliki gadis kacukan itu tetapi abangnya sudah sailang angan-angan dia.
"Aku masuk ke dalam dulu.." Aidan memain kunci kereta lagi sebelah tangannya di masuk ke dalam poket seluar.. Dia tak suka bakal isterinya di perhati begitu.
"Hemmm.." Amri terus masuk ke dalam rumah.
Aidan bercekak tubuh sendiri bila Juanda perlakukan Bondanya seperti biasa.
Kayla selalu duduk di atas riba gadis itu sambil bersembang tentang hal wanita.
"Bila sampai Ai.." Tun Zahir menepuk bahu Aidan.
"Papa, assalamualaikum.." ia terus menyalami tangan Papa nya.
"Waalaikumussalam, duduklah Ai.. macam mana semua berjalan dengan lancar ke..?"
"Juan, dia ada buat perangai tak sebelum ni..?" mata tun Zahir melirik pada Juanda di laman kolam renang.
"Semua baik-baik je Papa, Biasalah Kayla tu asyik merengek nakkan si Juanda tu Ai terpaksa ikut kehendak Kayla tu Pa."
"Kalau tak Ai takkan cari penganti baru Mommy dia tu.." Bebel Aidan melihat kearah Kayla yang lagi merengek meminta sesuatu pada Juanda.
"Tulah tu, Papa tengok pun anak kamu tu dah biasa dengan si Juanda tu."
"Ilmu apalah dia pakai sampai Kayla tak mahu lepaskan Juan langsung.." Tun Zahir menepuk bahu Aidan sekali lagi dengan senyuman.
"Semoga berbahagia nak hingga ke jannah.." Kini Tun Zahir memeluk tubuh Aidan.
Sedangkan Aidan terkedu sendiri.
"Mommy, buatkan Kayla coklat panas boleh tak..? Kayla haus nii.." Rengek Kayla pada Juanda.
"Baby, Ni rumah Maktok Kayla, Mommy tak boleh sesuka hati buat itu ini begitu saja.."
"Nanti Mommy kena marah macam mana...?" Juanda memujuk Kayla dengan mengendong tubuh Kayla.
"Tapi Mommy dah nak kahwin dengan Papa, so no wonderlah Maktok tak kasi Mommy buat apa jer dekat sini kan.. kan.." Kayla mencuit hidung Juanda.
"Dah ye baby, bukan sesudah berkahwin, Pandai ye baby Kayla ni.." Ia menepuk-nepuk belakang tubuh Kayla seketika.
Tak sampai sepuluh minit dia menepuk begitu Kayla sudah terlena di dalam pelukkan Juanda.
"Mommy Juan..." Rengeknya Kayla di dalam mimpi.
"Ssshh Mommy ada ni baby, tidur ya.." Juanda sudah bangun dari duduk dia berlegar di kawasan pondok yang berimbun dengan bunga kertas warna unggu itu.
Sebenarnya apa yang dibuat Juanda tadi di lihat langsung oleh seseorang.
Dia yakin Kayla mampu bahagia kerana akan ada seorang gadis sanggup berkorban untuk seorang anak yang tiada pertalian darah.
"Bonda tengok apa tu..?" Finas juga menjenguk keadaan di luar.
"Juanda.. Dia tu dah boleh jadi seorang ibu yang baik untuk Kayla, Tengoklah tu beberapa kali Juanda tepuk-tepuk belakang budak tu."
"Kayla dah pun tertidur.." Nora menunjuk kearah Juanda di tepi kolam renang.
"Dia sihirkan Kayla tu.." Finas mencebik bibir tanda menyampah.
Nora memerhati wajah Finas dengan tanda tanya, Benarkah kata-kata anak bongsunya itu.
Jika benar Aidan juga pasti sudah terkena sihir Juanda..
Aidan mendapatkan Juanda dan Kayla yang masih di pondok buatan kayu jati.
"Juan." Aidan berjalan dengan tenang kearah mereka dua disitu.
"Tuan, Ada ape ni nak balik dah ke..?" Belakang tubuh Kayla di tepuk-tepuk lagi untuk menidurkan Kayla.
sedangkan dia masih duduk bersandar saja di tiang kayu jati itu.
"Bonda panggil diorang jemput kita pergi makan dekat dalam, Jom Kayla biar saya bawakan.." Dari tadi dia sudah perasaan Kayla merengek sebab mahukan Juanda.
air coklat sebagai alasan untuk membuat Juanda mendukung dirinya.
"Jom tapi Bonda tak marah kan..?" Ter-agak agak dia memberi Kayla pada Aidan tangannya sudah lenguh memangku tubuh Kayla dari tadi.
"Untuk apa Bonda nak marah, Diorang tengah masak tu."
"And sebab tulah Bonda ke dapur lepas awak dukung Kayla tadi.." Jujurnya dia kepada Juanda.
Juanda mengangguk kepala tanda faham.
Nora memerhati pada wajah Aidan yang lagi menyuap nasi ke mulut.
"Korang dah bincang habis-habis ke nak berkahwin ni.?"
"Ya betul lah Maktok, Papa dengan Mommy akan berkahwin.."
"Maktok datang ye nanti Kayla nak pakai gaun pengantin juge hihihi.." Balas Kayla dengan senyumannya.
"Maktok tak tanya kamu Kayla, Maktok tanya Papa kamu."
"Kamu tu jangan mencelah boleh tak bila orang tua-tua bercakap.." Matanya melirik pada Aidan.
"Bonda, Bulan depan hurmm Aidan akan berkahwin dengan Juanda.." Matanya terpejam kejap terus di celik pula.
"Secepat tu..?" Finas mencelah.
"Habis tu bile lagi Maksu? Kayla perlukan Mommy Juan faham tak..!!" Kayla mula tak puas hati dengan kata-kata Finas tadi.
"Hey budak !!! Yang nak kahwin Papa kau bukannya kau, Agaknya perempuan tu dah sihir kau dengan bapak kau sekali tak..?"
"Haish sebab tulah korang tergila-gilakan sangat dengan pembantu rumah ni.." Bengis kata-katanya pada Kayla.
"MAKSU!! TAK BAIK TAU MAIN TUDUH MACAM TU !!! MAKSU TAK PERNAH KE SEKOLAH KE..?" Kayla berdiri diatas kerusi.
"Baby, Jangan macam ni duduk meh makan dulu Mommy suapkan.." Lengan kecil itu di tarik untuk duduk kembali.
"PAPA!! Kenapa Papa diam jer? Papa tak sayangkan Mommy Juan ke kenapa Papa tak nak kahwin dengan Mommy ke..? Jawablah.." Kini tatapannya kearah Aidan pula.
"Sudah duduk Kayla, awak tu kecik lagi jangan sibuk tentang hal orang tua-tua nak kena cubit ke?" Nora menjegil mata kearah Kayla.
"Maaf semua, Juan bawa Kayla keluar dulu.." Nasi belum di jamah air pun belum di sentuh terus dia mendukung Kayla keluar dari situ.
Dia tak mahu keruhkan lagi keadaan cukuplah dia saja sengsara bukan Kayla.
"Mommy Juan, Mommy lapar tak..?" Bahu Juanda di tepuk perlahan mereka berada di laman ya hujan renyai mula menitik ke bumi.
"Mommy Juan dah biasa baby, tapi perut baby tu mesti laparkan..?"
"Hurm apa kata kalau kita naik teksi lepas tu kita pergi makan dekat mana-mana dulu sebelum Papa awak cari kite. Nak tak..?" Juanda memberi cadangan kepada Kayla.
"Boley, Ajom.." Terus dia menepa tangan pada Juanda.
Juanda pula tanpa basa basi terus mendukung Kayla keluar dari perkarangan rumah tersebut.
Mereka melampai tangan kearah teksi dan dengan segera dia memberitahu location untuk mengisi perut yang lagi kerongkong kerana tak sempat pun nak jamah apa-apa tadi.
Yes.. siap satu episod and nantikan episod seterusnya akan datang hehehe..
Share this novel