Completed
62066
Kayla menghentak kedua kakinya di lantai, bila ia memanggil Juanda di belakang rumah yang lagi mencakar daunan guguran di tanah.
Tapi Juanda tak menghiraukan Kayla yang sudah menangis dan suara esakkannya di rintih kuat.
"Mommy Juan..."
"Hikss.."
"Mommy... kenape Mommy tak pandang Kayla. !!"
Hieeeh..
Hiksss..
Heeeeh..
Esakkannya semakin lama semakin kuat dan sendunya tak dapat di tahan lagi.
Bahu Kayla di sentuh dari belakang.
"Papa." Kayla mengelap airmata sendiri di bawah bibir sendiri..
"Sayang.. Jangan menangis lagi Papa awak ada ni." Aidan menarik tubuh anaknya ke dalam pelukan.
Juanda hanya memerhati dia tak berani langgar janjinya pada Aidan.
Dengan langkah lemah dia meletakkan penyapu di dalam stor, langkahnya dibawa masuk ke dalam rumah melalui pintu dapur.
"Mommy.." Ia mengapai tangan Juanda tetapi pantas juanda masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan Kayla lagi.
"Sayang, Dia bukan Mommy you sayang cukup ya.." Ia terus mendukung Kayla naik ke dada mereka kembali masuk ke dalam rumah.
Selepas Juanda mandi dan menyiapkan diri dia kembali ke dapur untuk membuat makanan petang untuk Majikan..
"Juan, Saya nak cakap sesuatu ni boleh tak awak ikut saya ke depan kejap..? Please." Aidan menyandarkan badannya di dinding.
"Baik Tuan.." dia meletak kuali di atas pemanggang, terus dia mengikuti langkah Aidan ke ruang tamu.
Aidan duduk di sofa berhadapan dengan Juanda dia memerhati dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Ia mengangguk kepala perlahan dia harus membuat keputusan untuk kebaikan anak sendiri.
"Juanda.. Mulai harini saya berhentikan awak dari berkerja di sini, tentang Kayla.. awak tak perlu bimbang pekerja lain masih ada."
"Selama tiga bulan ni saya akan bayar gaji awak dua kali ganda dari gaji asal awak ya Juan.."Senafas dia berkata-kata di depan gadis itu.
Juanda hanya menundukkan kepala dari tadi.
"Awak ada apa-apa yang nak cakap atau nak saya tunaikan apa-apa sebelum awak pergi dari sini Juan.." Aidan bangun dari sofa dia berjalan empat tapak ke arah Juanda.
Sungguhnya dia sayangkan Kayla tapi tak adil untuk Kayla membuat anak itu menangis kerananya.
"Juan tak minta apa-apa pun Tuan, Terima kasih atas segalanya kerana mengambil saya berkerja disini sebagai pembantu rumah."
"Dengan nama allah saya takkan tuntut apa-apa dari Tuan mulai saya keluar dari rumah ni esok. Terima kasih..
Aidan melepaskan keluhan berat dia tak mampu berkata apa-apa lagi.
Jika Juanda masih di sini dia risau keadaan anaknya semakin membimbangkan dia terlalu sayangkan Kayla.
"Juan minta diri dulu nak kemas barang.." Dia berundur setapak ke belakang terus dia bergegas meninggalkan ruang tamu itu.
"Papa.." Kaku Kayla di atas tangga.
"Kenape Papa pecat, Mommy?" Kayla melangkah kaki turun dari tangga dia mendapatkan Aidan di ruang tamu.
"Maaf Kayla, Papa mesti buat macam ni untuk kebaikan Kayla dan demi kebaikan keluarga kita juga sayang." Bahu anaknya diusap lembut.
"Mama dah tinggalkan Kayla hikss.."
"Sekarang Mommy Juan pula nak tinggalkan Kayla !!! Kenape semue yang Kayla sayang pergi tinggalkan Kayla.."
"Kayla anak yang jahat ke Papa..?" Pilu hatinya dada kecilnya di tekan-tekan menandakan sakit di situ.
"Sayang kenapa ni..?" Aidan terus mencempung tubuh Kayla ke sofa Kayla sudah tak sedarkan diri.
"Juan! Juaaaaan!!! Tolong..." Aidan terus memerhati ke dapur tetapi tiada siapa pun yang menghampiri mereka disitu.
"Tak guna betul.." Terus Aidan membawa Kayla ke hospital.
Laila dan Qalisha turun dari tangga serentak jelas mereka dia dengar Tuan mereka memanggil seseorang di ruang tamu tetapi suara dan orangnya pula tak ada.
"Kau dengar tak apa yang aku dengar tadi..?" Laila terus berjalan ke ruang pintu besar.
"Dengar tapi sayup-sayup macam tulah.." Qalisha memerhati di ruang tamu itu hanya wangian perfume Aidan yang masih berlegar-legar disitu.
"Apa jadi ek..?" Laila mendapatkan Qalisha di depan sofa.
"Entahlah, Suara angin kot.." Laila dan Qalisha pandang diri masing-masing.
Beberapa kali Aidan menghubungi Juanda tetapi gadis itu langsung tidak mengangkat telefon dari.
"Arghh!! Salah aku juga terburu-buru ikutkan hati.. sekarang kau sendiri yang merana."
"Bodoh betul.." Ia tahu Juanda pasti sudah pergi dari rumahnya.
Dia memang cuai dan pentingkan diri sendiri.
Ya Juanda sudah pulang ke rumah peninggalan ibubapanya di Mersing.
Walaupun tiada siapa di sana rumah itu tetap di jaga dengan rapi bil elektrik dan air masih terpasang dengan cermat.
"Ibu.. Ayah.. Juan dah pulang, Juan akan jagak rumah kita baik-baik macam ibu dan Ayah jagakan Juan dari kecil."
"Alhamdulillah terima kasih Ayah.." Ia segera membuka kunci pintu rumah dengan senyuman.
Selepas dia masuk ke dalam rumah Juan membuka lampu dan kipas angin berputar di atas kepala.
Lenguh kakinya berjalan masuk ke rumah teksi hanya mahu menghantar di depan jalan besar saja padahal ada tiga beg besarnya nasib baik ada abang motor tolong hantarkan.
"Hurmm selesanya.." Ia membaringkan diri di atas sofa panjang matanya terkatup rapat.
TING.
satu mesej di terima oleh fhone Juanda.
Ia masih ralit selesakan diri dengan nyaman bukan selalu dia dapat rasakan keselesaan membaringkan diri di petang hari.
Jika di rumah Aidan dia sudah bertungkus lumus di dapur membuat makanan petang untuk Majikannya.
TING.
Satu pesanan di terima lagi.
Lantas tangan Juanda mencari fhone di dalam beg tangannya, dia membuka lock screen aplikasi whatsapp di semak.
TUAN AIDAN. [Kayla ada di hospital kalau awak tak ada apa-apa hal awak boleh datang jengukkan Kayla kejap..]
TUAN AIDAN. [Saya minta maaf sebab pecat awak tadi. Kayla dapat tahu yang saya pecat awak, dia marah-marahkan saya sebab saya buat macam tu.]
[Saya harap awak dapat datang ke sini sekejap pun jadilah..]
Juanda hanya memberi bluetick saja.
TUAN AIDAN. [Kayla perlukan Mommy dia Juan..]
TUAN AIDAN. [Saya bersalah sebab pecat awak Juan! Saya tarik balik kata-kata saya tadi. Tolonglah Juan jangan bluetick saja please.]
Juanda terus menutup aplikasi WhatsApp dia mematikan fhone,hatinya juga sakit di pecat begitu tanpa menyatakan apa salahnya.
"Maaf Tuan Aidan, saya takkan pergi jumpa Kayla atau pun dengan Tuan !!"
"Saya bukan pekerja Tuan lagi mulai dari hari ni saya minta maaf sekali lagi." Juanda kembali memejam mata.
Dia sudah bersedia untuk makan duit kerjanya selama bertahun-tahun berkerja dengan Aidan.
Masanya sekarang dia harus utamakan diri sendiri berbandingkan orang luar yang tak ada kena mengena dengan hidupnya.
Share this novel