Completed
62066
Syukri dan Othman membawa Juanda ke rumah Aidan dengan mengikat tangan gadis itu dari belakang.
Hampir seminggu juga Juanda tak keluar dari rumah dia takut jika Aidan dapat menjejaki dirinya akhirnya ketahuan juga.
"Keluar.." Syukri mengheret tangan Juanda ke depan laman rumah Aidan.
"Lepaslah, sakit tau tak.." Dia menjauhkan diri dari Syukri dan Othman disitu.
"Kau tahu tak anak tuan Aidan sakit teruk bila kau blah dari hospital haritu?"
"Kau memang kejam tau.." Othman membawa Juanda ke dalam rumah Aidan.
Click
pintu rumah dibuka dari dalam.
"Tuan..." Syukri dan Othman menolak tubuh Juanda ke arah Aidan.
"Thanks sebab dapat jumpa dengan Juanda lagi. Korang boleh pergi dulu." Aidan bangun dari duduk dia membuka ikatan tali di tangan Juanda, Sempat dia jeling wajah gadis itu.
"Apa Tuan nakkan lagi.. Juan dah buat semua yang Tuan mahukan, Tak cukup lagi ke?" Dia mengelus pengelangan tangannya kejap.
"Saya nak buat keputusan sekarang demi anak saya, Kayla.."
"Saya minta maaf sebab buat keputusan terburu-buru tanpa fikir masak-masak."
"Saya nak kita berkahwin sekarang.." Aidan kembali duduk di sofa tadi.
Juanda menggeleng kepala, Dia sudah tahu apa yang ada dalam kepala otak ex Majikkannya selama ini.
Cuma lelaki itu terlalu egois.
"Tuan masih tak move on dengan bekas isteri Tuan, Macam mana kite nak mendirikan rumah tangga bersama..?"
"Cuba Tuan fikir sekali lagi please." Juanda lantang bersuara.
Aidan menanggalkan spek mata lalu di letak atas meja di depannya, saat itu jugalah dia pandang anak mata Juanda.
"Saya janji saya takkan sentuh awak, Walaupun masa tu kita dah sah jadi suami isteri yang sempurna.."
"Saya cuma mahukan impian Kayla menjadi nyata !!"
"Awak tahu dia cuma mahu awak jadi Mommy dia saja Juanda." Aidan memberi sebuah cek kepada Juanda bernilai satu juta ringgit di letak atas meja.
"Hahaha.. okey, saya pegang janji Tuan tapi ingat jangan sampai makan janji ya." Juanda mengambil cek itu lalu di masuk kan ke dalam poket seluar.
Aidan mengangguk faham dengan kata-kata Juanda.
"Tunggu saya pergi kursus kahwin dulu, Siap semuanya nanti saya sendiri datang sini dan berkahwin dengan Tuan Aidan sendiri."
Jangan buat kesilapan lagi ya Tuan Aidan bye.." Juanda terus meninggalkan rumah itu.
Kini baru dia tahu, Sebut saja wang pasti yang tak mahu pun menjadi mahu.. Begitu hebatnya nilai duit berbanding dengan taruhan di masa hadapan.
"Nanti.."
"Hurm. Ape lagi Tuan.?"
"Lepas kita berkahwin nanti, saya tak nak satu bilik dan satu katil dengan awak."
"Awak boleh tidur dengan Kayla di bilik dia. Awak Faham tak.?" Aidan bercekak dada.
"Ouh. Boleh arahan senang sangat tu, Saya berkahwin dengan Tuan bukan sebab cinta."
"Tapi sebab saya sayangkan cik Kayla." Juanda segera beredar pergi.
Berkurun nak type episod ni ahaha..
Share this novel