• EPISODE 09 •

Short Story Completed 62066

Hampir empat jam Kayla terperuk di dalam bilik dia mahu Juanda memujuk dirinya.

Akan tetapi hampa sampai sekarang Juanda masih tak kunjung tiba apatah lagi menghubungi dia.

"Mommy tahat.."

"Kenape Mommy buat Kayla macam ni.."

"Kayla tak cantik ke di mata Mommy ke..?"

"Sampai hati Mommy tak pujuk Kayla.."

"Apa salah Kayla pade Mommy.." Ia mengusap wajah dengan kedua tapak tangannya.

"Kay-" Ia mendiamkan diri bila pintu bilik dibuka dari luar.

"Hi cik Kayla.. kenapa tak turun ni tak lapar ke sayang..?" Damia mendekati dirinya pada Kayla.

"Mane Mommy Juan..?" Wajahnya sudah berubah dingin.

"Kenape dia tak pujuk Kayla! Kayla dah tak tantik lagi ke aunty."

Hu Hu Hu Hu Isk.

Terkebil-kebil matanya melihat pada wajah Damia.

"Kayla perlukan Mommy.."

"Kayla sayang Mommy.."

"See.. Mommy dah benci Kayla aunty.." Ia menekup wajah sendiri.

"Sayang aunty.. Mommy Juanda tu sibuk tau harini dia cuti dia balik ke rumah sendiri."

"Nanti malam pukul 10 baru dia datang sini semula Cik Kayla tak boleh macam ni nak.." Damia mendukung Kayla dengan senyuman.

"Seee.. Mommy balik pun tak bagitahu Kayla.."

"Mommy dah ade anak baru dengan Papa ke aunty..?" Ia meletakkan wajahnya di bahu Damia.

"Ssshhhhh jangan cakap macam tu nanti Papa marah nak.." Belakang Kayla ditepuk lembut dia membawa Kayla turun ke bawah dengan segera.

"Mommy Juan hiks.." Kayla menangis dibahu Damia.

Damia memberhentikan langkahnya, dia mengigit bibir sedikit. Dia pelik kenapa harus dia panggil Juan kenapa bukan Khatijah ibu kandung sendiri.

"Mommy Juan tak sayangkan Kayla lagi.."

"Kayla benci hiks.."

"Kayla benci dengan diri Kayla sendiri hiks.."

"Dah.. dah jom kite pergi makan ya kejap lagi Papa awak dah nak balik.." Damia memeluk erat tubuh Kayla.

Kayla mengesat air hidung dengan jari dia sudah mengetahui segala-galanya.

Semuanya tentang Khatijah dia sudah berpaling tadah sejak Mama Papanya bertengkar di bilik dahulu.

Dia dengar sendiri Papanya jatuhkan talak pada Mamanya dengan talak 3 sekali gus.

Pada awalnya dia terlalu murung akibat perceraian itu.

Tetapi matanya berkelip-kelip memandang pada wajah Juanda yang selalu ambil perduli dan perihatin padanya.

Hingga dia merasakan Juanda lah ibu keduanya.

Damia duduk kan Kayla di kerusi mereka segera memotong cake yang dibuat Juanda yang memang khas untuk budak kecil.

Di potong-potong menjadi dadu dan di letak ke dalam piring.

Depan Kayla.

Kini pandangan matanya tertacap pada sebuah cake coklat yang di limpahi dengan coklat chip yang banyak.

Ia meneguk air liur berkali-kali.

Dalam rajukkannya dia pantas mengambil sudu juga lalu di cedok cake itu dengan penuh rasa lapar.

"Alhamdulillah.." Qalisha dan Damia tersenyum lebar.

"Harap-harap cake ni boleh buat rajuk Kayla tu berkuranganlah ye.." Damia berbisik pada Qalisha.

Qalisha mengangguk perlahan.

Selepas makan cake coklat dia makan nasi dalam kuantiti yang sedikit. Ayam masak merah di cedok Qalisha, sayur-sayuran yang di masak dengan sempurna di letak di tepi pinggan.

"Aunty... Kayla nak air oren.." mulutnya di cuci dulu dengan air bersih lalu dia makan sendiri tanpa disuap sesiapa pun.

"Cik Kayla ini airnya.." Air oren yang dibuat Juanda pagi tadi juga di tuang ke dalam gelas lalu diletak sebelah kiri tangan Kayla.

"Terima kasih and thank you.." Ia menjamah nasi di dalam pinggan perlahan-lahan.

"Sama-sama cik Kayla.." Qalisha kembali berdiri di belakang budak kecil itu dengan tenang.

"Air ni siapa buatkan..?" Kayla meneguk air oren hingga tinggal separuh didalam gelas panjang itu.

"Mommy Juan.." Damia tersenyum kecil.

Wajah Kayla tak terlalu hambar dia masih boleh terima kerana dia memang menyukai masakan dan minuman yang dibuat Juanda.

Ada ala-ala chinese style begitu.

Di dapur dia bercekak tubuh sambil melentok kepala ditepi bahu sendiri.

"Aunty.. aunty sekalian.. boleh I nak tanya sesuatu..?"

Qalisha dan Damia memerhati sesama sendiri.

"Tanya ape tu cik Kayla..?" Qalisha menyamai paras bahu dengan Kayla.

"You wake up.." Bahu Qalisha di tepuk perlahan.

"Baiklah.." Ia kembali berdiri menyamai dengan Damia.

"Kalau I nak aunty aunty ni tolong Kayla boleh tak..?"

"Tak banyak sikit jew.." Ia tersenyum manis di depan bibik itu.

"Boleh tapi aunty kena tahu juga cik Kayla nak kami tolong ape..? Boleh saja tapi jangan bukan-bukan ya Cik Kayla."

"Bukan apa kami berdua takut kena pecat dengan Papa awak saja, cik Kayla.." Damia memberitahu terlebih dahulu sebelum Kayla menyuruh mereka melakukan bukan-bukan.

"Hihi.. okey." Kayla menepuk tangan sendiri.

"Kayla nak aunty berdua ni pujuk Mommy Juan berkahwin dengan Papa Kayla boleh tak..?" Ia memegang kedua tangan Damia dan Qalisha.

"KAYLA APA SEMUA NI...?" Aidan bercekak pinggang didepan mereka bertiga.

Mereka bertiga tertunduk bila di cegah begitu.

"Tapi Papa..! I want Mommy Juan.." Kayla mengangkat wajah.

"Apa yang kau merepek ni Kayla..? Kau tahu tak dia tu cuma orang gaji dalam rumah ni apa kata orang kalau Papa kahwin dengan dia. !!"

"Papa bukan gilakan perempuan Kayla."

"Cukuplah jangan nak buat masalah macam ni lagi." Hambur Aidan pada anaknya.

"Papa tak faham..!!"

"Papa pentingkan diri sewdiri Papa tahu tak Kayla sunyi tanpa Mama..? Papa ke sana ke sini habis tu Kayla ni macam mane pulak.?!!!"

"Jawab Papa.." Ia bercekak pinggang didepan Aidan.

"Perangai you ni sebijik macam Mama you. Sehari tak memeningkan kepala orang tak sah.. !!!" Aidan terus berjalan pergi ke ruang tamu.

Kayla juga mengikuti langkah Aidan.

"Papa pun sama juga.."

"Kalau Papa tak bercerai dengan Mama, Kayla tak sunyi macam ni, you know.." Ia cuba naik ke atas sofa tetapi sofa itu terlalu tinggi buatnya.

Aidan memerhati lagak Kayla dia sudah pening kepala. Ini baru sorang kalau ramai mau pecah kepala otak dia memikirkan hal-hal lain pula.

"Now.. you want married dengan Mommy Juan atau tidak.. sila jawab dengan jujur Papa.."

"Kayla tahu dia owang gaji kite tapi dia still young person Papa.." Ia mendapatkan Aidan di depannya.

Otak Aidan ligat mencari ayat yang tepat untuk anaknya.

"Papa tak nak kahwin dengan dia.."

"Titik Papa bukan jenis gilai wanita seperti dia Kayla." Aidan membawa tubuh Kayla naik ke sofa.

"Good Papa.."

"Mulai hari ini Kayla akan pergi dawi sini! Kayla tak nak uduk dengan Papa again.."

"Kayla akan pergi cari Mama Kayla sendiri bye.. bye.." Ia terjun dari sofa dia terus berlari laju naik ke bilik.

"Kayla wait..!! Jangan buat hal sayang.." Aidan berlari mendapatkan anaknya di atas dia tahu bagaimana sifat Kayla.

Ya dia mengerti semuanya.

Jangan cakap CL pelat pula.. ahahaha

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience