Completed
62066
Aidan Syafiq berdiri di hadapan rak buku tinggi di ruang bacaan yang jarang dia jejak sejak kebelakangan ini.
Tangan kanannya memegang cawan kopi yang sudah lama sejuk, manakala matanya tertumpu pada satu bingkai gambar yang terselit di antara buku-buku lama.
Perlahan, dia menarik bingkai itu keluar.
Wajah wanita dalam gambar itu masih sama manis, lembut, dan penuh cahaya. Senyuman yang satu ketika dulu menjadi penenang jiwanya.
Rambut lurus paras bahu, mata yang redup, dan lesung pipit halus di pipi kanan.
Khatijah Rose
Isteri yang pernah menjadi dunianya.
Aidan Syafiq menarik nafas panjang. Gambar itu digenggam erat, seolah-olah mampu memindahkan rindu yang selama ini dikunci dalam diam.
Sakitnya masih terasa, walaupun sudah lebih tiga tahun berlalu.
Aidan Syafiq menghempaskan diri ke sofa kulit gelap. Gambar itu masih dalam genggamannya.
Dada terasa sesak.
“Maafkan abang… abang tak cukup kuat waktu tu,” bisiknya sendiri.
“Abang gagal lindung awak.” Tiba-tiba, suara kecil dari arah tangga mengejutkan lamunannya.
“Papa?”
"Kayla Kalisya.?"
Aidan Syafiq segera bangun, meletakkan bingkai gambar ke sisi sofa sebelum bergegas ke arah anaknya yang berdiri sambil menggosok mata.
“Sayang belum tidur lagi?” dia menunduk, mendakap tubuh kecil itu.
“Mimpi Mama…” ujar Kayla perlahan, suaranya masih bergetar.
Aidan Syafiq terdiam.
Perasaannya semakin berkecamuk.
“Mama peluk Kayla dalam mimpi. Mama bau wangi. Tapi lepas tu, Mama hilang…”
Aidan Syafiq tak mampu berkata apa-apa.
Dia hanya memeluk Kayla Kalisya lebih erat, seolah-olah ingin melindungi anak itu dari semua kehilangan yang pernah menyakitkan mereka berdua.
“Papa… Mama akan balik ke?” soal Kayla naif, menatap wajah papanya dengan mata bulat.
Aidan Syafiq menghela nafas panjang.
"Mama pasti akan balik kes ini semula. Tapi Kayla tak perlu risau. Papa ada. Selalu akan ada.”
Kayla Kalisya hanya mengangguk, lalu menyembamkan muka ke dada papanya.
Malam itu, Aidan Syafiq sekali lagi berjanji dalam hati.
Dia akan jadi kuat.
Demi anak kecil yang tidak pernah mengerti kehilangan, dan demi wanita yang telah pergi membawa sebahagian jiwanya bersama.
Kayla Kalisya demam panas badannya mencecah hampir 39 darjah, dan tubuh kecil itu hanya merengek lemah di atas katil.
Aidan Syafiq yang baru pulang dari pejabat terus meluru ke bilik anaknya selepas mendapat panggilan dari Juanda.
"Kenapa tak bawa dia ke klinik?" soalnya cemas, tangannya menyentuh dahi Kayla.
“Dah bagi ubat demam dulu, tuan. Tadi saya dah call klinik keluarga. Doktor kata pantau suhu dulu."
"Kalau makin tinggi, baru ke hospital,” jawab Juanda tenang, walaupun wajahnya jelas letih.
Aidan Syafiq duduk di birai katil, matanya tidak lepas dari Kayla Kalisya.
Anak kecil itu menggenggam tangan Juanda erat-erat, seolah-olah wanita itu satu-satunya tempat dia rasa selamat.
Aidan Syafiq terdiam.
Hatinya sedikit terguris, tapi dalam masa sama... dia bersyukur.
“Dari tadi awak jaga dia?”
Juanda hanya mengangguk.
Rambutnya diikat longgar, wajahnya polos tanpa solekan, tapi Aidan Syafiq perasan satu perkara senyuman Juanda tak pernah hilang.
Senyuman yang ringkas tapi menenangkan.
Senyuman yang sebelum ini langsung tak dia perasan... boleh sebegitu indah.
"Kayla minta saya duduk dengan dia… Saya tak sampai hati nak tinggalkan," kata Juanda perlahan sambil membetulkan selimut anak kecil itu.
“Terima kasih, Juanda.”
Juanda mengangkat wajah.
“Saya jaga dia sebab saya sayang dia, tuan. Bukan sebab kerja.”
Aidan Syafiq terkedu.
Kata-kata itu menampar hatinya.
Sudah lama dia tidak mendengar kata-kata jujur seperti itu dari sesiapa.
Tiba-tiba Kayla Kalisya bergerak sedikit dan meracau,
“Mommy… jangan pergi…”
Aidan Syafiq terpegun.
Juanda terus memegang dahi Kayla, berbisik lembut di telinga anak itu.
“Mommy tak ke mana, baby. Mommy sini saja…”
Air mata Aidan Syafiq hampir gugur.
Hanya seorang ibu boleh berkata begitu. Tapi Juanda bukan ibu kandung Kayla Kalisya, dia hanya seseorang yang benar-benar mencintai anaknya tanpa syarat.
Untuk pertama kali dalam masa yang lama, Aidan Syafiq melihat seseorang mengisi kekosongan dalam rumah itu. Bukan hanya sebagai pembantu, tetapi sebagai sinar.
Dan buat kali pertama juga, Aidan Syafiq sedar…
Dia tidak tahu bagaimana mahu meneruskan hidup tanpa senyuman Juanda di sekeliling mereka.
Aidan Syafiq duduk di hadapan cermin besar di bilik kerjanya. Tangan kirinya memegang bingkai kaca mata hitam yang biasa dipakainya ke pejabat, kononnya untuk gaya tapi realitinya, untuk menyembunyikan satu perkara yang orang sering perasan sejak dahulu.
Matanya.
Anak mata hitam legam yang sering disalah erti sebagai tajam, menyeramkan. Hingga anaknya sendiri, Kayla Kalisya, mula memanggilnya ‘Monster’.
Dia menghela nafas panjang.
"Papa look the eyes... scary…" kata Kayla terngiang semula di telinga.
Aidan Syafiq mengangkat wajah, menatap pantulan dirinya di cermin. Dia mula berfikir betulkah matanya menakutkan, atau sebenarnya dia sendiri yang tidak pernah belajar menyalurkan kasih sayang melalui pandangan?
Tiba-tiba pintu bilik diketuk.
"Masuk," katanya malas.
Juanda menjenguk kepala, tersenyum seperti biasa.
“Saya bawakan teh halia, tuan. Tadi nampak tuan batuk masa turun tangga.”
“Terima kasih.” Aidan bangun, mengambil cawan itu dari tangan Juanda.
Mereka terdiam sebentar.
Juanda memandang sekeliling ruang kerja Aidan yang kemas. Kemudian matanya tertumpu pada cermin besar di belakang Aidan Syafiq.
“Tuan tak pernah senyum depan cermin, ya?” soal Juanda tiba-tiba, senyum kecil bermain di bibir.
Aidan Syafiq berpaling.
Soalan itu aneh, tapi dia tahu maksudnya lebih dalam.
“Saya tak nampak sebab untuk senyum…” balas Aidan jujur.
Juanda melangkah masuk ke dalam, berdiri di sisi Aidan Syafiq yang masih terpaku.
"Kayla selalu cakap Papa dia seram, tapi tiap malam dia peluk gambar Papa waktu tidur. Dia takut dengan mata tu, tapi dalam takut-takut tu... dia rindu juga," ujar Juanda sambil meletakkan tangan di dada.
“Anak awak bukan takut mata tuan. Dia takut bila mata tuan tak pandang dia.”
Aidan Syafiq terdiam.
Kata-kata itu menyentuh sesuatu dalam dirinya. Tak pernah siapa pun berkata begitu sebelum ini. Bekas isterinya sendiri tidak pernah menyentuh soal itu secara langsung.
Perlahan, Juanda memandang ke arah Aidan Syafiq.
“Mata tuan… sebenarnya cantik. Cuma selalu simpan sedih. Itu yang orang rasa takut.”
Mata mereka bertaut seketika.
Dan buat pertama kali, Aidan tidak alihkan pandangan. Dia lihat Juanda sepenuhnya mata coklat gelap wanita itu memantulkan ketenangan yang dia sendiri tidak pernah miliki.
Dan dalam diam, dia tahu.
Mata itu, sama seperti Khatijah.
Tapi lebih tenang.
Lebih hidup.
“Mata awak sama macam dia…” ujar Aidan perlahan.
Juanda terpinga.
“Khatijah bekas isteri saya,” sambung Aidan perlahan.
“Dia juga ada mata yang tak pernah salah menilai orang.”
Juanda tunduk.
Dia tak tahu bagaimana mahu membalas kata-kata itu.
Tapi dalam diam, Aidan Syafiq sudah mula faham satu perkara.
Mata yang sama boleh melihat luka lama,
dan dalam masa sama… menyembuhkan.
.
.
.
.
.
To be continue
Share this novel