• EPISODE 07 •

Short Story Completed 62066

Aidan keluar dari bilik dan berjalan ke arah dapur. Apa yang ia pelik sekarang ini masih pagi, jarum jam pun baru menunjukkan enam dua puluh minit pagi.

Dia memerhati pada susuk tubuh Juanda yang masih mengemas diri untuk pergi bersenam di pagi hari.

"Juan, Awak nak pergi jogging ke..?" Sapa Aidan dari belakang.

"Eh Tuan, Selamat pagi.." Juanda menunduk tanda hormat.

"Pagi Juan.." Ia duduk di kerusi berdekatan dengan Juanda.

"Haa.. ah Juan nak pergi jogging kejap dah lama rasanya tak panjat gunung di sebelah rumah Tuan tu hehe." Ia sudah mengemas diri.

"Wow. Rajin betul awak mahu ke sana, awas sana banyak dengan binatang buas tau."

"Saya pernah kena kejar dengan beruk dulu."

"Seriusly Tuan pernah kena kejar dengan beruk.? Seram."

"Lepastu saya dah serik nak ke sana lagi, haha."

"Tapi kan Tuan, Dorang takkan ganggu kita melainkan masa diorang tengah agresif."

"Sesiapa yang diorang nampak memang teruklah kena kejar hihi.." Ia tersengeh sendiri.

"Faham.. Tapi sekarang baru 6.20 pagi awal lagi awak nak pergi ni, bahaya tau kalau jadi apa-apa nanti macam mana.?" Aidan berkata tanpa fikir apa-apa.

Dia cuma risaukan keselamatan pekerjanya.

"Erk Tuan janganlah bimbang, Danial ade dia selalu call say, Tuan."

"Kenapa dengan Danial tu.?" Aidan bersila timpuh di depan Juanda.

"Tunggu, saya ikut.." Aidan bergegas beredar pergi meninggalkan Juanda.

"Eh.." Juan pula terkebil-kebil.

Lima Belas minit bersiap Aidan mendapatkan Juanda di belakang dapur. Dia sudah lengkap berpakaian, pisau lipat di selit tepi betis.

Semua itu hanya untuk keselamatan mereka berdua, tak ada apa-apa.

"Dah jom.." Mereka berdua terus keluar dari pintu pagar belakang rumah.

Mula-mula hanya berjalan kaki lama kelamaan mereka berlari anak anak naik ke bukit, Berselang-seli dengan tawa Aidan dan Juanda.

"Jom." Aidan menarik tangan Juanda.

Mereka sama-sama naik ke atas bukit.

Suasana masih awal dan dingin sekali. Sesekali Aidan melirik mata pada Juanda yang masih meregangkan otot di sebelahnya.

"Juan. Boleh saya tanya sesuatu.?" Aidan sudah duduk di atas batu besar depan Juanda.

"Boleh. tanya lah Tuan.." Rambut koko yang terjuntai di tepi pipi di tolak ke belakang telinga.

"Awak anggap Kayla sebagai apa..? Maksud saya sebagai majikan ke atau adik sendiri..?" Ia menarik tangan Juanda duduk di sebelahnya.

Mereka menunggu matahari terbit.

Juanda kaku di situ di sebelah Aidan.

"Nak cakap takut majikan emosi, tak cakap tapi dah di tanya soalan pula hehe."

"Cakap lah saya tak marah pun.." Bahunya di gesel dengan bahu Juanda.

"Errr.. Saya anggap cik Kayla tak lebih dari seorang majikan Tuan. Tapi saya risaukan cik Kayla tu selalu dia termenung jauh bila dia teringatkan Mommy dia.."

"Saya ni pun kekadang buntu nak pujuk dia macam mana lagi Tuan.." Juanda berterus terang.

Aidan tersenyum nipis.

"Tapi dia panggil awak dengan panggilan Mommy, Siapa ajar..?" Aidan memerhati pada wajah bersih Juanda.

"Maaf tapi bukan saya yang suruh."

"Sejak Puan berpisah dengan Tuan dalam tiga bulan macam tu Cik Kayla tak henti-henti panggil saya dengan panggilan Mommy."

"Risau juga kadang-kadang tu hee.." Ia sudah bangun dan berjalan perlahan-lahan naik ke bukit lagi.

"Saya nak minta maaf sebab kelakuan kasar saya pada awak selama ni Juanda.."

Juanda berhenti melangkah.

"Saya betul-betul tak sengaja nak marahkan awak depan Kayla semalam." Terang Aidan sambil berjalan kearah Juanda.

"Tak apalah Tuan, Saya faham.. Puan Khatijah tu cinta pertama dan terakhir Tuan."

"Lepas ni saya akan menjauhkan diri daripada cik Kayla kalau dia berani-beraninya dia panggil saya dengan panggilan Mommy lagi, hihi.." Juanda terus berjalan ke kaki bukit.

"Terima kasih Juan sebab faham situasi sekarang ni Kayla takkan faham selagi dia tak cukup dewasa."

"Saya sebagai bapa saya kena pertahankan dia dari di ketahui perkara sebenar hubungan kami berdua. Juanda.." Aidan hanya tersenyum nipis.

Juanda mengangguk faham.

Mereka berdua sudah pun sampai di puncak walaupun tidak terlalu tinggi. Juanda menghirup udara segar di pagi hari.

Bau-bauan pokok besar di sekelilingnya membuat dia nyaman begitu.

Aidan turut melepaskan lelah penatnya di situ.

Takk rugi dia mengikuti Juanda naik bukit walaupun pagi tadi dia kedinginan.

"Awak suka dengan suasana begini Juanda..?" Aidan melirik mata pada Juanda.

"Mestilah Tuan, Saya suka sangat bauan daun pokok yang bergesel begini wangi jer bauan dia."

"Kalau tak percaya tunggu matahari terbit sikit, Tuan akan tahu hasilnya nanti hihi." Juanda menarik tangan Aidan untuk duduk.

Mereka bakal menunggu matahari terbit.

Aidan mula tenang dengan keadaan disitu.

Fikirannya tak semak lagi.

Fikirannya dan sudah tak padat dengan belbagai soalan dari rakan-rakannya, Dia juga dapat merasakan ada aura lain di setiap sudut.

"Segarnya udara pagi ni Juan.." Ia memejam mata bila angin lembut pagi menyapa.

Juanda tergelak sendiri.

"Tuan percayakan suasana pagi macam ni boleh membangkitkan emosi yang down tau." Juanda tersenyum lagi.

"Betul tu.." Ia menghirup udara lalu di kumpulkan di dalam hidung puas-puas lalu di hembuskan perlahan.

"Eh apa ni.?" Aidan memerhati di langit.

"Hujan Tuan kita cari tempat teduh dulu, jom.." Juanda terus berlari ke arah pokok besar.

Juanda meninggalkan Aidan di situ sendirian.

"Juan tunggu." Aidan juga berlari mendapatkan Maidnya di bawah pokok rendang itu.

"Dalam sikit Juan.."

"Maaf Tuan, Juan tak tahu pula yang harini hujan.." Ia menundukkan wajah.

"Tak apa saya dah sediakan jaket kulit ni siap-siap kalau hujan pun kepala awak tak basah kena hujan, Juan.." Ia merapatkan diri dengan gadis itu.

"Peluk lah saya kalau awak mahu, hujan lebat ni." Ia betul-betul sudah berada didepan Juanda.

Jarak mereka hanya berukuran lima jari saja.

"Tak apalah tuan saya tak apa-apa saya tak basah.." Ia beralih wajah kearah lain.

"Tapi saya basah, Juan.." Terus ia memeluk tubuh Juanda bagi menghilangkan rasa sejuk di tubuh.

Juanda keraskan badan seperti pokok yang di sandar belakang tubuh. Dia juga kedinginan lantas pinggang Aidan di peluk erat.

Hujan mula reda Aidan dan Juanda terduduk mereka kesejukan masing-masing perlukan hangat.

"Tuan bangun, Tuan Aidan.." Juanda mengerakkan tubuh Aidan yang terduduk dengan gaya memeluk tubuh Juanda.

"Hm kenapa.? Juanda." Aidan masih malas untuk gerakkan segala otot-ototnya.

"Tuan dah cerah ni.." Juanda menepuk bahu Aidan.

"Hm.." Lelaki itu yang terlena di bahu Juanda turut membuka mata perlahan-lahan.

"Dah tak hujan..?" Tubuh Juanda masih tak di lepaskan.

"Sudah tak hujan ni jom balik.." Ia merengangkan tubuh di belakang tubuh Aidan.

Lenguh bahunya kerana dagu Aidan sedap landing di atas bahunya.

Siap terlena, lagi sabar jelah.

Juanda menarik tangan Aidan untuk membolehkan lelaki itu bangun dari duduk. Mereka berjalan pulang ke rumah dengan selamat.

Selamat pagi sayang.. CL tulis jam 5.55 pagi tau pukul 06.55 pagi baru CL update hehe.. Rindu pula dengan si Juanda ni huahahaha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience