Completed
62066
CEMBURU SI SUAMI.
Sebelum subuh menjelma Aidan sudah ke dapur untuk menyiapkan sarapan pagi untuk isteri dan anaknya. bertapa susahnya dia semalam untuk melelapkan mata hingga dia terlena di depan pintu bilik Kayla.
"Selamat pagi tuan, Tuan dah nak sarapan ke biar Makyam buatkan sarapan untuk tuan ye.." Mariam berdiri dibelakang Aidan dia pelik dengan tingkah lakunya majikan dari tadi.
"Tak apa Makyam, Saya boleh buat sendiri lagipun dah lama saya tak masuk dapur masak sendiri. Rindu nak makan masakan sendiri seperti dulu.." Aidan tersenyum dan langsung dia kembali membuat sarapan pagi untuk mereka bertiga.
"Baiklah jika mahukan apa-apa bagitahu Makyam ya, Pasti Makyam akan tolong tuan nanti.." Dia masih menanti kata-kata dari Aidan.
"Okey Makyam.." Nasi goreng paprik ayam masak merah di masak dengan sempurna dia mahu suprise kan pada Juanda dan Kayla tak lama lagi.
Aidan memerhati jam di dinding sudah pukul 6.45 pagi dia segera bergegas kemas dapur dan nasi berlauk tadi di hidangkan di atas meja bersama air teh tarik dan buah-buahan..
"Syukurlah Juan tak turun lagi baik aku naik sekarang siapkan diri dulu sebelum dia nampak aku macam ni.." Aidan terus ke ruang tamu dia memerhati pekerja disitu sedang bertungkus lumus merapikan kerja masing-masing. Langkahnya terus naik ke bilik dengan cepat..
. . . .
"Morning Mommy.." Kayla memeluk tubuh Juanda yang lagi memakai bedak arab pada wajahnya.
"Morning baby, Wangi betullah anak Mommy Juan ni macam nak ngap jer.. Dah cantik-cantik ni baby turun dulu ye Mommy nak kemas katil dengan bilik ni kejap tau.." pipi anak tirinya di kucup kedua belah, wangi..
"Alaaa Mommy, takyahlah kemas.. Pembantu rumah ni kan ade biar diorang buatkan kite turun and pergi makan di luar nak tak? Kayla teingin nak makan nasi lemaklah Mommy.." Wajahnya di sembam pada bahu Juanda.
"Kenapa tak cakap awal-awal bolehlah Mommy masak tadi.. Baby ni tak nak makan masakan Mommy Juan ke? huh Mommy merajuklah macam ni.." Juanda membuat muncung itik.
"No.. no Mommy, Kay..la mahu jer makan masakan Mommy Juan tapi semalam kite balik lambat Kayla kasihankan Mommy Juan.." kedua tapak tangannya melekap di pipi yang sengaja Juanda kembungkan.
"Hihi baiklah kite ajak Pakmat pergi cari kedai nasik lemak okey, Sayang dia muahhhhh..." Bibir anak tirinya menjadi sasaran kucupan bibirnya.
"Awwwwww Mommy so suwett, Letgo Mommy come on.." Kayla terus mengajak Juanda untuk keluar dari bilik itu dia amat gembira kerana dia sudah mempunyai seorang ibu dan teman.
"Jangan laju-laju baby, kedai tu tak lari pun eh.." Tangan Kayla di pegang dengan penuh hati-hati.
Dia tahu Kayla cuma anak tiri tetapi keselamatan Kayla tanggungjawabnya sejak bergelar sebagai seorang ibu.
"Okey Mommy hihihi.." Sempat Kayla menutup muka dengan sebelah tangan.
Setapak demi setapak mereka menuruni anak tangga hingga ke lantai bawah. Beg tangan Juanda diselit di tepi badan dan Kayla sudah tahu yang Juanda akan mendukung dirinya.
"Meh Mommy dukung cepat depa tangan tu.." Juanda mengambil bawah ketiak Kayla lalu di dukung anak itu hingga ke pintu besar rumah Aidan.
"Ayeayyy Mommy dukung.." Tak henti-henti Kayla tersenyum lebar kerana Juanda.
"Sukanya dia ek.. rawwrrr.." Jari jemari Kayla digigit dengan tawa mengekek.
"Hihihi Mommy Juan jadi dino ke..? Rawwrrrr.." Kayla pun tak duduk saja dia pun kuat menyakat Juanda.
"Nak ke mana tu? Kayla, Juan.." Laju saja langkah Aidan ke isterinya yang sudah membuka pintu rumahnya.
"Oh ni Kayla nak makan nasi lemak, Tuan nak pergi kerja dah ke baru pukul tujuh ni.." Matanya sempat melirik ke dinding.
Aidan menarik nafas dalam-dalam hingga membuat bulu romanya sedikit tegak.
"Saya dah masak sesuatu untuk Kayla.. tak perlu bawa dia ke mana-mana pagi ni tak elok makan makanan luar.. Sudah tutup pintu tu bawa Kayla ke meja makan sekarang." Langkah Aidan sudah bergerak ke dapur.
"Mommy, Kayla taknak makan Papa masak! Papa tak pernah masak untuk Kayla pun sebelum ni.. Jangan dengar cakap Papa tu tau.." Kayla berbisik ditelinga Juanda.
Juanda mengangguk faham. Pertama kali dia dapat tahu Aidan pernah masak pun bila dia berkahwin dengan Khatijah.. Lepas bercerai lelaki itu tak pernah masuk dapur untuk masak walaupun hanya untuk sebiji telur.
"Tunggu apalagi tu?" Bergema suara Aidan di situ sedang bercekak pinggang pada Juanda dan Kayla.
Terjongket bahu Juanda disitu.
"Mommy no Mommy... kite pergi makan diluar eyyy please.. Papa tak reti masak nanti kite kene keracunan makanan macam mane..?" Kayla masih berbisik pada Juanda.
"Tuan.. ermmm..." Ia ter-agak agak untuk menyata hasratnya untuk tidak menjamah makanan yang di masak Aidan. dia takut kena keracunan makanan macam yang di cakap Kayla macam mana.
"Ada apa..?" kini Aidan betul-betul berada di depan Kayla dan Juanda disitu. tubuhnya mengeras dia mahu tahu apa yang terjadi sejak dia melihat Kayla seperti berbisik pada Juanda.
"Saya teringin nak makan nasi lemak yang makcik depan jalan tu buatkan, Juan nak mint..
"Saya tak izinkan..!! Kayla I watching you 24hour understand!! jangan buat perangai macam-macam atau Papa sendiri akan hukum awak Kayla.." Wajahnya dingin saja sepertinya Kayla ingin menjauhkan Juanda dari dirinya.
"Sudah pergi duduk sana jangan tercegat kat sini lagi diorang nak buat kerja tu.." Sempat Aidan menjeling geram pada Kayla.
"Mommy Juan jangan.." Bahu Juanda di gondang kuat bila Juanda seperti terpengaruh dengan kata-kata Aidan dan dia membototi langkah Aidan ke meja makan.
Kayla sudah duduk di kerusi berdekatan dengan Aidan, nasi goreng tadi Juanda menghidangkan pada mereka dua saja dia menyedok lauk pada Kayla dan Aidan.. Air teh tarik di tuang ke cawan klasik di sisi meja kiri.
"Jemput makan Tuan, Cik Kayla.." Dia berdiri dibelakang Kayla sambil menundukkan kepala sedikit.
"Tak lengkap kalau awak tak sarapan sekali Juand.. Duduklah jamah sekali nasi ni saya buat banyak dalam kuali pun ada lagi tu.." Aidan sempat merenung wajah Juanda yang lagi tertunduk itu.
Kayla sudah merajuk dengan Juanda dia hanya mendiamkan diri disitu seperti patung saja.
"Tak apalah tuan, Juand makan kejap lagi.. terima kasih" Ia memberi senyuman nipis pada suaminya.
Aidan melepaskan keluhan nipis.
"Awak dah lupa apa yang berlaku minggu ni..? Kit.. Hmm awak dah jadi Mommy Kayla jadi awak ada hak makan dengan kita sekali duduklah Juan.." Aidan terus bangun kerusi di depan Kayla di tarik terus tangan Juanda digapai lalu di bawa ke kerusi tadi.
Kayla dan Juanda tercengang sendiri bila Aidan melakukan perkara itu Mariam dan Aqilla terkedu jua melihat majikan berubah menjadi seorang lelaki sama seperti yang mereka kenal dulu.
Baik, caring dan bertanggungjawab kepada isteri.
"Te-terima kasih tuan.." Wajahnya sudah berubah dingin jika di toreh pasti darahnya membeku.
Aidan mencedok nasi dan lauk ke dalam piring yang berada di atas meja. Teh tarik juga dituang seperti dia lakukan pada Khatijah dulu..
"Makanlah kalau terlebih kurang halalkan sajalah ya.." Aidan tersenyum nipis bila dia melihat wajah cemberut Kayla bila berjauhan dari Juanda.
Juanda juga turut tersenyum melihat kedua figura tersebut yang sorang mendiam diri sambil bercekak tubuh yang lagi sorang pula senyuman masih di bibir.
Ah dia suka dia suka..
"Nanti kalau nak keluar beli barang diri ajak Pakmat jangan naik teksi macam sebelum ni bahaya Juand, jangan risau saya tak guna kereta harini jadi awak boleh pakaikan ok.." Sesudu nasi goreng di suap ke mulut.
"Baik tuan terima kasih, Tapi harini memang Juand nak guna kereta Juan nak pergi pasar nak beli buah-buahan sikit nak buat air koktail, Panas-panas macam ni eloklah sejukkan tekak dengan buah-buahan segar dari pasarkan baby.." Juanda mengelap tisu di bibir.
"Kayla nak ikut Mommy Juan tak ke pasar kejap lagi..? Mommy nak beli buah and coklat nak masak untuk kesayangan Mommy ni, Nak tak..?" wajahnya beralih pada Kayla yang masih bermain dengan nasi.
Aidan tersenyum puas dia menang tawan Juanda makan masakannya seperti sekarang. Dia tak perlu risau jika Kayla merajuk dengan dirinya sebabnya Juanda sudah ada..
"Hahaha rasakan! nak kongkong Mommy Juan sangatkan ambikkau.." Hatinya gelak puas dengan tingkah lakunya Kayla sekarang.
"Hmm.." Tercongget bibirnya dengan kata-kata Juanda didepan itu. sesekali dia mengerling sekilas pandang pada wajah Papanya.
Juanda terus jadi serba salah kerana Kayla seperti memencilkan diri jauh darinya. Semuanya salah dia ke..?
Tepat jam 7.25 pagi Jaunda mendukung Kayla ke depan pintu dia melihat Aidan berpakaian kemas seperti biasa cuma wajahnya tampak sedikit berbeza mungkin misainya dan janggut di tream kemas.
Berbeza sungguh Aidan yang sekarang.
"Kayla Papa pergi kerja dulu, Jangan nakal-nakal dengan Mommy ingat kata-kata Papa ni okay..?" Aidan mencium pipi anaknya dia dapat rasakan pipinya berlaga dengan pipi Juanda yang lembut itu.
Dia tersenyum lagi.
"Bye-bye Papa.. take care.." Kayla mencium pipi Papanya semula..
"Yelah hati-hati keluar dengan Mommy nanti, ingat jangan susahkan Mommy tau.. nanti Papa balik kita keluar pergi taman paknik bersama ok.." Dia membeli jiwa Kayla.
Adanya Juanda semuanya menjadi mudah.
"Okey Papa.." Kayla melambai tangan pada Aidan.
"Saya pergi kerja dulu jangan biar diri tu letih kalau penat main dengan Kayla nanti berehatlah. Ingat jangan buat sebarang kerja di rumah ni biar bibik saja buatkan ok.." Seraya itu Ubun-ubun Juanda di kucup lama.
Tersentak Juanda bila Aidan melakukan itu.
"Be-baiklah.." Wajahnya sudah kepanasan dia malu untuk bersemuka wajah dengan Aidan detik ini.
Aidan tahu apa yang Juanda rasakan dia suka melihat wajah dan pipi Juanda kemerah-merahan bak biji tomato sebelum dia beredar dari situ.
"bye.." Sempat Aidan melambai tangan pada Juanda, Juanda ye bukan Kayla..
Juanda hanya menunduk kepala sedikit dia takut dengan perasaan sendiri. Bagaimana pun bila-bila masa saja Khatijah boleh terbang balik ke Malaysia untuk berkahwin dengan Aidan semula.
"Papa.. kiss dahi Mommy ker tadi..?" terbutang biji mata Kayla melihat kearah Juanda.
"Errrr taklah mana ada baby ni pepandai jer.." Jaunda memuncungkan bibir.
Terdengar tawa kecil dari Kayla.
Nampak sangat Juanda duduk ditengah-tengah di antara Kayla dan Aidan, Hahaha okey untuk bab baru tunggu malam ni pula ya..
Share this novel