Completed
62066
Aidan memegang tangan Kayla mereka berjalan ke taman permainan kanak-kanak di tepi pantai.
Juanda pula hanya berjalan di belakang mereka saja sambil membawa bakul makanan dan tikar merah.
*Di mana awak sayang, Awak dah lupakan saya ke..? saya bawa anak kita ke sini saya masih rasakan awak disini dengan saya dan anak kita.*
*Saya masih sayangkan awak Khatijah.." Matanya terpejam rapat perlahan-lahan airmata mengalir turun ke pipi.
Juanda terus menghamparkan tikar di depan Kayla.
Pantas anak itu juga membantu Juanda mengeluarkan makanan yang di bawa mereka tadi kesini.
*Saya masih di sini di dalam hati awak..* Hembusan angin menyapa wajah Aidan dengan tenang.
Aidan menarik nafas dalam-dalam dia menyeka airmata dengan senyuman.
Dia juga menolong Juanda dan Kayla untuk meletak beberapa batu di empat bahagian tikar itu.
"Mommy Juan, Kayla nak pergi main buaian kejap eh." Pinta Kayla dengan senyuman bahagia dibibir.
"Pergilah baby, ingat jangan main jauh-jauh tau Mommy nak kemas barang ni kejap.." Rambut panjang Kayla sempat di cekak di reben dengan kemas.
"Okey Mommy.." Kayla sudah berlari anak ke buaian.
"Duduklah Juan jangan sibukkan diri tu."
"Sini duduk awak bukan Maid saya lagi.." Aidan menarik tangan Juanda untuk duduk di sampingnya.
Juanda mengangguk faham.
Aidan melihat rambut panjang Juanda dari samping.
Ia masih tidak dapat gerakkan hatinya untuk menyintai wanita itu.
"Di sini lah saya dan Khatijah berjumpa pertama kali.." Aidan terus memandang wajah Juanda.
Juanda tersenyum lagi.
"Dan di sini juga lah kami berjanji untuk bercinta hingga ke akhir hayat kami berdua.." Aidan menggeleng kepala sambil tersenyum lagi.
"Tapi.." Aidan meraut wajahnya kejap.
"Saya dengan dia tak pernah ada apa-apa masalah sebelum ni."
"Saya dengan dia selalu berkongsi cerita dan pendapat masing-masing."
"Saya masih masih sayangkan dia Juan. Tapi." Ia menggeleng kepala raut wajahnya sudah berubah dingin.
"Kenapa Tuan tak cuba cari Puan Khatijah..?" kedua tangannya sudah digenggam kemas.
dia cuba mencari jawapan melalui raut wajah Aidan.
"Susah Juan.. Dia dah berkahwin dengan orang lain."
"Dia.. dia.. berpaling tadah sejak dia kenal dengan lelaki lain yang lebih kaya dari saya, Juan." Wajah Aidan kembali tenang.
"Empat tahun saya memendam rasa sendiri, Saya tahu saya tak kaya macam orang lain tapi.."
"Sekurang-kurangnya saya tak pernah main kotor dalam bisnes sendiri." Ia tersenyum lagi.
Dalam diam Juanda mula terasa hati.
Memang benar lelaki itu masih menyintai Khatijah.
"Tuan nak Juand tolong pujuk Puan ke..? Saya tidak mahu Tuan sengsara begini lagi."
"Saya pernah rasa di.. ermm.."
"Puan ada dekat mana sekarang ni Tuan Aidan.?" Ia memerhati susuk tubuh Kayla yang masih bergelak tawa dengan anak-anak orang lain.
Aidan tergamam lama dia tak boleh fikir apa-apa pun bila Juanda menyatakan begitu.
"Saya tak apa kalau Tuan nak carikan Puan Khatijah tu. Kesian cik Kayla perlukan Mama dia."
"Saya doakan Tuan dengan Puan Khatijah bersama semula.." Juanda memerhati ke dalam anak mata Aidan.
Ada terbit rasa bersalah di dalam hati.
"Awak cakap macam ni sebab saya luahkan perasaan saya pada awak ke Juand..?" Kelopak mata Aidan sudah panas.
"Mana adalah Tuan !!! Tak baiklah cakap macam tu, saya ikhlas cakap ni dari hati tau.." Ia mengeluarkan botol air mineral dan botol air sprite.
Lalu di tuang dalam jug cecair sirap di tuangkan bersama.
"Mommy..." Kayla berlari anak kearah Juanda dengan mengesat peluh di dahi.
"Ya baby, Meh Mommy lap pipi awak dengan tuala dulu peluh ni.." Juanda terus mengesat pipi anak tirinya dengan senyuman dibibir.
Siapa tahu apa yang dia rasakan di dalam hati.
"Mommy menangis ke? Kenape muke Mommy tak ceria ni.."
"Kayla ade buat salah ke tadi..?" Wajahnya sudah merah ingin menangis.
Juanda menggeleng kepala dia tak suka dengan keadaan begini.
Seumur hidupnya dia tak pernah bersemuka dengan Mak ayahnya sejak dia membesar seperti usia Kayla sekarang.
"Baby sini makan Papa nak suap buah-buahan ni. Nampak segar betul."
"Mommy awak buatkan.." Aidan cuba menyedapkan hati Juanda.
"Pergi Papa, Mommy Juan nak pergi ke kereta kejap nak ambil barang.." Juanda terus bangun dan berjalan ke kereta.
Airmata mengalir deras batinnya tercuit dengan kata-kata Kayla.
Dia menundukkan diri.
Dia cuba tenteram hatinya yang lagi merindui ibubapanya yang sudah lama pergi.
Dia dapat rasakan Kayla juga seperti dirinya juga..
"Hisk.. sabar Juan.. tak baik ratap hiba macam ni tersiksa mereka di sana Juan.." Juanda menyeka airmata di pipi dengan kasar.
"Tolong lah jangan menangis lagi kau kena kuatkan semangat demi Kayla dan masa depan si kecil itu Juan !!!"
"Buangkan angan-angan kau untuk hidup bahagia dengan pasangan hidup kau, Juan." Hatinya mula memujuk.
"Juanda.."
Tersentak bahu Juanda bila ada orang memanggil namanya dari belakang.
"Bangun.." Pergelangan tangan Juanda di tarik oleh Aidan.
Juanda berhadapan dengan Aidan.
"Maaf Tuan.. Saya sakit perut ni saya tak nak tunjuk dekat Kayla."
"HEhehe nanti dia gelakkan saya pula.." Mata Juanda melotot di tanah tar saja.
Terus Aidan memeluk tubuh Juanda dengan kemas.
Perlukah dia menyakiti hati isterinya lagi dengan mengungkit masa silamnya yang sudah lama terkubur di dalam hati.
"Saya minta maaf sebab terlanjur kata dengan awak Juand.." Rambut panjang isterinya di urut lembut dia juga seperti Juanda
dia faham hati seorang wanita.
"Ehemm.." Kayla menutup mulut dengan tersenyum gedik.
Juanda terus menolak tubuh Aidan jauh darinya.
Ya dia sudah terlanjur dengan lelaki itu.
Dia terlupa dengan janji sendiri.
"Dah jom duduk Mommy Juan tak sabar nak makan ni lapar.." Juanda terus mendukung Kayla ke sisi mereka dua sudah barjauhan dengan Aidan.
Mereka berdua keluar dari kereta, Sejak tadi Kayla senggeh sendiri seperti ada yang lucu di mata anak kecil itu.
"Mommy Juan.." Kayla narik.. narik.. tangan Juanda.
"Ya baby ada apa ni..?" Juanda terus melutut di depan Kayla.
""Mommy's pants are red.." Kayla berbisik ditelinga Juanda.
"Haaaa !!! Ya allah.." Terus dia mendukung Kayla terus naik ke bilik mereka.
"Why Mommy..." Kayla terkejut dengan tindakan Juanda tiba-tiba berlari naik ke bilik mereka.
"Mommy period baby, Malulah Mommy kalau Papa awak nampak nanti.." Ia segera masuk ke dalam bilik.
Pintu bilik di kunci rapat dia segera ke kamar mandi untuk membersihkan diri di sana.
Kayla tergelak besar melihat kegelabahan Mommynya di dalam bilik itu.
"Baby! Stop'it jangan gelakkan Mommy lagi.." Juanda terus menampakkan kepala saja di sebalik daun pintu itu dengan memercikkan air kepada Kayla yang sudah berdiri situ.
Aidan membuka pintu bilik Kayla tetapi di kunci dari dalam.
Ia memicit kepala tak pernah pun anaknya mengunci pintu melainkan ini kerja Juanda.
"Baby buka pintu ni nak Papa nak masuk ni.." Tombol pintu di pulas beberapa kali sebelum ia melepaskan tombol pintu itu.
"Hi Papa.." Kayla melambai tangan pada Aidan.
"Kenapa kunci pintu ni Papa nak masuk lah.." Spek matanya di perbetulkan kejap sambil tersenyum lebar pada Kayla.
"Mommy kunci."
"Dia ade dekat dalam tengah mandi Papa tak oleh masyuk tau nanti Mommy maraa.." Nampak gigi putihnya sedang tersengih nakal.
"Kalau Papa nak masuk juga macam mana..?" Tiba-tiba dia melutut didepan Kayla.
"Mane oleh lah Papa! Papa ni.." Ingin saja Kayla menutup pintu.
Pantas sjaa tapak tangannya menghalang anaknya dari mencegah menutup pintu bilik itu.
"Baby sape tu bibik ke..?" Juanda yang masih berkemban membuka pintu bilik itu dengan sedikit luas.
"Mommy, Pa..." Belum apa-apa Kayla sudah menutup mata cepat-cepat.
dia tak ingin melihat agenda Papa Mommy nya disitu.
"Juan..." Terbeliak mata Aidan melihat rambut basah Juanda.
"T-tuan.?!!"
Sesaat..
"Argh, Kayla tutup tutup.. tutup pintuu cepat.."
BANGGG..
pintu bilik Kayla ditutup di kunci rapat.
"Mommy..." Terdengar suara anaknya di dalam memanggil Juanda.
Aidan mengigit daging pipi lama ia menggeleng kepala, Sempat ia membayangkan jika tubuh Juanda berada dalam pelukknya tadi dalam keadaan begitu.
Jangan cakap CL tak payung aidan tengok isteri dia berkemban ek.. ahahaha
Share this novel