• EPISODE 06 •

Short Story Completed 62066

Sampai saja di bilik Kayla Aidan menidurkan anaknya kembali. Bukan dia nak berkasar dengan Kayla tetapi dia masih belum bersedia untuk menerima wanita lain di dalam hidupnya.

Tambah pula Khatijah cinta pertamanya dan dia tak mungkin dapat menerima orang lain untuk mengganti posisi Khatijah di dalam hatinya.

"Mommy Juan.."

"Mommy Juan please don't run.." Kayla mengigau walau lenanya tak sampai sepuluh minit pun.

"Baby tidur.. jangan fikir apa-apa lagi ya dah lewat ni.." Aidan kembali menepuk bahu Kayla.

Kini dia juga membaringkan diri di sebelah Kayla.

"Maafkan Papa.. Papa tak boleh dengar kata-kata you lagi sebab Papa masih sayangkan, Mommy you. Baby." Tubuh anaknya di tarik ke dalam pelukannya.

Juanda memasak masakan breakfast di dapur ia langsung tak terfikir tentang semalam.

Apa yang terjadi memang kenyataan semasa Aidan berpisah dengan Khatijah pun dia sudah berkerja di sini.

Dia tahu benar Aidan terlalu sayangkan Khatijah dan mereka mendapat seorang anak dalam masa tujuh bulan saja selepas berkahwin.

"Kenapa Tuan tak turun lagi ya dah pukul tujuh lebih ni.." Qalisa mendekati Juanda di dapur.

"Kenapa tak kejutkan saja. Mungkin Tuan ada di bilik anaknya, semalam cik Kayla merengek teruk dengan Papa dia tu." cadang Juanda.

"Yeke? Patutlah bilik Tuan terang menderang."

"Saye ingatkan Tuan mandi tak sudah-sudah lagi." Qalisha mengaru kepala.

"Pergi kejut Tuan sekarang nanti dia lambat nak pergi kerja tu.." Sempat ia mengurut bahu Qalisha.

Juanda membuat roti telur goyang di dalam piring, dia tersenyum puas dengan apa yang dia tengok di tiktok semalam. Menjadi.

Kayla turun dari bilik dia tak ke meja makan tetapi dia terus keluar dan duduk di taman saja.

Walaupun dia masih kecil, dia tahu segalanya bagaimana perasaan merajuk dan memendam rasa.

"Papa tak sayangkan Kayla! Papa tahatt.. tahat.." Ia terus duduk di bangku diperbuat dari kayu jati.

Kayla bercekak tubuh sendiri.

"Cik Kayla kenapa duduk sini sayang..? Sejuk ni" Guard yang meronda di kawasan itu mendapatkan Kayla.

"Papa.. Papa tahat dia tak kasi Kayla Mommy! Kayla mahukan Mommy, Uncle.."

"Kayla mahukan Mommy Juanda." Rungut Kayla seperti budak-budak dewasa.

"Hihi.. Cik Kayla. Memanglah Papa awak tak bagi awak panggil Mommy Juanda, sebab dia hanya Maid dalam rumah ni bukan Mommy Kayla."

"Sudah jom masuk Uncle bawakan.." Danial mendukung Kayla ke ruang dapur.

Kayla hanya menuruti kehendak Danial.

"Assalamualaikum.."

"Eh cik Kayla, Waalaikumussalam dari mana ni..?" Ciksue mengambil Kayla dari dukungan Danial.

"Dia ada kat taman depan kak. Saya tak tahu lah sejak bila dia keluar."

"Sejuk dah badan budak ni, saya minta diri dulu kak nak lock jam kejap." Danial sudah beredar dari situ.

"Ya allah akak tak perasan dia keluar, terima kasih Dani."

"Sama-sama kak.." Terdengar suara Danial semakin jauh dari situ.

Kayla menunjuk pada belakang tubuh Juanda yang terus keluar dari dapur dan membawa hidangan ke meja makan.

Aidan turun dari bilik dia mencari kelibat anaknya.

"Juan awak ada nampak Kayla tak..?" Aidan mendapatkan Juanda yang sudah masuk ke dapur.

Juanda tak perasan dan langsung tak dengar kata-kata yang di tanya oleh Aidan tadi.

"Aik dia marahkan aku ke..?" Aidan sempat berkata sendiri sambil membototi Juanda ke dapur.

"Jua.." Terhenti kata-kata nya.

Aidan bercekak pinggang.

"Sejak bila Cik Kayla ade di sini Ciksue.?" Juanda pun terkejut dengan Kayla yang tiba-tiba ada di dapur.

"Cik Kayla dari mana ni..?" Juanda terus ke cik Sue.

"Dia ada kat depan taman tadi, Danial jumpa.." Adu ciksue lagi.

"Ya allah sejuk dah badan dia ni."

"Agaknya mesti duduk lama dekat luar tu, sini biar Juan bawa dia ke bilik sajalah."

"Mommy.."

"Horeyy.. Mommy nak mandikan Kayla."

"Ya Allah. Kayla !!! Apa awak buat ni." Aidan bercekak pinggang di depan Juanda dan Kayla.

"Mommy see Monster angry." Kayla menutup muka.

"Apa Monster. Papa tak ada masa nak bermain dengan awak Kayla."

"Kenapa awak degil sangat ni nak orang cari awak dua puluh empat jam ke Kayla.?"

"Kenapa berperangai macam ni ya? Papa tak suka tau." Bebel Aidan.

Juanda yang tak bersalah pun terasa terlibat sekali.

"Tuan.. tak baik bebel pepagi macam ni rezeki tak masuk ke dalam rumah nanti." Juanda menundukkan pandangan.

"Ni lagi sorang. Saya tanya satu patah apa pun tak jawab teringat boyfriend ke.?" Keningnya di joget.

Terbeliak mata Juanda di kata begitu. Pagi-pagi begini dia sudah di fitnah oleh majikan sendiri.

Tak patut, bukan !!

"Sudahlah Tuan, Tak baik bebel pepagi ni hilang seri wajah tu, Juan minta diri dulu nak mandikan Kayla." Juanda terus meninggalkan Aidan di situ.

Ciksue dan Bibah hanya mendengar, mereka ingin tertawa tapi perasaan itu di buang jauh-jauh.

"Ini lagi. Korang berdua buat apa dekat sini.? Cepat hidangkan makanan dekat depan tu."

"Takkan semua nak harapkan Juanda saja buat kerja." Aidan mula membebel.

"Eh lupa. Maaf Tuan." Mereka berdua bergegas ke dapur semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience