Completed
62066
Aidan membawa Juanda ke kaunter farmasi dia memapah Juanda untuk duduk.
Aidan ke kaunter untuk memberi resit kepada petugas farmasi.
Aidan kembali ke tempat tadi dan terus duduk disebelah Juanda.
"Sakit lagi Juanda..?" bahu isterinya di peluk erat.
"Tak.. cuma rasa ngilu sikit dekat perut ni."
"Terima kasih Tuan sebab bawa saya ke sini tadi kalau tak."
"Tak tahu lah apa yang jadi.." Wajahnya di tunduk sedikit.
Ya kesan ubat yang di beri doktor tadi masih terasa di lidah.
"Awak isteri saya, Dayus lah saya kalau biar awak sakit macam ni.." Sempat dia memberi kucupan nipis pada pipi Juanda yang sedikit pucat itu.
Terkedu Juanda bila menerima kucupan di depan orang ramai.
Ia tersenyum nipis terasa di hargai walaupun hanya sekadar isteri atas kertas saja.
TING..
TING..
"Juanda Asmira.." Panggil petugas farmasi.
"Saya pergi ambil ubat dulu awak duduk sini kejap okay.." Aidan segera bangun dan berjalan ke kaunter.
Juanda hanya memerhati langkah Aidan ke farmasi.
Selesai mengambil ubat Aidan terus mendukung Juanda ke kereta. Dia harus ke pejabat untuk selesaikan mesyuarat di sana untuk seketika.
"Tuan.. Juan boleh berjalan sendiri lah aduhai.." bahu Aidan digenggam bibirnya di kemam sedikit.
"Kalau nak tunggu awak sampai ke kereta entah berapa jam lagi Juanda."
"Baik saya dukung cepat sikit sampainya, lagipun awak bukan berat mana pun.." Ia tergelak sendiri.
Aidan terus membawa tubuh isterinya masuk ke dalam kereta.
Seat depan di letak tubuh isterinya.
"Pelan-pelan masuk tu.." Aidan cuba imbangi tubuhnya masuk sekali ke dalam kereta.
"Tuan,, Juan sakit perut jer bukan sakit tak boleh berjalan aduh.." Kedua bahu Aidan di tolak bila wajah lelaki itu mengenai dadanya seram pulak rasanya.
"Hmm.. yelah maaf.." Sempat ia memakaikan seatbell kepada Juanda dan pintu kereta ditutup rapat.
Aidan terus berlari anak ke tempat driver dia memakai seatbell dan enjin kereta Vios series 13 di hidupkan.
"Kita ke pejabat saya kejap Juanda."
"Saya ada meeting kejap lagi dan, awak boleh rehat di pejabat saya saja ok."
"Jangan nak ke mana-mana pulak nanti badan awak masih tak sihat tu.." Pesan Aidan pada Juanda siap-siap.
"Baik Tuan.." Perutnya di usap masih terasa sakit seperti kena gigit dek semut pula.
Di toleh ke kiri masih sama dan di toleh ke kanan nampak wajah handsome Aidan pula.
"Sini biar awak rasa selesa sikit duduk tu.." Aidan mengangkat kedua kaki Juanda
terus di letak atas ribanya.
Ia tersenyum sendiri sambil perbetulkan spek mata di atas hidung.
Juanda terus melelapkan mata.
Dia selesa begitu maklumlah Aidankan duda anak satu banyak pengalaman peribadi.
Jam tangan di perhati sudah 9.35 minit pagi. Aidan bangun dan berjalan ke meja.
Fail-fail di semak dahulu sebelum dia membawa fail-fail itu untuk di ketengahkan di dalam mesyuarat nanti.
"Tuan..." Juanda sudah bangun dari tidur bila hidungnya berbau nasi lemak.
"Dah bangun? Makanlah dulu juanda lepastu makan ubat ok.." Ia membawa fail-fail tadi ke sofa semula.
"Kenape Tuan tak bawa saya balik je tadi.?"
"Kalau awak balik, Kayla takkan benarkan awak berehat Juanda."
"Lebih baik awak berehat disini saja dulu tak lama nanti saya bawa awak balik ke rumah okay." Aidan tersenyum sendiri.
"Dengan anak sendiri pun nak cemburu ke?" Juanda memerhati pada bibir Aidan yang masih tak lekang dengan senyuman.
"Siapa cakap saya cemburu dengan Kayla? Saya tak cakap apa-apa pun awak ni mengigau ke Juanda haha.." Fail tadi di sign dan di letak ke tepi.
Juanda menunduk wajah.
Terasa malu berbakul-bakul yelah dia bermimpi di siang hari.
Hilang senyuman di bibir Aidan bila melihat Juanda senyap tiba-tiba.
"Kenapa?" Keningnya di jongket pada wajah Juanda.
"Lepas makan ni Juan balik jenguk Kayla dekat rumah. Saye kesiankan baby, mesti baby tunggu Juan balik dari tadi." Ia melajukan suapan terbit rasa bersalah dihati meninggalkan Kayla dirumah.
Aidan membatu bila Juanda babitkan Kayla.
"Ya saya cemburu dengan Kayla, kalau dia anak tiri saya dah lama saya rebut awak dari dia tau.." Ia tersenyum semula.
Kaku Juanda seketika.
"Macam-macamlah Tuan ni kalau nak sedapkan hati Juan pun biar lah kena tempat."
"Tapi Juan tak nak percaya cakap Tuan sebab Tuan suke main helah.." Suapan terakhir di bungkus ke dalam plastik dan ia terus keluar dari bilik Aidan.
"Aku main helah?" Aidan berkata sendiri.
"Bila tak cakap merajuk !! Bila cakap dah tak percaya siap cakap main helah lagi.."
"Perempuan memang tak pernah salah kan.." Aidan terus menyain beberapa dokumen dan di letak siap-siap untuk dibawa nanti.
Ladies.
"Hi ni puan Juanda kan..?" Fatin dan Yatie menegur.
"Ye.." Juanda memberi hormat cara meletakkan tangan di dada.
"Cantik.. tapi Puan tahu tak yang Rai tengah ambil hati Tuan besar kami sekarang ni." Yatie membuka pekung Raisha.
"Dia dah lama ke kerja sini cik..?" Juanda membalikkan tubuhnya kearah Yatie.
"Baru lagi tak sampai setahun pun mengada betul perempuan tu.."
"Dia tahu Tuan Aidan tengah single anak satu sibuk jer nak ambil hati Tuan Aidan tu.." Fatin bercekak tubuh.
"Dahlah tu. Kalau mereka berjodoh apa salahnya.."
"Saya minta diri dulu." Juanda terus berjalan keluar dari bilik gosip itu dengan senyuman dibibir.
Raisha berselisih bahu dengan Juanda.
"Hey nanti dulu.." Raisha bercekak pinggang.
"Ya saya.. ada apa?" Juanda beralih kearah perempuan seksi tak cukup kain didepannya.
Fatin dan Yatie sudah berlari anak kearah Juanda.
"Kau ni sape tetiba muncul dekat sini? Kau orang baru ke dekat sini."
"By the way aku bakal isteri Tuan Aidan semua orang hormat aku tau."
"And termasuk kau sekali.." Bahu Juanda di tolak dengan jari.
"Hey kaau.. !!" Fatin cuba menolak tubuh Raisha tapi dihalang oleh Juanda.
"Saya isteri Tuan Aidan by the way kalau datang kerja tu tolong pakai yang sopan sikit."
"Saya tahu awak lebih tua dari saya tapi tolong hormat mata-mata lelaki yang ada dekat sini."
"Saya yang pandang pun turut rasa berdosa tau.." Juanda melangkah pergi ke bilik Aidan di ikuti oleh Fatin dan Yatie ke meja masing-masing.
Raisha berlari anak ke pantri dia malu kerana tak selidik dulu siapa perempuan berkacukan siam itu.
"Arghhh!! Sial.. sial.. kenapa aku tak tahu yang Aidan dah berkahwin?"
"Tak guna betul berani kau main-main dengan aku ye Aidan !!!"
"Argh. Tunggu nasib kau nanti." Cawan plastik di lempar ke singki dengan kuat.
Aidan memerhati lagak Juanda yang sudah duduk di sofa semula. Ada aura yang dia sendiri tak faham tentang isterinya di situ.
"Kenapa lambat sangat ni sakit perut lagi ke?" Ia mencari jawapan diwajah Juanda.
"Taklah.. Juan terserempak dengan bakal isteri Tuan tadi cantik orangnya."
"Tapi sayang pakaian dia tak cukup kain.." Fail di atas meja ditarik satu persatu.
Berkerut dahi Aidan bila Juanda berkata begitu padanya.
"Bakal isteri? Hahaha apa yang awak merepek ni Juanda. Awak isteri saya."
"Kejap mana datang pula bakal isteri lain ni." Ia mematikan kata-kata dia mula berfikir.
"Raisha.." Ia berkata dengan perlahan.
Juanda tergelak kecil mendengar suara Aidan menyebut nama Raisha.
"Hmm.. saya pergi mesyuarat dulu, Awak rehatlah di dalam sana ada bilik untuk baringkan diri awak tu."
"Saya minta diri dulu.." Aidan mengambil beberapa fail dan segera beredar dari sofa.
Aidan menutup pintu bilik dengan rapat dia dan Haras segera berjalan ke arah pintu meja Raisha yang tidak jauh dari pintu keluar pejabat.
"Tuan.. Tuan Ai nak ke mana ni.." Haras mengikuti langkah Aidan
"Raisha !!!.." Wajahnya dingin spek mata ditolak untuk merapat ke mata.
"Eh Tuan Aidan.. Ada ape ni..?" Raisha tersenyum manis di depan Aidan dan Haras di situ.
"Saya tak nak awak jual nama saya pada sesiapa lagi lepas ni !!"
"Saya bukan bakal suami awak tapi saya BOSS awak, saya nak ingatkan sekali lagi jangan pakaian terbuka macam ni lagi."
"Ingat kata-kata saya ni kalau awak masih berdegil saya tak teragak-agak untuk pecat awak dari pejabat saya ni."
"Ada Faham.." Aidan terus menepuk meja Raisha dengan kuat hingga orang lain tak berani pandang kearah Aidan lagi.
"Faham Tuan Aidan.. tapi.." Raisha menunduk malu.
"INGAT KATA-KATA SAYA NI Raisha.. Saya tak main-main !! Yang dekat dalam tu isteri sah saya jadi awak jangan berani buat hal lagi saya tak suka."
"Ni last warning dari saya tahu.." Aidan terus meninggalkan Raisha yang sudah terdiam disitu.
"Rasakan hahaha berlagak tak kena tempat buuuuu..." Fatin gelak mengekek.
"Diam lah kau bodoh.." Kolar baju ditarik merapat lalu di butangkan semula.
"Sabarlah Rai I tahu you tak salah.." Amran menghampiri Raisha yang lagi mendiamkan diri.
"Kau boleh berambus dari sini boleh tak..? Semak.." Raisha memaling wajah ke arah lain.
"Tuan nanti dulu.." Haras menyekat laluan Aidan.
"Ada apa Harras saya takut terlambat nanti."
"Awak jangan buat hal dekat sini." Wajahnya sudah berubah agak dingin dia tahu kenapa Haras menyekatnya begitu.
"Tuan tak boleh permalukan Raisha begitu."
"Tuan boleh cakap dengan dia secara peribadi.." Haras pantas menggeleng kepala.
"Secara peribadi..? Awak rasa saya ada masa ke untuk semua tu ke Has.."
"Heyy kalau awak rasa dia betul? Baik awak sendiri yang nasihatkan dia.."
"Asebabnya saya tahu awak sukakan dia bukan." Aidan terus meninggalkan Haras di situ.
Jika di beri pilihan saya lebih pilih awak berbanding dia..
Share this novel